Ada lagi 2 jam sebelum bermulanya perlawanan akhir Copa America 2011. Pasukan pilihan aku yang juga merupakan pasukan tuan rumah, Argentina, dah terkeluar lepas kalah kepada Uruguay menerusi penentuan sepakan penalti. Kecewa aku. So aku beralih sokongan kepada pasukan Uruguay pulak. Bukan apa, at least, kalau Uruguay jadi juara malam ni, bermakna pasukan pilihan aku kalah kepada juara, bukan kalah kepada naib juara. Hehe.
Walaupun pasukan Uruguay bukanlah pasukan yang gempak sangat, tapi setelah berjaya ke peringkat separuh akhir pada Piala Dunia 2010, pasukan ni mula mendapat perhatian. Aku baru tahu rupa-rupanya, Uruguay dan Argentina berkongsi gelaran sebagai negara yang paling banyak memenangi kejohanan Copa America ni dengan masing-masing 14 kejuaraan. So, kalau Uruguay menang malam ni, diorang akan cipta rekod sebagai pemegang kejuaraan terbanyak dengan 15 kejuaraan. Maka dah tentulah itu akan jadi pembakar semangat pemain pasukan Uruguay,
Lain pulak ceritanya dengan pasukan Paraguay. Kalau Uruguay menjadikan rekod kejuaraan sebagai pembakar semangat, Paraguay pulak boleh jadikan janji model tempatan diorang, Larissa Riquelme, sebagai 'pembakar semangat'. Dia berjanji akan membenarkan gambar dia dalam keadaan telanjang dirakamkan. Dia pernah buat janji yang sama masa Piala Dunia 2010 dan dia tetap bergambar dalam keadaan macam tu walaupun Paraguay kalah kepada Spain pada peringkat suku akhir. Jadi, Pemain Paraguay tetap boleh expect hadiah saguhati tu kalau pun diorang kalah malam ni. Haha~
Larissa Riquelme. (Gambar dicuri dari ezinemark.com)
p/s: Aku cuma boleh ikuti perlawanan final ni melalui internet. Takde tv ni. Down~ T_T
6 comments:
salam..
tahniah buat Uruguay yang berjaya tewaskan Paraguay 3-0..
jaringan Diego Forlan menjaringkan dua gol dan satu gol oleh Luis Suarez..membenam ego Paraguay..
forlan mmg pawe...hehe;)
lama erk puasa blog?3 bulan tu...hehe..
Forlan mmg mantap...slmt berpuasa..
hehe...byk benda yg tertangguh2...xdpt nak update sgt...huhu... slamat mnyambut ramadhan~ =)
slmt bpuasa.. =)
cantek: time kasih...selamat menyambut ramadhan =)
Post a Comment