Sejak kebelakangan ni sibuk diperdebatkan isu menara Warisan Merdeka yang bakal dibina di Kuala Lumpur.
"Menara Warisan Merdeka? Yang mana satu?"
"Ala...menara 100 tingkat tu."
"Owh...cakap la menara 100 tingkat."
Maka secara tak rasminya 'Menara 100 Tingkat' lebih dikenali berbanding nama sebenar bangunan tu. Mungkin dengan adanya perkata '100 Tingkat', lebih gah jadinya. Iye la kan. Petronas Twin Towers yang gah tu pun baru 88 tingkat. Ni kan pulak 100 tingkat. Lagi la gah. Berlumba-lumba nak bina bangunan pencakar langit ye. Huhu~
Baiklah. Aku taknak bincang pasal kos projek tu yang sibuk diperdebatkan. Ada yang kata lebih baik disalurkan kepada yang memerlukan. Ada yang sokong sebab dengan adanya bangunan tu akan menarik pelabur asing. Pendapat aku? Aku tak pasti. Aku tak mahir dalam hal ekonomi. Apa yang aku boleh cakap ialah kita kena utamakan yang mana lebih utama. Jangan sampai projek ni membawa pembaziran dan lebih teruk lagi, kerugian sudah la.
Aku nak bincangkan isu ni dari sudut lokasi projek tu. Aku tahu. Mesti ada yang anggap perkara ni remeh je kalau nak dibandingkan dengan isu kosnya tu. Tapi macam yang aku kata tadi, aku ni tak mahir hal ekonomi. Maka baik aku cakap dari sudut lain. Bila bercakap pasal lokasi projek tu, bukanlah bermakna aku ni mahir pasal senibina dan landscape. Cuma melahirkan pendapat berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang aku pernah lalui je la.
Aku secara peribadi tak bersetuju dengan lokasi projek tu. Sebabnya ialah projek tu terlalu hampir dengan salah satu bangunan bersejarah di negara kita ni. Bukan A Famosa tapi Stadium Merdeka. Memang dah lumrah, pusat bandar menjadi tumpuan kegiatan ekonomi dan sosial. Jadi tak hairanlah segala macam benda nak dipadatkan kat KL tu. Masalahnya ialah bila pembangunan dilakukan tanpa memelihara bangunan-bangunan bersejarah yang ada. Bila aku kata memelihara bangunan, aku tak hanya maksudkan memelihara keadaan bangunan tu saja tapi kawasan sekitarnya sekali.
Kalau kita perhatikan, Kebanyakan bangunan-bangunan bersejarah dibina sejak zaman penjajah lagi. Walaupun aku bukan la nak puji penjajah kita tapi aku akui diorang punya pelan perancangan bandar adalah baik. Jadi, masa diorg bina bangunan-bangunan bersejarah kat Malaysia ni dulu, diorang dah buat pelan supaya bandar yang cantik dan tersusun akan terbina. Tapi bila sampai kat tangan kita, habis buruk jadinya.
Sekali lagi aku nak tegaskan yang aku ni tak mahir berkenaan senibina dan landscape tapi pada pendapat aku, antara ciri-ciri yang membuatkan sesebuah bandar nampak cantik ialah banyak kawasan rumput yang luas atau padang (supaya nampak lebih lapang, tak sempit, hijau dan sedap mata memandang) dan binaan di atas bukit (baru la nampak grand sikit macam istana orang dulu-dulu).
Aku mula terfikir pasal ni bila aku balik ke tempat kelahiran aku, Johor Bahru. Seingat aku, Johor Bahru dulunya cantik. Tapi sekarang dah tak berapa nak cantik. Sebabnya ialah semuanya nak dipadatkan kat pusat bandar yang dah sedia ada. Sebagai contoh, aku masih ingat Dewan Jubli Intan JB yang dulunya cantik dengan kawasan sekitarnya ialah padang rumput yang lapang. Nampak grand je. Sekarang ni dewan tu dah diapit oleh bangunan Tabung Haji dan Johor Tourism Information Centre. Dah la kedua-dua bangunan tu lebih tinggi. Maka tenggelam la Dewan Jubli Intan tu. Dah tak grand macam dulu.
Dewan Jubli Intan (Dulu la...tapi aku tak dapat cari gambar yang nampak kawasan sekeliling) - nst.com.my
Satu lagi ialah Masjib Sultan Abu Bakar yang mana pada aku merupakan salah satu masjid tercantik kat Malaysia ni. Walaupun kedudukannya kat atas bukit, tapi ada pulak binaan tinggi berdekatan yang mengganggu pemandangan.
Masjid Sultan Abu Bakar - nomadlife.co.uk
Bangunan Sultan Ibrahim pulak pada aku still elok, walaupun kawasan sekitar tu dah ada macam-macam. Tapi sebab bangunan lain still lebih rendah daripada bangunan tu maka still nampak grand.
Bangunan Sultan Ibrahim - wikimedia.org
Cuba kita tengok sesetengah negara barat asia yang lain. Diorang pelihara kawasan sekitar bangunan bersejarah diorang. Contohnya kat China, Tiananmen Square dijaga supaya nampak grand. Peraturan ditetapkan supaya tak dibenarkan pembinaan bangunan yang lebih tinggi daripada Tiananmen Square kat sekitarnya. Sebab tu la masa persediaan untuk Olimpik Beijing 2008, Opera House China yang kalau diikutkan pelan lukisan arkiteknya bangunan tu lebih tinggi daripada Tiananmen Square, terpaksa dibina ke dalam tanah sikit. Maknanya seolah-olah bangunan Opera House tu ditelan bumi sikit. Haaa...punya la nak jaga Tiananmen Square tu. Huhu~
Tiananmen Square (commons.wikimedia.org). Ada korang nampak bangunan tinggi kat sekitar tu?
Colosseum. Gambar atas (architectureabout.com). Gambar bawah (kmzlinks.com). Ni pun takde bangunan tinggi kat sekitar Colosseum ni. Walaupun jalanraya betul-betil sebelah Colosseum ni, tapi takde la sampai dibina flyover kejadah sume.
Eiffel Tower (visitingdc.com). Walaupun ada bangunan tinggi kat belakang tu tapi jauh. So tak mengganggu pemandangan. Ditambah pulak lagi dengan kawasan padang luas dan pokok-pokok kat bawah dia. Cantek.
Jom kita tengok Malaysia pulak. Mempersembahkan.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
....Bangunan Sultan Abdul Samad. Hadoi.....sakit mata aku tengok. Kalau ada pelancong tangkap gambar bangunan ni pun, mesti taknak buat untuk gantungkan kat dinding. Sebab bangunan ni tak stand out. Tenggelam dek bangunan-bangunan kat belakang tu. Sape la yang bodo sangat pergi luluskan pembinaan pengacau-pengacau tu sume. Cari la lokasi lain. Haih~
So mesti korang boleh bayangkan apa yang kan terjadi kat Stadium Merdeka kan? Dah la kawasan tu dah sarat. A few months back salah satu 'monumen' siap dirobohkan lagi (penjara Pudu). So aku harap betul lokasi projek Menara Warisan tu boleh diubah. Bawak la pergi tempat lain. Putrajaya ke kan. Huhu. Kalau ikut respon rakyat Malaysia kat facebook, rasanya yang tak setuju dengan pembinaan Menara Warisan tu lagi banyak. 700++ (setuju) vs 100000++ (tak setuju). Hari tu aku tengok berita kat tv pun sama jugak. Orang tak setuju dengan lokasi projek tu. Alasannya sebab takut traffic jam makin kritikal. Tapi biasa la, bila ada yang menentang, mesti ada yang sokong kan. Geng-geng yang sokong ni kata diorang yakin traffic jam tu bersifat sementara je, dan diorang yakin kerajaan dapat atasi masalah tu. Iye ke? Traffic jam yang ada sekarang ni pun tak setel-setel lagi. Haih~
p/s: macam mana pun, aku tak rasa projek tu akan dipindahkan ke lokasi lain apatah lagi dibatalkan. Dah ada duit nak masuk poket, peduli apa kalau orang tak setuju pun kan~ =p
No comments:
Post a Comment