Fotografi berasal dari dua perkataan Greek yang digabungkan iaitu "
phos" (cahaya) dan "
graphis" (berus lukisan) atau "
graphe" (penyampaian melalui garisan atau melukis). Apabila digabungkan, maka terciptalah perkataan "
photography" atau dalam bahasa melayu, fotografi, yang bermaksud melukis menggunakan cahaya.
Apabila kita membincangkan soal fotografi secara teknikal, kita tidak dapat lari daripada 3 perkara asas iaitu aperture, shutter speed dan ISO. Dalam artikel kali ini kita akan membincangkan topik aperture.
Aperture.Aperture ialah bukaan lensa atau penyelarasan iris bagi mengawal jumlah cahaya yang memasuki lensa untuk sampai epada filem atau sensor. Aperture dapat dikenal pasti melalui nilai f-number. Semakin kecil f-number, semakin besar bukaan lensa dan semakin banyak cahaya memasuki lensa. Semakin besar nilai f-number, semakin kecil bukaan lensa lalu cahaya yang memasuki lensa adalah sedikit.
Aperture mempengaruhi depth of field dan fokus. Aperture besar (nilai f-number yang kecil) memberikan kesan deoth of field yang cetek. Ini bermakna subjek yang berada jauh di belakang subjek utama kelihatan kabur. Keadaan ini adalah sesuai untuk shoot gambar potret kerana kita mahukan subjek utama menonjol berbanding background. Maka background perlu dikaburkan sementara subjek utama difokuskan.
Aperture kecil (nilai f-number yang besar) memberikan kesan depth of field yang lebih dalam. Ini bermakna subjek yang berada jauh di belakang subjek utama turut dapat difokuskan. Keadaan ini dalah sesuai untuk shoot pemandangan atau landscape. Ia juga turut sesuai digunakan jika kita mahu menampakan background kepada sesutau subjek utama.
Nilai f-number kebiasaannya didatangkan dalam nilai yang standard iaitu f2, f2.8, f4, f5.6, f8, f11, f16 dan f22. Berikut adalah gambar yang menunjukkan hubungan antara f-number dengan bukaan lensa.
Gambar diambil dari http://www.photobert.com/Photocourse/tipsfrm.asp
f8 memberikan
setengah jumlah cahaya kepada filem atau sensor berbanding f5.6.
f5.6 memberikan
setengah jumlah cahaya kepada filem atau sensor berbanding f4.
f5.6 memberikan
2 kali ganda cahaya kepada filem atau sensor berbanding f8.
f4 memberikan
2 kali ganda cahaya kepada filem atau sensor berbanding f5.6.
Berikut adalah gambar dengan aperture besar dan kecil.
Aperture besar
Aperture kecil
Jika kita perhatikan pada dial kamera, kita akan dapati berbagai mode yang boleh kita gunakan tidak kira sama ada manual atau automatik. Bagi kamera keluaran Nikon, terdapat mode aperture priority yang ditandai 'A'. Mode ini memberi keutamaan pada pengawalan nilai f-number lalu shutter speed dikawal oleh kamera bersesuaian dengan nilai f-number yang telah kita tetapkan.
rujukan:
1) wikipedia
2) http://www.photobert.com/Photocourse/tipsfrm.asp