klik klak kluk

klik jangan tak klik

Followers

Thursday, March 31, 2011

satu hari satu foto (episod 81)


An Evening in Brightside Lane

Tarikh: 19 March 2011
Lokasi: Brightside Lane, Sheffield


p/s: tido...zzzzz~


Nasib baik aku hisap rokok masa darjah satu dulu


Puntung-puntung

Tarikh: 27 March 2011
Lokasi: 182, Ferham Road, Rotherham


Salam. Tajuk entri ni gayanya macam nak kata merokok tu benda yang baik je pulak kan. Tapi bukan macam tu sebenarnya. Aku just nak cerita macam mana aku boleh tak merokok. Padahal memang kita semua dilahirkan bukan sebagai perokok. So apa yang nak diceritakan kalau tak merokok. Biasanya orang cerita macam mana boleh start merokok.

Orang kata, si anak akan ikut apa yang dia perhatikan orang tua dia buat. Bak kata orang London, "like father, like son". So kalau si ayah merokok, biasanya si anak juga akan merokok. Macam tu la jugak aku ni. 

Masa aku kecik-kecik dulu, ayah aku merokok. Pastu aku pun timbul la rasa nak tau apa la agaknya rasa merokok ni. So aku pun plan macam mana nak curi rokok ayah aku. Aku ni time kecik-kecik dulu memang terer mencuri. Tapi tu cerita lain. Ayah aku selalu tinggalkan rokok dia kat ruang handbreak kereta. So aku curi sebatang rokok ayah aku, pastu campak bawah kereta. 

Lepas ayah aku pergi kerja, tinggal la aku ngan abang aku je kat rumah. Mak aku pun kerja time tu. Then aku ngan abang aku mula bincang siapa nak try hisap rokok tu dulu. 


"Ko la hisap dulu," abang aku cakap kat aku.

"Ok," jawab aku dengan penuh confident. 


Aku ni pantang dicabar time kecik-kecik dulu. So aku hisap la. Pastu terus aku terbatuk-batuk. Bila abang tengok aku terbatuk-batuk macam tu, dia terus tak jadi nak hisap rokok. Rokok yang baru sekali hisap tu aku campak masuk mesin basuh. Haha.

Bila mak ayah aku balik daripada kerja, kantoi la rokok tadi tu. Mak aku jumpa rokok tu masa nak cuci baju. Dia tanya dulu siapa yang hisap. Aku jawab la aku yang hisap. Pastu aku ingatkan nak kena dah sedas dua ngan mak aku. Tapi bila ingat balik satu benda ni memang aku respect la kat mak aku. Dia tak terus sebat aku guna hanger.


"Apa rasa hisap rokok?" dia tanya aku.

"Tak sedap!" direct je aku jawab.

Pastu raut wajah dia bertukar jadi gembira. "Haaaa....so jangan hisap rokok tau.


Aku ingat lagi pesanan mak aku tu. So disebabkan aku rasa yak sedap pun hisap rokok tu, sampai sekarang aku tak hisap rokok. Masa sekolah asrama dulu, langsung aku tak rasa nak hisap rokok. Alhamdulillah, aku tak terpengaruh ngan kawan-kawan yang merokok. Sebab jauh lebih awal sebelum diorang sentuh rokok, aku dah hisap rokok dulu. Aku lebih awal 'makan garam'. Hehe. Nasib baik la aku dah pernah hisap rokok masa darjah satu dulu =)


p/s: nak edit gambar sendiri dulu...ade orang mintak...so tak sempat nak bw sangat...mmm~


Wednesday, March 30, 2011

Teringat zaman sekolah: Tragedi pau sambal


Salam. Semalam masa aku blogwalking, aku ade singgah kat blog nadiemsharmz. Dia duk cerita pasal macam-macam dugaan yang dia alami dalam hari tu. Salah satu daripadanya, dia terjumpa lalat dalam nasi bungkus dia. So aku pun tergerak hati la nak share cerita yang lebih kurang sama. Tapi aku tak sure sama ada aku pernah cerita ke tak pasal ni dalam blog ni. Aaaaah. Cerita je la~

Aku ni memang suka makan pau sambal. Tau tak apa tu pau sambal? Ada yang panggil kuih tu 'burger Malaysia'. Still tak tau jugak? Ni hah gambar dia...


(photo by vkeong.com)


Sekarang korang dah tau apa tu pau sambal. So aku nak sambung cerita. Masa aku sekolah dulu, kantin sekolah aku tu ada jual kuih ni. Kuih ni mmg laku gila la. Biasanya time rehat tu jugak habis semua. So kalau lambat, terpaksa la beli kuih-kuih lain yang masih ada.

Masa aku form 5, sistem jadual waktu sekolah aku dibahagikan kepada dua. Form yang tak exam (form 1, form 2 ngan form 4) akan rehat dulu, then baru la form 3 ngan form 5 rehat. Aku pun tak tau la kenapa dia buat macam ni. Masalahnya, bila buat sistem hampeh ni, budak form 3 ngan form 5 akan makan saki baki aje la. Mane kuih yang tinggal tu je la yang kitorang dapat beli. So, bila macam tu kisahnye, tiap-tiap kali rehat, aku akan kecewa sebab tak dapat beli kuih pau sambal ni sebab sama ada dah habis, atau ade sikit lalu dibeli oleh orang lain yang lebih cergas dan tangkas. 

Pernah satu masa, time budak berebut nak beli kuih, aku menyelit ke kaunter kuih tu, lalu ternampak tinggal 3 biji je lagi pau sambal. Dengan kekejian yang bermaharajalela, aku pegang terus kuih tu dengan tangan aku. "Hah, amek kau. Sape nak makan bekas tangan aku ni? Muahahaha." Maka hari tu dapat la aku memuaskan nafsu makan. Hohoho~ =p Tapi tu kisah lain. Tu cuma nak cerita kat korang betapa sedapnya kuih pau sambal kat kantin tu. 

Ok. Sekarang kita ke kisah utama. Ada satu masa tu, aku ngan kawan-kawan aku murah rezeki dapat beli pau sambal tu. 3 seringgit. Dah beli, lalu di bawa ke dewan makan. Lepas bantai makanan kat dewan makan yang korang sendiri pun tau la kan standard makanan dewan makan macam mana, kitorang pun makan la kuih pau sambal tu. Bak kata orang putih, "save the last for the best."

Tapi takde la the best sangat yang last tu. Sebab apa? Ni aku nak cerita. Waktu tu masing-masing dah tinggal sebiji je lagi pau sambal tu. Aku lagi la. Bukan setakat tinggal sebiji, tinggal sesuap je lagi nak habis semua. Boleh pulak sorang kawan aku ni tergerak hati nak bukak pau sambal terakhir dia tu, dan tengok inti pau tu, sambal nye la. Duk perhati, perhati, dia perasan satu objek pelik. Pastu dia kuis guna jari untuk keluarkan objek tu. Maka jatuh la objek tu atas pinggan dia. Semua tergamam. Sebab objek yang dia jumpa tu tak lain dan tak bukan, CICAK kecik. Nampak macam ikan bilis je. Hadui~


(photo by varms)

Aku yang tengah nak telan suapan terakhir tu, punya la berhempas pulas nak telan. Sebab tekak kembang tetiba. Yang best nye, cicak yang kitorang jumpa tu cuma separuh yang atas je. Maknanya, dari kepala hingga ke perut. Lagi separuh bdan cicak tu  tak tau la dah masuk perut siapa. Damn~ T_T

Mula-mula masing dah plan nak diam-diam je. Taknak kecoh-kecoh. Tapi dah namanya manusia, tersebar jugak akhirnya. Cepat pulak tu. Tak payah tunggu sehari dua. Lepas tu jugak cerita tu tersebar. Aku ingat lagi ada sorang member perempuan aku siap termuntah bila dengar cerita tu. Sebab dia pun makan kuih tu. Haha.

Sejak hari tu, kuih tu selalu tak habis walaupun lepas kitorang balik dari prep malam. Mesti makcik kantin tu tertanya-tanya sebab apa la agaknya 'hot item' dia tu tetiba tak dapat sambutan. Kalau ada budak sekolah aku jadi Cicakman lepas ni, aku tau la ke mana pergi lagi separuh badan cicak tu. Huhu~ =p


p/s: aku still suka makan pau sambal ;)


satu hari satu foto (episod 80)


The Spring Has Come II

Tarikh: 19 March 2011
Lokasi: Attercliffe Common, Sheffield


p/s: hari ni aku cuti sebentar daripada blogwalking...banyak benda tertangguh...hadui~


Tuesday, March 29, 2011

SEGMEN: ENTRY SAYA TERBAIK DARI LADANG

Salam. Join segmen je keje aku skang ni kan. Kali ni nak join segmen ni pulak:


SEGMEN: ENTRY SAYA TERBAIK DARI LADANG

Anjuran:



(sila klik gambar untuk ke entry segmen ni)


Ok. So, sekarang aku kena letak entry yang aku rasa paling baik dalam blog ni. So ni la entry pilihan aku:




Sebab apa aku rasa ni entri terbaik?

Sebab aku rasa entri ni entri yang berguna bagi peminat fotografi macam aku. So aku share la sikit apa yang aku tau dalam entri berbentuk tutorial ni. Selain bermanfaat untuk pembaca, aku pun dapat share hasil kerja aku yang tak seberapa tu. Memang aku dah plan nak buat tutorial ni. So masa tengah shoot smoke trail tu (tu first time shoot smoke trail, terus nak buat tutorial...ish3), aku rase seronok gila sebab tak sabar nak tengok hasilnya. Hehe.

Wokeh. Selesai.


p/s: nak sambung 'story of my life' ;)



Berkongsi Trafik dari Bangku Kosong

Salam. Nak join segmen lagi. Kali ni nak join segmen ni pulak.


Berkongsi Trafik dari Bangku Kosong

Anjuran:



(sila klik gambar untuk ke entry segmen ni)


Ok. Sekarang aku nak cerita la sikit apa pentingnya traffic untuk blog aku. Walaupun aku ni tak la berharap sangat kat duit iklan nuffnang aku, tapi dengan adanya traffic yang tinggi, at least bertambah la pendapatan tu.

Lagi penting, bila banyak traffic, makin semangat la nak update blog. Sebab kita tahu ada orang yang datang jenguk blog kita. So, takde la terbiar je blog kita kan. Yang ni seriously aku rasa lagi penting untuk aku la. Sebab aku buat blog untuk suka-suka je. Tak bermotifkan duit pun. So nak bagi rasa seronok berblog ni, aku perlukan traffic. Tapi kalau nak traffic, kena la update blog dan baiki penulisan. So, itu la yang akan aku buat. 


p/s: Baiki penulisan? Kurang tulisan dalam blog ni rasanya. Macam lagi banyak gambar. Huhu=p


satu hari satu foto (episod 79)


Study: Otak Berasap

Tarikh: 11 February 2011
Lokasi: 182, Ferham Road, Rotherham


Study sungguh-sungguh. Biar sampai berasap otak tu. Then relax. Then sambung semula.
Kepada yang masih belajar, selamat belajar.
Kepada yang dah kerja, bersamalah kita menambah ilmu.


p/s: Asap dalam gambar tu cuma asap rokok housemate aku tu. And yes, dia bukan tengah study time tu. Huhu.


Monday, March 28, 2011

berat ke blog aku ni?

Salam wahai pembaca.
Tadi aku blogwalking kat blog Sitinurfaeezah Official Blogspot dan baca entry pasal berat blog.
Dia bagi link untuk check berat blog kita.
So aku pun try la. 
Ni resultnya...


Korang boleh check berat blog korang kat SINI

Memandangkan sekarang ni aku kat UK, so aku tak tau la lembap ke tak page aku ni loading time pembaca kat Malaysia singgah blog aku. Kat sini internet cemerlang, di mana aku belum marah-marah sebab internet lembap lagi. Tak macam time guna streamyx kat rumah mak ayah aku. Panas je hati.

So, dear readers, amacam?
Berat tak blog ni?
Lembap tak dia loading?
Aku akan amek tindakan berdasarkan respon korang.
Kalau berat, akan ku ringankan.
Kalau ok je, boleh la tambah dumbbell.
Lalala` =p


p/s: sambung bw


satu hari satu foto (episod 78)


Silence in The Dark

Tarikh: 9 February 2011
Lokasi: 182, Ferham Road, Rotherham


Tingkap kat tandas pun nak disnap...huhu~ =p


p/s: bw~ ;)


Sunday, March 27, 2011

satu hari satu foto (episod 77)


Warehouse

Tarikh: 19 March 2011
Lokasi: Attercliffe Common, Sheffield


p/s: layan 'infidel'...hoho~ ;)


AKU MESTI JENGUK BLOG NI HARI-HARI!

Salam. Tadi duk blogwalking ke blog kawan-kawan. Biasanya aku akan blogwalking ke blog yang mana tuan blog tu melawat blog aku dan tinggalkan kata-kata kat shoutbox dulu, then baru la aku pergi kat blog yang mana tuan blog tu komen entry aku. Last skali baru la aku pergi kat blog yang aku follow. Kalau dia update la. So tadi aku pergi kat blog Adzriel AB. Kak Adzriel ada buat segmen. Ni segmen nye hah:


AKU MESTI JENGUK BLOG NI HARI-HARI!

Anjuran:



(sila klik gambar untuk terus ke entri segmen ni)


Sebenarnya, aku akan jenguk semua blog yang aku follow setiap hari. Tapi tu pun kalau blog tu diupdate hari-hari la. So blog mane yang update hari-hari, dah tentu la hari-hari aku pergi jenguk. Tapi kalau nak letak semua, banyak sangat la pulak. So aku letak 5 blog ni aje la (klik untuk terjah blog berkenaan):

lensajingga (blog aku sendiri daaa)

(aiseh...terlebih la pulak...huhu=p)


Ok. Dah siap. Korang terjah la blog-blog ni. Diorang rajin update=)




Saturday, March 26, 2011

FSTS 8: waktu solat di UK

Salam. Dah lama tak update entry FSTS. So kali ni nak cerita pasal waktu solat.

Kalau kat Malaysia, kita ada jadual waktu solat yang dikeluarkan oleh JAKIM or jabatan agama islam tempatan. Jadual waktu solat tu dibuat oleh pihak jabatan falak syar'ie kot. So setiap tahun kita ada jadual berlainan. Sebahagian kalendar hijriyah yang kita beli ada disertakan jadual waktu solat.

Kat UK, atau secara specific nya Rotherham ni, jadual waktu solat diorang sama je setiap tahun. Maknanya, waktu solat Zohor pada 26 Mac 2011  dengan 26 Mac 2012 hatta 26 Mac 2020 sekali pun tetap sama. Sebabnya, diorang guna jadual waktu solat yang sama setiap tahun berulang kali. Aku perasan benda ni masa first time pergi solat Jumaat kat masjid berdekatan rumah kitorang ni dulu. Aku nak amek la sekeping jadual waktu solat untuk letak kat rumah. Nampak sangat dah plan nak solat kat rumah, malas pergi masjid =p Aku tengok kat jadual waktu solat tu takde tulis tahun. So aku tertanya-tanya la yang tu untuk tahun ni ke tahun lepas punya. Ye la kan, time tu masih awal bulan Januari. Kot la yang baru punya belum diedarkan.



Jadual waktu solat yang tak bertahun


Pastu aku tanya la member aku sorang ni. Dia pernah study kat UK dulu. Rupanya memang macam tu. Maybe sebab kat sini takde jabatan falak syar'ie kot. So guna je la jadual waktu yang sama tiap-tiap tahun. Huhu.

Masa kitorang sampai UK ni awal Januari dulu, kat sini tengah winter. So time tu siang singkat. Kejap je dah malam. Kalau nak berjalan-jalan time tu memang tak sesuai la. Dah la sejuk, terkejar-kejar nak solat pulak. Baru je solat zohor, tak lama lepas tu dah masuk asar, then tak lama pastu masuk maghrib pulak. Shopping complex kat sini bukan macam kat Malaysia. Mana ada surau. Tu yang jadi malas nak jalan-jalan time winter.

Tapi yang best nye winter ni subuh habis lewat. So boleh la tidur lama sikit. Konpem tak terlepas subuh punya. Kalau terlepas subuh jugak tak tau la nak kata apa. Hehe



Kitorang sampai UK ritu 7 Januari 2011. Time tu subuh habis pukul 8.20am. Heaven gila tidur. Hehe. Tapi maghrib masuk awal, 4.09pm


Time summer nanti pulak terbalik. Siang akan jadi panjang, malam singkat. So time tu nanti memang sesuai sangat la nak jalan-jalan ke, shopping ke, menembak ke mahupun mengacau anak dara orang lepak-lepak kat taman depan rumah ni hah. Takde la terkejar-kejar nak solat zohor, asar ngan maghrib. Hehe ;)



Cuba tengok tu. 17 Jun 2011 nanti, pukul 2.00am dah masuk subuh. 2.00am! Habis subuh pulak pukul 4.37am. Alamatnya tunggu masuk subuh, solat subuh dulu, then baru la tidur. Kalau tidur dulu memang konpem terlepas la. Pastu pukul 7.39pm baru masuk maghrib. Isyak pulak nak dekat pukul 11pm baru masuk waktu. Huhu


Tapi tadi aku perasan sesuatu yang pelik. Waktu solat 24 Mac ngan 25 Mac berbeza sejam. Sehari beza sejam. Gile. Selalunya beza seminit dua je. Ni terus Sejam. Huhu.



Cuba tengok waktu solat pada 24 nagn 25 Mac. Semuanya berbeza hampir sejam. Pelik. 


Tak kisah la. Yang penting solat. Kalau tak dapat awal waktu pun, at least biar la jangan tak solat langsung. Bak kata orang London, "better late than never". Hehe ;)



p/s: nak layan muvi~ ;)


satu hari satu foto (episod 76)


Reception

Tarikh: 19 March 2011
Lokasi: Attercliffe Common, Sheffield


p/s: nak sambung FSTS ;)

Friday, March 25, 2011

satu hari satu foto (episod 75)


When Mini is Larger

Tarikh: 19 March 2011
Lokasi: Attercliffe Common, Sheffield


p/s: xde duit~ T_T



contest ORANG LIDI BERKATA KATA



Salam. Tak tau nak sembang pasal apa. So cara yang paling senang untuk update blog ni apa lagi, join segmen or contest blog-blog lain la. Hehe. Tadi time blogwalking, aku tengok kat blog Hanisa Sabrina, diorang ade buat contest nih. Tak payah tulis panjang-panjang. Cuma perlu merajinkan diri sikit untuk jadi kartunis lidi. Huhu.

Memandangkan aku pun dah lama tak melukis (sebab aku memang tak pandai melukis dan tak suka conteng-conteng buku or meja time dalam kelas), aku pun join la contest ni. Macam best la pulak melukis nih. Hehe~ ;)

Penganjur


* Sila refer kat mana-mana blog kat atas ni untuk tau syarat-syarat penyertaan.




Hadiah

First place -  RM30 + diriview selama seminggu di ketiga-tiga blog di atas + special doodle

Second place -  RM20 + diriview selama seminggu di ketiga-tiga blog di atas + special doodle

Third place - RM10 + diriview selama seminggu di ketiga-tiga blog di atas + special doodle

5 orang sagu hati - diriview dalam post piasa + doodle

peserta yang tidak menang hanya akan diriview sahaja 


** Boleh pilih sama ada nak hadiah dalam bentuk cash or topup


Tarikh tutup: 1 MAY 2011


So ni aku punye orang lidi.


Lukisan ni takde kena mengena dengan yang hidup atauyang dah menunggal dunia. Sebarang persamaan adalah secara kebetulan.


Ok. Nak tag orang.



p/s: nak layan movie apa malam ni yek? mmmmm.....



Thursday, March 24, 2011

youtube - video kegemaran aku

Salam. Lama tak update blog nih. Sibuk sikit 2-3 hari ni sebab tadi ada exam. So ni dah free la sikit. Malas nak taip panjang-panjang. Just nak share satu video ni. Sepanjang aku duk layan youtube setakat ni, video ni la yang paling aku suka. Sangat menyentuh hati. First time aku tengok video ni masa ada sorang kawan aku, Epah, letak video ni kat blog dia. Terus naik ranking first dalam senarai video youtube kegemaran aku. Maybe ada antara korang yang dah tengok. Tapi takpe la. Nak share jugak. Hehe.



video

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!

Kalau tak boleh bukak, pergi kat youtube terus la. Klik SINI



p/s: dah tengok 4 kali...empat-empat kali hujan~ T_T



Monday, March 21, 2011

satu hari satu foto (episod 74)


Senja Nan Merah

Tarikh: 19 March 2011
Lokasi: Atterliffe Common, Sheffield


p/s: kelas....haih~


Sunday, March 20, 2011

BEN ASHAARI : TERIMA KASIH IBU!

Salam. Encik Ben buat hal segmen lagi. Kali ni, segmen ni pulak...


BEN ASHAARI : TERIMA KASIH IBU!


Dianjurkan oleh:



(sila klik gambar untuk ke entri segmen ni)


Ceritakan satu kenangan yang paling anda tidak dapat lupakan ketika bersama ibu anda .. Tak kira manis , sedih , pahit atau apa saja yang ingin anda kongsikan .. Mesti lebih dari 100 patah perkataan ..

Kisah aku ni terjadi antara aku dan mak aku dalam jarak yang jauh. Bukan berdepan. Waktu tu aku form 5. Aku duk sekolah asrama kat Miri. Family pulak kat Kota Samarahan (787km dari Miri). Sekolah aku ada buat program motivasi untuk calon SPM beberapa minggu sebelum SPM start. Dalam salah satu sesi, speaker tu suruh kitorang tulis surat kepada mak ayah. Mintak restu. So aku pun tulis la. Aku ni tak pandai tulis surat gaya skema tu. So aku takde la guna 'anaknda', 'maknda' semua tu. Tapi surat yang aku tulis tu betul-betul dari hati. Aku cakap kat mak aku, mintak dia doakan aku. Aku pesan jugak, jangan berharap sangat, sebab aku ni tak terer macam abang aku (abang aku score SPM dia). Boleh kata, tu la first time aku heart-to-heart ngan mak aku. 

Sekali masa pagi SPM tu, tetiba warden panggil aku, then bagi sepucuk surat (semua surat untuk student akan sampai ke bilik warden dulu). Aku baca la surat tu sementara nak tunggu start exam tu. Aku rasa sayu gila masa baca surat tu. Mak aku cerita macam mana dia rasa waktu kandungkan dan lahirkan aku. Aku ni dalam posisi songsang dalam kandungan dulu. So aku la satu-satunya dalam adik beradik aku yang meninggalkan parut cesarean kat perut mak aku (lahir-lahir dah buat hal). Lepas bedah tu, dia kata dia happy sangat sebab aku selamat walaupun time tu dia letih gila dan tak larat (ye la, orang lepas bersalin). So dia kata dia tak kisah aku dapat result macam mana pun SPM tu, asalkan aku buat yang terbaik. Sedih aku time tu. Terus jadi semangat. Nasib baik la aku prepare kaw2 before SPM tu. Last-last aku pun score. Hadiah untuk mak aku =)


Antara ibu dan ayah, siapakah yang anda lebihkan? hehehe...

Aku tak boleh pilih. Aku utamakan kedua-duanya. Tapi kalau ikut hadith Rasulullah S.A.W., kena utamakan mak.


Apakah anda sanggup tinggalkan ibu atau ayah anda di rumah orang tua?

Konfem la tak sanggup. Moga aku dijauhkan dari jadi macam tu. Amin~


Pendapat anda mengenai anak anak yang sanggup bercakaran merebut harta pusaka orang tua mereka ..

Tak payah la nak berebut-rebut. Ikut je hukum faraid. Senang. Islam dah sediakan cara.Kita ikut la cara yang dah disediakan tu.



TAMMAT



satu hari satu foto (episod 73)


The Spring Has Come

Tarikh: 19 March 2011
Lokasi: Attercliffe Common, Sheffield


p/s: 14 minggu lagi nak balik Malaysia~ ;)

Saturday, March 19, 2011

BEN ASHAARI : AKU SAYANG BLOG INI

Salam. Sebelum aku layan movie, aku nak join segmen encik Ben dulu. Dia buat segmen baru. Macam biasa la. Time aku nak wat something, ada je dia punye segmen. Tak habis-habis nak salahkan encik Ben plak kan. Haha~ =p


BEN ASHAARI : AKU SAYANG BLOG INI

Dianjurkan oleh:



(klik gambar untuk ke entri segmen ni)


Sila jelaskan KENAPA anda kagum dengan blog tersebut .. TIDAK KURANG  dari 100 patah perkataan .. OK ? Tidak kurang ok !!

Ok. Aku paling suka Blog Serius. Memang paling suka la. Kira kalau aku dah kesuntukan masa sangat, tapi nak baca blog jugak (kata takde masa tapi sibuk jugak nak baca blog orang), aku akan at least baca blog ni. Sebab apa? Firstly, sebab aku suka baca entri yang ada gambar. So dalam blog ni, sang blogger, Obefiend, akan post entri sekali dengan gambar. Kebiasaannya ada gambar or video la. Bukan pasal malas nak baca, tapi kalau baca benda-benda merepek buat letih je. Kalau aku nak baca blog dia yang ada entri panjang-panjang dan perbincangan serius, aku akan pergi ke blog dia yang satu lagi, (FOA) Freedom Of Association

Secondly, aku suka baca blog serius tu sebab entri dia pendek-pendek. So sangat sesuai la kalau tengah takde masa. Kalau tengah ada masa pun, takde la buang masa sangat kan. (Padahal entri kat blog aku selalu je panjang-panjang =p)

Ketiga, sebab aku memang sukakan info-info or trivia-trivia yang menarik. Dan semua tu ada kat blog serius tu. Walaupun orang mungkin fikir info-info tu semua macam tak berguna, tapi aku anggap tu sebagai pengetahuan am. Sebahagian entri dia cerita pasal teknologi dan invention yang menarik. So takde la tak berguna langsung kan. Daripada sembang kosong ntah pape, baik la bagi trivia camtu. IMHO (in my humble opinion) la kan ;)


Sila buktikan yang anda benar benar kagum dengan blog tersebut! Jeng jeng jeng!!

Macam yang aku bagitau tadi la. Kalau tengah takde masa sangat, aku akan at least baca blog tu. Lepas baca blog tu, aku akan teruskan la apa-apa kerja yang aku kena buat. Kalau aku perasan dia ada update blog tapi aku tak baca, rasa tak sedap badan wooo. Hehe;) Satu lagi, aku biasa promote blog tu melalui perbualan aku dengan kawan-kawan. Sebab trivia dalam blog tu kadang-kadang menjadi topik perbualan aku. Aku duduk rumah sewa ni. Lepas aku promote blog tu, satu rumah ni dah ketagih tunggu si Obefiend tu update blog tu. Hoho~ ;)


Sudah berapa lamakah anda mengikuti blog tersebut??

Dah lebih kurang 2 tahun.


Sila ceritakan tentang blogger tersebut ..

Sang blogger bernama Effi. Tapi nama blogger dia Obefiend. Dia ni agak berani mati. Kadang-kadang saja bagi orang sakit hati. Dia suka tengok reaksi orang. Aku tak kisah. At least he's  true to himself. Tapi of course la tak semua kita boleh amek dari mamat ni. Dia pun manusia jugak. Mesti la ada yang tak betul. Mane yang baik kita amek la. Hehe.


Apakah blogger tersebut mengetahui anda kagum dengan blognya?


Tak. Confirm tak. Tak perlu pun rasanya. Dia tak perlu tau. Dan aku rasa dia pun taknak tau. Dia tak peduli pun kalau ada orang kagumi dia. Sebab blogging is his passion. So dia blogging sebab dia yang minat menulis, bukan sebab nak orang minat dia.




Jika diberi peluang bertemu dengan blogger tersebut , sila beri 5 soalan yang akan anda tanya kepadanya !! Jeng jeng jeng ..



  • Obe, macam mana ko boleh dapat trivia tu semua? Sehari bukan satu pulak tu.
  • Obe, ko ni biasa kalau sembang-sembang pun bantai mencarut jugak ke? Huhu
  • Kadang-kadang ko selamba cakap pasal benda unsur-unsur lucah dalam blog ko. Mak ayah ko tak baca blog ko ke? Lebih 9juta view...takkan mak ayah sendiri tak pernah baca kot...huhu
  • Apsal la ko obses sangat dengan Chelsea? 
  • Ko takde rasa nak bukukan blog FOA ko ke? Biar jadi Blook. Hehe;)


Baik. Selesai entri untuk segmen ni. Mari layan muvi~ ;)




satu hari satu foto (episod 72)


Cold & Dull : The Day After The Final Snowfall 

Tarikh: 8 January 2011
Lokasi: Ferham Park, Ferham Road, Rotherham


p/s: baiklah...esok sambung FSTS...nantikannya ;)


secret recipe: cook without a recipe

Sebelum dinner tadi, aku duk blogwalking sikit. So aku sampai kat blog Laman Seri: Mencari Keredhaan-Mu. Entri terbaru dia time tu duk cerita pasal lelaki yang memasak dianggap sexy. Kalau nak tau lanjut, sila ke blog tu. So, aku yang rase malas nak masak tdipun tetiba jadi bersemangat. Haha~ =p Kalau tak semangat pun kena masak jugak. Memang dah sampai turn aku masak tadi. Hehe.

Bercakap pasal lelaki dianggap sexy bila memasak, aku teringat kat sorang kawan aku. Pada aku, dia takde la sexy. Maybe sebab aku lelaki kot. Kalau perempuan yang tengok dia memasak, mungkin diorang rasa sexy. Aku pernah cerita pasal dia dalam entri INI. Tapi aku tetap rasa kebolehan dia memasak menjadi tarikan diri dia. Kalau nak dikira, bagi seorang lelaki, dia ni memang terer masak la. Even lebih hebat masak berbanding sebahagian perempuan. Dia pernah masak untuk satu batch aku (80 lebih orang) time kat sekolah menengah dulu. Kira hebat la kan. Hehe ;)

So bila nak masak tadi, macam sebahagian suri rumah yang lain, aku tak tau nak masak apa. So aku campak-campak aje la. Teringat pulak kat chef Michael Smith dalam rancangan Chef At Home kat channel TLC. Dia punye tagline,

"My secret recipe? Cook without a recipe"


photo from adlinewrite.blogspot.com


So lepas aku masak-masak, ni la hasilnya yang tak seberapa...


Tak tau nak namakan apa masakan ni. Ayam ni digoreng, then digaul dengan kuah pekat. Kuah pekat tu masaknya ade lemak kambing, sayur campur, bawang putih n besar, cili api, cili kering, sos tiram. So apa nama masakan ni? Mesti ada lauk yang lebih kurang macam ni kan. So ikut nama lauk tu je la tak kira la apa pun namanya. Huhu =p



Yang ni lauk ikan bilis goreng bawang. tetiba rasa nak masak ni bila baca entri rakan blogger Stori Mori Torkonang Juo.



Gambar-gambar ni rupe dia tak membangkitkan selera sangat. Rasa nye pun takde la sampai menjilat jari kaki. Tapi boleh la nak hilangkan lapar. Alhamdulillah~ =)

So, amacam? Sexy tak aku? *sila muntah*


p/s: next week ada exam la pulak...fuh3~ 


The Most Elegant Blog Contest



Salam. Macam biasa, sebelum aku taip entry aku, aku akan blogwalking dulu. Ye la, kot la ada apa-apa yang menarik untuk aku join, boleh la aku join. So masa sleepwalking blogwalking tadi, aku masuk satu blog ni dan dia anjurkan satu contest. Ni contest nye:


The Most Elegant Blog Contest

Dianjurkan oleh


(sila klik gambar untuk ke enrty contest ni)

Aku takde la berharap nak menang sangat pun. Kalau menang pun, aku tak dapat nak merasa hadiah tu sebab aku kat sini (UK) skang. Tapi aku join la sebagai tanda support kepada rakan-rakan blogger =) Bagi yang tertanye-tanye, ni hadiah nye:


Tempat pertama: Topup RM 10 + Award
Tempat kedua: Topup RM 5 + Award
Tempat ketiga: Award
Semua peserta: Award penyertaan


Syarat-syarat pertandingan:

1. Mesti follow blog A.K! :)
2. Semua boleh sertai, lelaki atau perempuan, tua atau muda.
3. Warganegara Malaysia.
4. Buat satu entri tentang kontes ni dengan nama 'The Most Elegant Blog Contest' dan jangan lupa letak banner dan link ke post pasal entri ni kat blog penganjur.
5. Ceritakan sedikit sejarah penubuhan blog anda .
6. Hantarkan URL entri anda ke post ni.
7. Tag 2 orang untuk sertai! :D

Tarikh tutup: 30 April 2011 [Kalau ada pindaan, akan diberitahu!]


Ok. Skang aku nak cite pasal sejarah penubuhan blog aku ni. Aku rase tak perlu la kot aku bagi tarikh specific. Blog di lahir pada budan November 2008. Tujuan asal aku buat blog ni adalah untuk share gambar-gambar yang aku shoot dan info berkenaan fotografi. Tapi aku banyak duk cerita pasal kehidupan aku la pulak. Sebab tu la aku buat section 'satu hari satu foto' supaya aku istiqamah post satu gamba setiap hari dalam blog ni. At least, ada la gambar setiap hari. Ada la kaitan dengan fotografi. Nama blog pun Lensajingga kan. Hehe.

So baru-baru ni bilangan follower aku mencecah 100 orang. Alhamdulillah. Aku harap blog aku ni dapat la enjoykan pembaca dan beri manfaat. Kalau tak banyak, sikit pun jadi la. Kalau ada apa-apa teguran atau cadangan, jangan malumalu bagitau kat aku yek. Hehe =)


Ok. Skang aku nak tag



p/s: sila la terjah blog yang aku tag ni...yang atas tu adik aku (baru berjinak-jinak dengan dunia blogging)...yang bawah tu kawan aku yang juga merupakan seorang blogger yang agak famous (follower dia ramai...blog pun menarik) ;)

Anda juga mungkin berminat untuk membaca entry ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...