klik klak kluk

klik jangan tak klik

Followers

Wednesday, April 1, 2009

fotografi: satu permulaan

Salam. Memandangkan terdapat begitu banyak laman web dan blog berkenaan fotografi yang disampaikan dalam bahasa Inggeris, maka saya terpanggil untuk membincangkan topik-topik berkenaan fotografi dalam bahasa Melayu melalui blog saya ini. Tidak dinafikan terdapat banyak laman web dan blog fotografi dalam bahasa Melayu yang mana kebanyakannya ditulis oleh jurugambar-jurugambar yang telah lama berkecimpung di dalam bidang ini. Oleh yang demikian, blog saya ini bukanlah diwujudkan bagi menyaingi blog-blog fotografi yang telah sedia ada kerana jelas sekali ilmu fotografi saya masih terlalu cetek.

Tujuan blog ini adalah untuk berkongsi ilmu fotografi bersama golongan yang baru berjinak-jinak dalam bidang fotografi, seperti juga saya sendiri. Dengan cara ini, saya turut perlu meningkatkan pembacaan bagi menambah ilmu fotografi untuk dimuatkan ke dalam blog ini. Diharap agar orang lama atau otai-otai dalam bidang ini sudi berkongsi ilmu fotografi atau tips dan komen-komen yang membina. Semoga anda semua mendapat manfaat, jika tidak banyak, sikit pun jadi lah=)

No comments:

Anda juga mungkin berminat untuk membaca entry ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...