klik klak kluk

klik jangan tak klik

Followers

Monday, August 8, 2011

Isteri bukan HAK MILIK, tapi ANUGERAH....suami?


Gambar dicilok dari enciktonton.wordpress.com


Biasa dengar ayat ni? Kalau pernah tonton filem Cinta, mesti pernah dengar punya. Sejak filem tu ditayangkan di pawagam dulu, ayat tu selalu digunakan oleh kaum perempuan especially bila ada forum yang duk bincangkan pasal keistimewaan seorang isteri. Lagi hangat bila topik tu berkaitan poligami, cerai berai, pasangan main kayu lapan, suami tak jalankan tanggungjawab, blablabla...

Tadi aku duk check email. Yahoogroup Sahabat Interaktif Media (SIM) ada isu yang boleh tahan hangat sekali lagi. salnya, ada sorang ahli mintak ahli-ahli forum yang lain kongsi pengalaman alam perkahwinan sama ada baik atau buruk sebab dia nak langsungkan pekahwinan hujung tahun ni. Tapi tiba-tiba dalam banyak-banyak ahli yang respon tu, ada ahli yang tumpang mintak pendapat berkenaan poligami sebab kawan dia bercadang untuk jadi isteri ke-2. Jadi dia mintak ahli yang berpoligami kongsi pengalaman.

Macam biasa, bila tajuk poligami naik, sedikit yang rasional, dan ramai yang akan emotional. Ada sorang ahli yang respon,


"Lupakan aje la. Jangan biasakan diri jadi perampas hak orang lain."


Mengikut kefahaman aku, 'hak' tu merujuk kepada suami perempuan lain. Dengan kata lain, dia bermaksud si lelaki tu adalah hak si isteri pertama. Jadi benda ni buat aku terfikir, betulkah si suami adalah hak istei? Kenapa si isteri yang sibuk guna ayat "isteri bukan hak milik, tapi anugerah" tak nak guna konsep yang sama untuk suami dia? Macam mana kalau bakal isteri ke-2 tu guna ayat "suami akak bukan hak milik akak, tapi anugerah buat akak"? Agak-agak apa dia nak kata? Haha. Amacam? Apa pendapat korang?


p/s: Aku tak bercadang nak berpoligami. Tapi aku tak menentang poligami. Jangan disebabkan kita taknak terlibat dalam poligami, kita duk pandang negatif, sibuk duk cari hujah-hujah negatif pasal poligami. Benda yang Allah benarkan, pasti ada hikmahnya. Jadi, kalau pun tak suka poligami, jangan la kita pandang negatif pada orang yang berpoligami. Renung-renungkan dan selamat beamal~ =)


11 comments:

Anonymous said...

mmg btul tu , bukan hak...
sama la mcm lot parking, bukan hak..tp gile kuasa kata hak dia.. bile plak dia ada share ngn pbadanan ..

*emo ttibe.hehe =D slmt bbuke puasa

manueng said...

cantekk: haha...nape tensi2 ni? sape yg claim parking lot tu dia punye? meh kite piat tlinga dia sket...huhu

Anonymous said...

pasangan kita ialah hak kita bila bercakap tentang kepunyaan. tapi bila bercakap pasal layanan pasangan ialah anugerah. hehe aci x.

aku bukan against org yg poligami, tapi cara orang treat poligami. and let's face it, berapa ramai yang poligami atas niat dan cara yang mengikut sunnah zaman skrg ni.

manueng said...

kalo layan pasangan macam hak sendiri tu cane? huhu

pd aku, byk org yg nak poligami tu sendiri yg memburukkan amalan poligami. benda yg baik (perkahwinan kan halal lagi baik)tp x diamalkan dengan betul, so dipandang buruk.

tp ade gak yg ok. ye la...perkahwinan satu pendidikan. so bg yg ok tu, kehidupan berpoligami mengajar dia. bg yang x ok plak, dia x blajar drpd kehidupan berpoligami dia. pasal niat tu plak xtau la nak komen. yg ok tu maknenye niat betul la kot.

tgk saleh yaacob tu ok je. so niat dia betul la kot. huhu. dia bertuah sbb isteri2 dia x mencari2 kesalahan dia utk menghalang dia berpoligami, tp bkerjasama utk menjayakan insitusi keluarga diorg.

mas saari said...

setuju...
semoga suami dan isteri itu menghargai anugerah yang tak ternilai ini...

manueng said...

kak mas: yup...semoga sama2 saling menghargai =)

belogkiter said...

sebanarnya poligami tak pernah salah. ia adalah yang tertulis di dalam Al Quran. yang salah ialah lelaki tu sendiri. usahkan perempuan malah kaaum lain pun memandang rendah pada melayu(bukan Islam) kerana poligami ini... Ada satu perbualan antara saya dan kawan cina. dia tanya kenapa si polan tu kawin lagi satu. saya jawab dah jodoh dan ianya dibenarkan dalam islam.. Cina tu sound.. oh.. kawin ikut Muhammad ya.. tapi dia tak pernah sembahyang pun . itu puasa pun selalu kirium saya makan.. itu tak payah ikut Quran meh? see...

manueng said...

belogkiter: btul tu...sebahagian lelaki yg berpoligami tu sdiri yg x menjalankan poligami dgn baik menyebabkan islam dipandang serong...

tp dlm contoh yg diberi tu, tak tpat la kalo dikatakan bahawa lelaki tu dipandang rendah sbb poligami. kalau dipandang rendah sebab x ikut ajaran al-quran, itu ye. poligami seolah-olah dijadikan point kat situ. ye la kan, si kawan tu org cina. mane ade konsep poligami.

sbb pbuatan2 yg btentangan oleh org islam tu sdiri byk je. x semestinye poligami. contohnye, ppuan bertudung labuh tp kuat mengumpat. kenapa si kwn cina tu, or sesape la, takde pun kate, "pakai tudung labuh ikut Quran, tp mengumpat x ikut Quran?"... padahal, itu lg common kan? so x adil la kalo kate poligami punca dipandang rendah.

Anonymous said...

better search engine ranking seo forums backlink service anchor text backlinks

sinzzfaiza ismail said...

suami itu hanya pinjaman dari Allah :)

manueng said...

yup. isteri pun same. begitu juga dgn semua nikmatNya kat dunia ni :)

Anda juga mungkin berminat untuk membaca entry ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...