'Bokeh' berasal daripada perkataan jepun, 'boke' yang bermaksud kabur atau tidak jelas. Ia merujuk kepada rupa titik cahaya pada keadaan kabur atau out-of-focus (OOF) yang dihasilkan oleh bukaan lensa yang besar (nilai f-stop yang kecil).
p/s: Sila rujuk artikel "fotografi:konsep aperture".
Seperti yang telah dibincangkan dalam artikel terdahulu, aperture mampu menonjolkan subjek utama dalam gambar dengan mengaburkan latar belakang. Keadaan kabur inilah yang dikenali sebagai 'bokeh'.
Jika kita menangkap gambar pada waktu malam dengan berlatar belakangkan cahaya lampu, 'bokeh' yang terhasil adalah sangat menarik.
Saya tertarik untuk berkongsi sedikit informasi menarik yang baru saya baca dan pelajari melalui forum photomalaysia.com petang tadi. Dengan serta merta saya berusaha menghasilkan kesan yang sama. Apakah kesan tersebut? Di sini saya kongsikan.
Saya menghasilkan dua buah filter daripada cardboard yang ditebuk dengan lubang yang berbentuk bintang dan hati bagi menghasilkan 'bokeh' dengan bentuk-bentuk tersebut.
Bagi mendapatkan hasil yang baik, gunakan lensa dengan bukaan lensa yang luas. Dalam eksperiman ini, saya menggunakan lensa nikkor 50mm f1.8 dan memaksimumkan bukaan lensa kepada f1.8.
Inilah hasilnya.
2 comments:
kewl giler. boleh la try pasnie.. if kiter celotape2 kat lense tak tinggal kesan gam kat lense ker?
but serius nak try..kewl.
:D
jgn celotape kat lens...sarungkan lens ngan filter yg kite wat tu je...so lens xkan rosak...
try jgn x try...wat la bentuk2 yg lg superb...
aku pnah tgk gamba potrait baby pastu ade bokeh bentuk rama2...so nampak as if ade byk rama2 tgh terbang kat skeliling baby tu=)
Post a Comment