klik klak kluk

klik jangan tak klik

Followers

Monday, January 31, 2011

satu hari satu foto (episod 28)


Pemandangan dari tingkap kereta api dalam perjalanan dari lapangan terbang Manchester ke Meadowhall, Sheffield, pada hari ketibaan di bumi England.

p/s: Sekali ni je bersalji. Lepas tu takde dah. Huhu.

p/s/s: Nampak bingkai tingkap kereta api nih...malas nak crop...huhu =p

Sunday, January 30, 2011

FSTS 2: UK111

Salam.

UK111 ialah nombor siri (lebih kurang macam tu la) untuk batch aku. Setiap tahun Yaei Holding   akan hantar dua batch sertai kursus untuk dapatkan lesen non-destructive testing (NDT) kat UK ni (consultant ni dah hantar orang buat kursus NDT ni sejak tahun 1987, secara keseluruhannya, kitorang ni batch ke-45). So UK merujuk kepada tempat kursus ni la manakala dua nombor yang pertama merujuk kepada tahun. Nombor terakhir pulak merujuk kepada nombor giliran batch. So UK111 bermaksud batch pertama untuk tahun 2011 yang dihantar ke UK.

Batch pertama untuk setiap tahun akan fly dalam hujung Disember atau awal Januari. Batch kedua pulak akan fly dlam hujung Jun atau awal Julai. Abang aku fly bulan Jun tahun lepas. So dia batch UK102.

Biasanya, setiap batch ada dalam 8-12 orang tapi batch aku ni sikit la pulak. 4 orang je. So aku nak perkenalkan anggota batch aku dalam entry ni. Diorang ni la yang akan jadi course mate (untuk sebahagian kursus) dan house mate aku sepanjang 6 bulan aku kat UK ni.


Yang ni chief kitorang. Nama dia Syamili @ Mili.
Kursus: Ultrasonic Testing (UT), Phased Array (PA) & Time of Flight Diffraction (TOFD)


Lukman @ Man
Kursus: Ultrasonic Testing (UT), Phased Array (PA) & Time of Flight Diffraction (TOFD)



Hamid @ Amed
Kursus: Ultrasonic Testing (UT) & Welding Inspection (WI)



Faiz @ Faiz <-- aku la ni...takkan jelmaan pulak kot...huhu
Kursus: Welding Inspection (WI), Radiographic Interpretation (RI) & Painting Inspection (PI)


Doakan kitorang lulus semua test untuk kursus ni yek =)


p/s: Kat UIA sekarang ada tournament Taekwondo. Rindu pulak mengenangkan zaman jadi player & committee dulu. Hmmm~ 

satu hari satu foto (episod 27)


Fargate, Sheffield.


Aku ada terserempak dengan budak UIA kat sini aritu. Budak engin. Senior 1-2 tahun.

Tapi dia memang konpem la tak kenal aku. Tu pasal la aku tak berani tegur.

Mmmmm~


p/s: tengah fikir nak masak apa malam ni.

Saturday, January 29, 2011

satu hari satu foto (episod 26)


Humpty Dumpty sat on the wall.

Tadi aku baca blog member aku, Nono. Dia nak mulakan projek poladroid. 

So aku pun download la software poladroid kat link yang dia bagi dan try sendiri. Ni la hasilnya. 

Menarik gak. Hihi~ ;)

p/s: nak download software tu, klik SINI.

Friday, January 28, 2011

owh...begini rasanya...

Kadang-kadang time bosan, aku suka tengok statistik kat blogspot ni. Saje nak tengok, entry mane kat blog aku ni yang orang baca. Macam mana orang boleh jumpa blog picis aku ni. Dan biasanya, boleh dikatakan hampir setiap minggu, entry yang paling banyak orang baca ialah entry pasal restoran Saba. Kalau nak baca, sila klik SINI.

So kadang-kadang aku tertanya la jugak, apa pasal femes sangat entry ni? Bila aku tengok traffic kat stat blogspot ni, baru aku tau. Ade di kalangan pembaca yang search pasal restoran Saba ni kat google dan antara search results tu adalah entry kat blog aku ni. Patut la.

So aku pun try la search image restoran Saba ni kat google. Tiba-tiba aku nampak gambar yang aku letak dalam entry aku tu. Tapi ada lain macam sikit. Sebab kat gambar tu ade watermark blog lain.

Aik? Sebijik gambar kat entry aku. Macam mana aku tau tu gambar aku? Sebab dalam gambar tu ade mak, ayah dan adik aku. Huhu.

Ni gambar-gambar dalam entry aku.





Ni pulak gambar-gambar aku yang telah diguna pakai.





Nak baca entry beliau? Klik SINI

Kalau nak diikutkan. Takde la aku nak marah pun. Gambar-gambar ni snapshot je. Takde nilai estetika pun. Tapi bila tengok gambar-gambar ni diletakkan watermark orang lain, sedikit sebanyak ade rasa kurang best gak la. So baru la aku tau cane perasaan Obefiend bila orang amek hasil kerja dia, sama ada artikel or gambar tanpa kredit kat dia. Patut la dia rage abes. Huhu. Nasib baik aku bukan Obe. Kalo tak dah kena serang dah blog noorhekmat ni. Huhu.

So pesanan untuk hari ini (macam la setiap hari aku bagi pesanan~ =p), "Sila kreditkan sumber yang anda gunakan dalam blog or buku anda, atau linkkan kepada sumber tersebut".


p/s: Entry-entry lama aku pun banyak yang aku tak kreditkan sumbernya. So dapat pembalasan la ni kot. Huhu =p

p/s/s: Tapi entry-entry yang baru ni (sejak 6 bulan lepas...yang aku boleh konpem la) semuanya aku kreditkan or linkkan pada sumbernya ;)

satu hari satu foto (episod 25)


My Eyes Never Shut

Model paksa: Amed

p/s: Takde idea~

Thursday, January 27, 2011

satu hari satu foto (episod 24)


Saat menanti.

Lokasi: Kaunter tiket keretapi Lapangan Terbang Manchester.
Tarikh: 7 Januari 2011

p/a: Aku pun tak tau ape motif gambar ni. Aku juz suke sebab bokeh effect (tiang depan blur, tiang belakang in focus) dan orang kat tengah-tengah blur sebab motion. Huhu ;)

FSTS 1: islam di britain


"I haven't seen the news lately. What is going on around the world now?" 

Soal Mr. Richard Green pada attendees course kat kelas aku pagi semalam. Dia ni lecturer aku untuk kursus yang aku tengah amek sekarang, Painting Inspection Level 1 (ICorr). Ada sorang pakcik duduk sebelah aku tapi aku tak tau siapa nama dia. Umur lebih kurang 50 tahun. Engineer kat satu company yang terlibat dengan kerja-kerja offshore. Dia pun amek kursus ni. Dia jawab,

"Moscow airport was bombed. Chelsea won 2-0. Bla bla bla...."

Lepas tu seluruh kelas mula sembang pasal kejadian bom kat airport Moscow tu. Tapi takde siapa pun yang kaitkan Islam dengan kejadian tu. Maybe sebab jaga sensitivity kot. Ye la. Aku sorang je Muslim dalam kelas tu. Walaupun sorang, tapi kelas tu ada 8 orang je. Termasuk Mr. Green, 9 orang. So lebih dari 10% gak la Muslim dalam kelas tu. Huhu.

Then time rehat, aku pergi la amek air hot chocolate free yang sekolah ni sediakan dan duduk kat lobby kecik, lebih kurang macam ruang tamu je, untuk baca surat khabar sekejap. Yang penting je aku baca, contohnye berita sukan especially berita pasal pasukan kegemaran aku, Arsenal. Huhu =p

Tapi masa rehat sekejap je. Lebih kurang 5 minit je. Cukup la untuk pergi tandas dan amek air free. Tapi rehatnye setiap sejam sekali. So okay la kan. Disebabkan masa rehat yang singkat, aku tak sempat baca sangat. Aku suka baca The Sun sebab banyak gambar. Hehe. Tapi kena jaga mata dan iman. Jangan bukak muka surat 3. Sebab apa? Haha. Pergi google sendiri =p

Ok. Sambung cerita. Disebabkan masa rehat yang singkat dan aku tak sempat nak baca sangat, so aku just belek-belek je la surat khabar tu. Sampai je kat page tengah, aku tertarik dengan satu berita. Berita tu cerita pasal Islam. Katanya kat Britain sekarang ada lebih kurang 100,000 orang convert to Islam. Nak baca lanjut, sila klik SINI

Hoho. Baru tadi dalam kelas aku terasa aura-aura Islamophobia (tapi maybe aku sorang je kot yang terase gitu), sekarang aku terbaca berita pasal makin ramai penganut Islam kat Britain. Bukan merujuk kepada imigran, tapi orang kulit putih berasal dari Britain. Kalau tambah dengan imigran (Pakistani, Bangladeshi, Malays etc) lagi la ramai bilangan orang Islam kat sini.

Tak hairan la makin banyak masjid kat Britain ni. Kat tempat aku ni je (Rotherham) ada 6 buah masjid. Setahu aku la. Tak hairan jugak la aku pernah dengar orang predict dalam beberapa dekad lagi, penganut Islam kat eropah akan melebihi bilangan penganut agama-agama lain. 

Harapnya macam tu la. Mudah sikit urusan penganut Islam kat eropah ni nanti. Nak solat senang. Nak makan senang. Nak berak pun senang. Huhu =p


p/s: Kat sekolah ni takde bilik solat, apatah lagi musolla. so kena pandai-pandai la bawak sejadah dan cari tempat nak solat. Tandasnya pulak macam kat Singapore. Takde air. So aku memang berusaha untuk tak berak time tengah kat sekolah. Huhu =p

Wednesday, January 26, 2011

Tuesday, January 25, 2011

Sunday, January 23, 2011

satu hari satu foto (episod 21)


Kadang-kadang benda kecil yang dianggap tak penting macam ni pun boleh nampak menarik.
Pada mata aku la. Hehe ;)

Thursday, January 20, 2011

akhirnya

Yeah! oops....Alhamdulillah~ =)

Akhirnya dapat jugak aku install photoshop ni. Boleh la start edit gamba untuk FSTS ;)

Sementara takde kelas ni. Hehe=p


p/s: tapi still tak dapat nak komen kat blog aku ni hah...haih~ =/

ape pasal aku tak boleh nak komen ni hah?

Salam rakan dan taulan. Nak tanye sikit. Kenapa aku tak dapat nak komen kat a few blogs termasuk blog aku sendiri? tapi ada je blog yang aku boleh komen. Bila aku nak komen, dia suruh pilih profile macam gamba kat bawah ni. Tapi tak boleh nak pilih pun. Kalau tekan tak keluar pun.


Ada sesape boleh tolong bagi pedoman?piliz~

Wednesday, January 5, 2011

from sepang to sheffield (FSTS)

Salam. Malam ni adalah malam terakhir aku kat bumi malaysia tercinta. Esok malam aku akan terbang ke UK dan duk sana selama 6 bulan. Bukan untuk jalan-jalan. Well, of course la aku akan jalan-jalan kalau ada rezeki. Tapi tujuan utama adalah untuk pergi kursus NDT. Dalam beberapa entry sebelum ni aku ada bagitau pasal kursus 5 minggu yang aku hadiri. Yang tu cuma kelas persediaan. So yang 6 bulan ni la kursus yang sebenarnye.

Maka tajuk entry ni akan menjadi satu label/category baru untuk entry-entry aku yang berkaitan dengan kehidupan aku sepanjang kursus kat UK nanti. Aku bercadang nak share info, pengalaman dan gambar-gambar menarik sepanjang kat sana nanti. Insya-Allah~ :)

Terima kasih kerana terus follow blog aku yang tak seberapa ni. =)

Anda juga mungkin berminat untuk membaca entry ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...