Salam 15 Ramadhan. Malam tadi lepas balik dari masjid, aku nampak bulan penuh menandakan kita dah berada di pertengahan Ramadhan. Jadi aku bercadang nak shoot bulan tu. Tapi aku lepak-lepak dulu. Baca Al-Quran sikit. Lepas tu baca surat khabar pulak. Elok je aku keluar rumah nak shoot, aku tengok langit dah mendung. Melepas shot bulan 15 Ramadhan. Haih~
Petang semalam aku nak shoot product. Jadi aku perlukan kertas besar untuk dapatkan background putih. Cari punya cari, akhirnya jumpa la kertas putih saiz A3. Rupa-rupanya, semua tu kertas assignment engineering drawing masa aku belajar kat UIA dulu. Dah lama dah. Rindu pulak rasanya masuk kelas drawing ;)
Tentunya bukan hasil kerja best student....haha~
Lagi hasil kerja aku ;)
Sambil aku belek kertas-kertas assignment aku tu, aku terjumpa satu assignment yang ada kisah tersendiri.
The first home assignment.
Home assignment yang pertama. 10 Julai 2006....dah lebih daripada 4 tahun lepas tu....huhu~ ;)
Bagi sesiapa yang belajar dalam jurusan kejuruteraan kat UIA, tak dapat tak, memang kena belajar subjek ni. Tak kira la nak majoring apa pun, subjek engineering drawing ni adalah subjek wajib. Dalam kelas pertama, student diajar tentang perkara-perkara asas. Lukis bingkai. Kotak kat bucu bawah kanan bingkai. Dan tak lupa jugak cara menulis yang skema. Huhu~ ;)
So ada kisah di sebalik assignment pertama ni. Kami disuruh menulis semula satu perenggan artikel berkenaan tulisan dalam engineering drawing. Disebabkan aku main salin buta je, sebab tu la korang akan jumpa grammatical error dalam gambar kat bawah ni nanti. Huhu.
Ok, sambung cerita. Jadi masa kelas kedua, abang tutor tu pulangkan la semula kertas assignment kitorang yang dia dah semak. Dia just letak kertas-kertas tu atas meja dan suruh kitorang amek sendiri. So lepas kelas aku pun cari la kertas assignment aku. Tapi tak jumpa la pulak.
"Abang, takde pun kertas saya. Abang tercicir ke?", aku tanya kat abang tu. Ye la kan. Kang kalau tercicir rugi la aku hilang markah assignment free-free je.
Abang tu jawab, "Eh, takde la. Semua ade kat situ. Cari betul-betul."
Cari punya cari, baru la aku tau kenapa tadi aku tak jumpe kertas aku. Sebabnya?
Sebab, assignment ni pasal cara menulis yang betul. Jadi, pada kebiasaannya, bila kita cari kertas assignment kita, kita tak baca pun nama sebab kita cam tulisan kita sendiri. Betul tak? So, sebenarnya kertas aku ada kat situ cuma aku yang tak cam tulisan aku. Sebab tulisan aku dalam assignment tu macam kat bawah ni...
Tulisan aku dalam assignment ni bukan main kemas (pada pendapat aku la kan...huhu~)
Sedangkan tulisan aku pada kebiasaanya pulak macam gambar kat bawah ni (setelah berusaha mencari buku nota dah ntah ke mana...huhu)...
Amacam? Boleh baca? Haha~ =p
Versi kira-kira
Patut la aku tak jumpa kertas aku. Sebab tak cam tulisan sendiri. Lain bebeno tulisanku yang 'sopan lagi ayu' dalam assignment tu berbanding tulisanku yang sebenar....haha~ =p
p/s: kena perbaiki tulisan la gini...aritu pun dah kena sound ngan dato' ghazali time isi borang nak apply buat lesen welding inspection...huhu =p