klik klak kluk

klik jangan tak klik

Followers

Monday, June 2, 2014

When....

Salam & Hi semua. Lama benar aku tak post entry baru kat sini. Nak dekat 3 tahun dah. Tanpa bagi excuse, aku mengaku aku malas. Haha. Banyak perkara yang dah berlaku dalam hidup aku between the time aku post the last entry dengan sekarang ni. Tak tertulis aku kalau nak cerita satu persatu. So just teruskan aje la dengan apa yang ada sekarang yek. Kalau rajin kang ada la entry2 imbas kenangan untuk cover balik 3 tahun ni. Hehe.

Ok la, rasanya ramai dah biasa tengok gambar kat bawah ni kan?

 
 Photo copied from 9gag.com



Dan aku rasa korang pun biasa alami benda macam ni kan? Tensen, betul tak? Aku biasa kena benda gini. So aku pun nak buat gambar macam ni jugak la. Versi aku punya. Ni dia....



Gambar aku ter'cropped' tu memang betul macam tu. Bukan aku yang edit bagi muka aku kena crop. Aku ni kalau amek gambar orang lain, bukan la perfect sangat pun. Takde la quality macam professional photographer. Tapi at least, subjek tu nampak penuh la. Takde la terpotong separuh kan. Haha. Memang tensen betul aku time tu. Tapi bila diingat balik, nak gelak pun ada. Nasib badan la dah member amek gambar kita macam ni. Hadui la. Hamed...Hamed....


Friday, October 7, 2011

satu hari satu foto (episod 97)


Safiyyah Aisyah

Tarikh: 20 Julai 2011
Lokasi: Rumahku, Pantai Sepang Putra

Anak kepada cousin aku, Kak Hafizah dan suaminya, Abg Azren. Time ni umur dia sebulan. Rindu plak kat dia. Hehe~ =)


Thursday, October 6, 2011

satu hari satu foto (episod 96)

Gagang Terpanjang

Tarikh: 5 October 2011
Lokasi: 7Eleven Stesen KTM Nilai


Kot ye pun bengang ngan pakwe/makwe, jangan la dihempas gagang telefon tu sampai patah gitu. Brutal sungguh. Huhu~ =p


Monday, September 12, 2011

Beraya dengan Raja Farah

Selamat Hari Raya. Lewat beno ucapnye. Nak buat camne. Streamyx wat hal memanjang. Ni hah baru dapat online. Hadui. TM kena mintak maaf zahir batin kat aku la nampaknye gini. Hoho~ =p

Raye macam biasa la kan. Berjumpa dengan family semua. Makan-makan. So kalau cerita pasal tu, bsan la. Sebab semua orang beraya macam tu. So satu-satunya kelainan raya aku tahun ni ialah aku beraya dengan Raja Farah.

Haha. Jangan tertipu. Aku tak pergi beraye ke sana ke mari dengan dia pun. Kenal pun tak. Tapi kebetulan time aku pegi beraye kat rumah bekas jiran aku, dia pun beaye kat situ. Sebab dia tu adalah cucu saudara kepada bekas jiran aku tu. Alang-alang, tangkap gambar la sekali.

Just nak bagitau, Raja Farah ni humble and friendly je orangnye. Tapi takde la over friendly sampai tergedik-gedik ngan laki lain. Dia dah kahwin kot. Suami dia pun ada kat situ skali. Tu yang aku tak dapat nak mintak phone number tu. Lalala~ =p

Gambar kenang-kenangan. Dari kiri: nazihah (adik aku), raja farah, sumai raja farah, aku



Turn abang aku pulak.



p/s: adapun raja farah itu cantik orangnye...huhu~



Saturday, August 27, 2011

satu hari satu foto (episod 95)


Piggy Bank


Tarikh: 21 Jun 2011
Lokasi: 182, Ferham Road, Rotherham


Ni hasil aku menabung sikit-sikit sepanjang aku kat UK. Takde la tak sentuh langsung. Selalu kalau takde duit pecah, memang aku akan guna duit tabung ni la. Mesti korang rasa aku tak kacau sangat duit tabung sebab tadi aku kata aku guna kalau takde duit pecah. Tapi korang kena tahu, kebanyakan barang, terutamanya makanan macam biskut, air botol, keropok, sayur-sayuran & barang dapur boleh dibeli dengan hanya menggunakan duit syiling. Sebab, nilai duit diorang besar. So, GBP1 pun dah boleh beli 2-3 makanan. Jumlah duit dah gambar kat atas tu ialah GBP84.80, bersamaan RM424. Kalau la aku tak sentuh langsung duit tabung ni, entah berapa la agaknya jumlah terkumpul yek? Huhu ;)


p/s: Ramadhan hampir sampai ke penghujungnya...


Friday, August 26, 2011

satu hari satu foto (episod 94)


I Love London


Tarikh: June 2011
Lokasi: Westminster Bridge, London


Gambar ini diambil dari bahagian tepi Westminster Bridge, bersebelahan dengan Palace of Westminster. Terdapat banyak penjaja barang-barangan cenderamata di persekitaran tersebut yang merupakan antara kawasan tarikan pelancong. Menara jam pada latar belakang adalah menara jam yang terletak pada bahagian utara Palace of Westminster. Merupakan antara menara jam yang paling terkenal di dunia, ia lebih dikenali dengan panggilan 'Big Ben', yang merujuk kepada loceng menara jam tersebut.

p/s: Moga dimurahkan rezeki....amin~ :)



Wednesday, August 24, 2011

2 hari je puasa...hadui~



Gambar asal diculik dari http://blog.al-habib.info/

Salam sejahtera pembaca sekalian. Lama benar dah blog ni diabaikan. Malas sangat aku ni hah. Kalau nak bagi alasan, banyak je alasan yang aku boleh bagi. Sibuk kursus, exam, siapkan album client, jalan-jalan, etc. Tapi bak kata orang, kalau nak seribu daya kan. Tak dapat setiap hari, seminggu sekali pun jadi la. So, nak senang cerita, aku malas.  Huhu.

Hari ni dah masuk 24 Ramadhan. Baru la aku nak tulis entri pasal Ramadhan. Teringat nak cerita pasal first time aku puasa. Sebenarnya nak tulis pasal ni masa 1 Ramadhan hari tu. Tapi duk tangguh, tangguh. So baru hari ni la aku tulis entri ni. Hadui~

Aku start puasa masa darjah satu, tahun 1993. Macam budak-budak yang lain, mak bapak akan gunakan ayat "kalau tak puasa, tak boleh raya", untuk galakkan anak-anak diorng berpuasa. So, sama jugak la kes aku ni. Tapi masa tu aku semangat nak puasa. First time la katakan. Tak merasa lagi. Tu yang excited tu.

Bila puasa hari first tu, punya la seksa. Lama benar nak tunggu masuk waktu maghrib. Dah nak bukak puasa dah sebenarnye time asar tu. Tapi mak aku suruh sabar. Sikit je lagi nak dapat sehari puasa katanya. Bila dah masuk waktu, Bukan main lagi aku makan. Haha. Time tu kitorang buka puasa kat rumah arwah atuk aku. Arwah atuk aku memang jenis yang suka jamu orang makan. So kalau makan kat rumah dia, memang konpem la banyak juadahnya. Hehe.

Lepas buka puasa, arwah tokbak tanya kat aku, "Macam mana? Esok nak puasa lagi tak?", sambil senyum.

Aku jawab, "Tak nak. Rase macam nak mati," sambil disambut dengan gelak tawa saudara mara yang lain.

*********************************


Hari ke-2 terakhir Ramadhan. Time tu, time buka puasa. Mak aku cakap kat aku, "Esok hari last puasa. Lusa raya. Nak puasa tak esok?"

Dengar je lusa nak raya, terus semangat nak puasa esoknya. "Nak,nak."

Maka, demikianlah kisah tahun pertama aku puasa Ramadhan. Hari pertama dan terakhir je aku puasa. Next year nye, aku tak puasa 2 hari. Masa darjah 3 baru aku start puasa penuh. Lambat kan? Huhu~ =p



p/s: Teringat kat arwah Tokbak. Al-Fatihah.


satu hari satu foto (episod 93)


Hand of Mine, Not God's


Tarikh: 1 May 2011
Lokasi: Pantai Sitges, Barcelona, Spain


P/s: Baru lepas siap edit album wedding client. Lama dah tak edit album wedding. Ni dah siap, bleh la mula balik update blog sikit-sikit. Sambil-sambil cari job ndt. Huhu ;)


Monday, August 8, 2011

Isteri bukan HAK MILIK, tapi ANUGERAH....suami?


Gambar dicilok dari enciktonton.wordpress.com


Biasa dengar ayat ni? Kalau pernah tonton filem Cinta, mesti pernah dengar punya. Sejak filem tu ditayangkan di pawagam dulu, ayat tu selalu digunakan oleh kaum perempuan especially bila ada forum yang duk bincangkan pasal keistimewaan seorang isteri. Lagi hangat bila topik tu berkaitan poligami, cerai berai, pasangan main kayu lapan, suami tak jalankan tanggungjawab, blablabla...

Tadi aku duk check email. Yahoogroup Sahabat Interaktif Media (SIM) ada isu yang boleh tahan hangat sekali lagi. salnya, ada sorang ahli mintak ahli-ahli forum yang lain kongsi pengalaman alam perkahwinan sama ada baik atau buruk sebab dia nak langsungkan pekahwinan hujung tahun ni. Tapi tiba-tiba dalam banyak-banyak ahli yang respon tu, ada ahli yang tumpang mintak pendapat berkenaan poligami sebab kawan dia bercadang untuk jadi isteri ke-2. Jadi dia mintak ahli yang berpoligami kongsi pengalaman.

Macam biasa, bila tajuk poligami naik, sedikit yang rasional, dan ramai yang akan emotional. Ada sorang ahli yang respon,


"Lupakan aje la. Jangan biasakan diri jadi perampas hak orang lain."


Mengikut kefahaman aku, 'hak' tu merujuk kepada suami perempuan lain. Dengan kata lain, dia bermaksud si lelaki tu adalah hak si isteri pertama. Jadi benda ni buat aku terfikir, betulkah si suami adalah hak istei? Kenapa si isteri yang sibuk guna ayat "isteri bukan hak milik, tapi anugerah" tak nak guna konsep yang sama untuk suami dia? Macam mana kalau bakal isteri ke-2 tu guna ayat "suami akak bukan hak milik akak, tapi anugerah buat akak"? Agak-agak apa dia nak kata? Haha. Amacam? Apa pendapat korang?


p/s: Aku tak bercadang nak berpoligami. Tapi aku tak menentang poligami. Jangan disebabkan kita taknak terlibat dalam poligami, kita duk pandang negatif, sibuk duk cari hujah-hujah negatif pasal poligami. Benda yang Allah benarkan, pasti ada hikmahnya. Jadi, kalau pun tak suka poligami, jangan la kita pandang negatif pada orang yang berpoligami. Renung-renungkan dan selamat beamal~ =)


Monday, July 25, 2011

menjelang final copa america 2011: Uruguay & rekod kejuaraan, PAraguay & Larissa Riquelme

Ada lagi 2 jam sebelum bermulanya perlawanan akhir Copa America 2011. Pasukan pilihan aku yang juga merupakan pasukan tuan rumah, Argentina, dah terkeluar lepas kalah kepada Uruguay menerusi penentuan sepakan penalti. Kecewa aku. So aku beralih sokongan kepada pasukan Uruguay pulak. Bukan apa, at least, kalau Uruguay jadi juara malam ni, bermakna pasukan pilihan aku kalah kepada juara, bukan kalah kepada naib juara. Hehe.

Walaupun pasukan Uruguay bukanlah pasukan yang gempak sangat, tapi setelah berjaya ke peringkat separuh akhir pada Piala Dunia 2010, pasukan ni mula mendapat perhatian. Aku baru tahu rupa-rupanya, Uruguay dan Argentina berkongsi gelaran sebagai negara yang paling banyak memenangi kejohanan Copa America ni dengan masing-masing 14 kejuaraan. So, kalau Uruguay menang malam ni, diorang akan cipta rekod sebagai pemegang kejuaraan terbanyak dengan 15 kejuaraan. Maka dah tentulah itu akan jadi pembakar semangat pemain pasukan Uruguay,

Lain pulak ceritanya dengan pasukan Paraguay. Kalau Uruguay menjadikan rekod kejuaraan sebagai pembakar semangat, Paraguay pulak boleh jadikan janji model tempatan diorang, Larissa Riquelme, sebagai 'pembakar semangat'. Dia berjanji akan membenarkan gambar dia dalam keadaan telanjang dirakamkan. Dia pernah buat janji yang sama masa Piala Dunia 2010 dan dia tetap bergambar dalam keadaan macam tu walaupun Paraguay kalah kepada Spain pada peringkat suku akhir. Jadi, Pemain Paraguay tetap boleh expect hadiah saguhati tu kalau pun diorang kalah malam ni. Haha~

 Larissa Riquelme. (Gambar dicuri dari ezinemark.com)



p/s: Aku cuma boleh ikuti perlawanan final ni melalui internet. Takde tv ni. Down~ T_T

Thursday, April 28, 2011

puasa blog lagi


Salam. Lama benar tak update blog ni hah. Busy sket sejak balik dari Liverpool hari tu. Elok je balik dari Liverpool, kelas baru dah start. Then minggu depannya (minggu lepas) ada dua exam. Satu dah lulus, Alhamdulillah. Juz nak tunggu official result exam yang satu lagi. Minggu ni pulak sibuk dengan eurotrip. Urus tiket, beli buah tangan untuk saudara kat europe (ye la kan, duk menumpang kat rumah orang, takkan tak bagi buah tangan pulak kot) packing barang.

So aku akan puasa blog lagi. 21 hari kot. Paling kurang la tu. Dah balik kang nak rest 2-3 hari dulu, then baru ngadap blog balik. So akan terus sunyi la blog ni macam 2-3 minggu yang lepas ni. Sori yek. Baca la entri-entri yang lepas buat pengubat rindu. Hehe =p

Ok la. Nak sambung packing. Kena off laptop ni dulu baru boleh packing. Sebab nak bawak laptop ni hah. Hehe. Jumpe lagi semua. Doakan aku selamat dalam perjalanan.

Salam =)


p/s: terbang~


Thursday, April 14, 2011

satu hari satu foto (episod 92)


Ungu II

Tarikh: 7 April 2011
Lokasi: Ferham Park, Ferham Road, Rotherham


Haritu, Kak Liza ada komen gambar aku kat entri 1H1F: episod 91. Dia cadangkan supaya bagi warna ungu tu jadi lagi terang. So aku edit la sikit. Tak tau la ok ke tak. Hehe ;)


p/s: esok hari kedua terakhir kelas...hehe;)


Dari Penjuru Ini

Segmen ni dianjurkan oleh Kak Liza. Aku baru teringat nak join. Padahal semalam dah siap-siap dah bukak entri dia yang pasal segmen ni. Kira kalau semalam tu sempat lagi la. Sekarang ni dah hampir sehari dah terlewat sebenarnya. Lantak la labu. Join je. Huhu~ =p


Tajuk segmen:

DARI PENJURU INI

Anjuran:



(sila klik gambar untuk ke entri segmen ni)


Sebelum pape, aku nak bagitau, yang kat atas tu bukan header blog yang anjurkan segmen ni. Sebab segmen ni bukan pasal blog penganjurnya, Kak Liza, tapi pasal blog pilihan Kak Liza iaitu Dari Penjuru Ini. Kak Liza ni memang suka promote blog orang lain. Selalu je dia letak link ke blog or entri orang lain dalam entri-entri dia. 

So bila aku join segmen ni, baru la first time aku pergi kat blog Dari Penjuru Ini. Duk baca satu-satu entri kat situ. Dari yang latest ke yang sebelumnya. Then aku sampai kat entri yang buat aku ketawa. Kelakar pulak rasa. Sebab dia cikgu. Sempoi je. Haha.


"Must 'ware' what, teacher?"


^______^


Tuesday, April 12, 2011

satu hari satu foto (episod 91)


Ungu

Tarikh: 7 April 2011
Lokasi: Ferham Park, Ferham Road, Rotherham


Aku pun tak tau apa nama bunga ni. Tapi suka tengok bunga ni. Kena pulak lagi warna ungu tu dipancar dengan sinaran matahari di kala petang. Hehe ;)


p/s: nanti-nanti la aku update pasal Liverpool...huhu =p

p/s/s: terima kasih kepada semua yang sudi singgah blog ni sepanjang ketiadaan aku...siap ada yang komen lagi...terima kasih :)


Saturday, April 9, 2011

Puasa blog 2 hari

Salam. Seperti yang aku dah bagitau masa letak gambar tiket keretapi aku dalam entri sebelum ni (belum baca? klik SINI), aku akan ke Liverpool selama 2 hari bermula esok pagi. So tak dapat la aku nak update blog ni (walaupun takde siapa yang ternanti-nanti aku update blog) mahupun blogwalking dalam tempoh dua hari ni. 

Maka aktiviti-aktiviti tersebut akan aku sambung semula hari Isnin. Doakan aku selamat pergi dan kembali. Daaa~ *sambil melambai-lambai ala Aznil Nawawi*


p/s: baiklah...sambung kemas barang...


satu hari satu foto (episod 90)


The Ticket

Tarikh: 8 April 2011
Lokasi: 182, Ferham Road, Rotherham


Gambar tiket keretapi ke Liverpool esok. Doakan aku selamat pergi dan kembali :)


p/s: kemas barang sket...


Dan follower lensajingga yang ke-200 ialah.....

Salam. Malam tadi (pagi kat Malaysia) blog aku ni dah ada 200 orang follower. Terima kasih aku ucapkan kepada korang yang sudi followe blog aku yang banyak kekurangan ni. Aku akan cuba improve lagi penulisan aku dan content blog ni. Terima kasih sekali lagi. Dan siapakah follower ke-200 lensajingga? Jeng...jeng...jeng!~




intanafis


So mari kita review sikit pasal intanafis ni. Nama sebenar beliau (seperti yang tertulis kat profile beliau) ialah Intan Morsalin. Berumur 32 tahun. Ibu kepada dua orang anak perempuan yang comel. Beliau merupakan pemilik blog




PERHATIAN:

Aku adalah follower blog kak intan ni yang terbaru (pada masa aku taip entri ni) iaitu yang ke-98. So mari la terjah blog kak intan dan follow. Kita tengok, siapa yang jadi follower bertuah yang ke-100. Hehe ;)



Terima kasih sekali lagi aku ucapkan kepada semua pembaca blog ni terutamanya kepada my follower sekalian =)

Friday, April 8, 2011

Sungguhlah aku tak fit...hadui la~



Salam. Dah lama tak menaip entri yang membolehkan para pembaca sekalian lebihkan membaca daripada tengok gambar kat blog ni. Ye la kan, mana ada kata-kata 'tengok jambatan ilmu'. 'Membaca jambatan ilmu' ada la. Tapi aku 95% sure entri ni tak bersifat ilmiah pun. Kesian korang kan. Tak bertambah pun ilmu bila baca entri nih. Hoho =p

Tadi aku tengok cuaca baik. Cerah je. Dah la asar masuk lewat (5.30pm), masuk maghrib lagi la lewat (7.55pm). So memang sesuai sangat la aku nak merasmikan seluar trek aku tadi. Aku dah beli dalam 2-3 minggu lepas kot. Tapi asyik malas je nak jogging. Selalu menggunakan cuaca mendung sebagai alasan untuk terus memeruk dalam rumah sambil mengadap laptop. 

Tak boleh jadi. Kena keluarkan peluh. Bukan la pasal nakkan body ketul-ketul macam body builder pun. Asal dapat kurangkan sikit kebuncitan aku ni ok la kan. Aku tak minat sangat badan berotot-otot sangat ni. Sebab aku lebih suka fit dari segi jantung dan pernafasan aku. Biar stamina tinggi sikit. Sebab tu la aku prefer jogging or sprinting berbanding angkat dumbbell. Entah la. Maybe sebab dulu aku main taekwondo. So tak perlu nak berotot sangat, sebab bila berotot sangat badan akan jadi berat. Bila berat, pergerakan lambat. Bila lambat, susah nak menyerang lawan dan susah nak mengelak atau membalas serangan lawan. Itu apa yang kami diberitahu la kan. Aku bukan expert pasal sport science nih. Huhu.

So tadi aku jogging la depan rumah. Kat depan rumah kitorang ni ada taman untuk beriadah. Ada taman permainan untuk kanak-kanak, padang bola, tempat main skateboard, dua gelanggang futsal/basketball dan kawasan padang rumput yang lapang dihiasi pokok-pokok bunga. So di samping budak-budak bermain, bayak la orang dewasa duduk lepak-lepak kat bangku-bangku kat taman tu.



Ferham Park


Aku jogging pusing taman tu. Aku tak sure la berapa distance satu pusingan tu. Aku agak dalam 500-600m kot. So jogging la dengan kelajuan konsisten. Baru dua pusingan dah pancit. Hampeh betul. Bila tengok handset, Rupanya tak sampai 15 minit pun aku jogging. Teruk betul fitness aku ni. Tu la akibatnya dah 3 tahun tak training taekwondo. Sejak tak pergi training tu, aku tak main apa-apa sukan pun. Tu pasal la fitness teruk gini. Hadui la~

So lepas jogging tak boleh la duduk terus kan. Kena la jalan dulu. So sambil jalan tu aku tengok la alam di sekitar. Cewah. Macam banyak la pulak subjek menarik untuk aku shoot. So aku balik rumah, amek camera, then keluar semula untuk shoot. Salah satunya gambar kat entri sebelum ni hah. Nak tengok, boleh  scroll ke bawah atau klik SINI.

Dalam beberapa hari akan datang, entri-entri 'satu hari satu foto' akan aku letakkan gambar-gambar yang aku shoot petang tadi. Hehe ;)


Harap-harap la boleh maintain jogging gini hari-hari...perlu merajinkan diri...hoho~



p/s: dah confirm tarikh retest...tiket pun dah beli...hanya menunggu masa...


satu hari satu foto (episod 89)


Spring: Not Quite Yet

Tarikh: 7 April 2011
Lokasi: Ferham Park, Ferham Road, Rotherham


Cuaca petang tadi baik. Sambil-sambil jogging, ternampak beberapa subjek yang menarik untuk dishoot. So ni la salah satu daripadanya. Sekarang ni baru nak masuk musim bunga. Pokok-pokok baru nak keluar daun dan bunga. Tak sabar nak tunggu bila dah betul-betul musim bunga. Mesti penuh je bunga kat pokok ni kan. Hehe ;)


p/s: malas nye la yang teramat...haih~


Thursday, April 7, 2011

satu hari satu foto (episod 88)


Art vs Vandalisme IV

Tarikh: 19 March 2011
Lokasi: Meadowhall Road, Rotherham


Kelihatan seperti tempat penagih dadah ber'mesyuarat'. Tapi sekarang masih sejuk. Mungkin sebab tu la kot takde sorang pun yang melepak kat situ. Mmmm...


p/s: nak setelkan hal retest...pening...pening...


Anda juga mungkin berminat untuk membaca entry ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...