klik klak kluk

klik jangan tak klik

Followers

Thursday, April 2, 2009

fotografi: konsep shutter speed

Shutter speed ialah tempoh masa sesebuah filem atau sensor didedahkan kepada cahaya yang masuk melalui lensa. Semakin lama cahaya memesuki lensa, semakin banyak kesan terhadap gambar tersebut. Jika shutter speed terlalu cepat, cahaya yang memasuki lensa adalah terlalu sedikit, maka gambar akan menjadi gelap atau underexposed. Sebaliknya jika shutter speed terlalu lama, cahaya yang memasuki lensa terlalu banyak dan gambar akan menjadi terlalu cerah atau overexposed.

Shutter adalah sebuah komponen mekanikal yang akan terbuka untuk suatu jangka masa yang pendek, kebiasaannya kurang daripada satu saat. Bagi model kamera lama, penyelarasan shutter speed adalah pada dial yang terdapat pada body kamera manakala kamera digital kini memaparkan shutter speed pada skrin LCD sesebuah kamera.

Nilai shutter speed adalah pecahan kepada satu saat. Ini bermakna, jika nilai yang terpampang pada skrin LCD ialah 25, maka shutter speednya bukanlah 25 saat tetapi 1/25 saat. Bagi nilai 'B' ("bulb") pada skrin LCD, shutter speednya adalah bersamaan dengan tempoh shutter release button ditekan. Ini bermakna, selagi shutter release button tidak dilepaskan, cahaya akan terus memasuki lensa.

1/2 saat memberikan setengah jumlah cahaya kepada filem atau sensor berbanding 1 saat.

1/60 saat memberikan setengah jumlah cahaya kepada filem atau sensor berbanding 1/30 saat.

1/250 saat memberikan 2 kali ganda cahaya kepada filem atau sensor berbanding 1/500 saat.

1/2000 saat memberikan 2 kali ganda cahaya kepada filem atau sensor berbanding 1/4000 saat.

Shutter speed mempengaruhi ketajaman subjek kita. Bagi shutter speed yang tiggi atau cepat, subjek dapat dipegunkan atau 'freeze' maka ia akan kelihat sharp. Bagi shutter speed yang rendah atau perlahan, subjek akan kelihatan kabur kerana terdapat pergerakan sepanjang tempoh shutter terbuka. Shutter speed juga dalah berbeza bergantung kepada arah gerakan subjek.



Pada kamera keluaran nikon, mode shutter priority ditandai "S". Mode ini membolehkan kita menetapkan shutter speed manakala aperture dikawal oleh kamera bersesuaian dengan shutter speed yang telah ditetapkan.

Dengan memahami konsep shutter speed, kita dapat memanipulasikannya untuk menghasilkan gambar yang menarik. Sebagai contoh, dengan menggunakan shutter speed yang rendah, gambar air terjun atau jeram akan kelihatan menarik. Ini kerana batu-batan yang statik kelihatan sharp manakala air akan kabur dan kelihatan seolah-olah sedang mengalir.

Satu lagi teknik yang menarik menggunakan shutter speed ialah "pan". Teknik ini memerlukan kita menggerakkan kamera mengikut arah gerakan subjek (cth: kiri ke kanan) apabila menekan shutter release button. Kita akan dapat gambar di mana subjek kelihatan statik manakala background bergerak. Teknik ini kerap digunakan dalam merakam gambar sukan bermotor seperti lumba kereta.

Terdapat sedikit masalah berkaitan shutter speed ketika merakam gambar terutamanya bagi shutter speed yang rendah. Ini kerana pada kebiasaannya, jurugambar tidak stabil dengan sempurna. Maka gambar yang dirakam akan sedikit kabur akibat tangan yang bergetar. Bagi mengatasi masalah ini, tripod dan shutter cable release bolehlah digunakan.

No comments:

Anda juga mungkin berminat untuk membaca entry ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...