klik klak kluk

klik jangan tak klik

Followers

Monday, April 19, 2010

CGPA untuk cari kerja

29 march yang lepas aku layan internet macam biasa. dan macam biasa juga la aku akan layan facebook. ada sorang kawan aku ni, nama dia helmi suhaimi. kalau korang masih ingat, aku pernah tulis satu entry berkenaan dia. ok, berbalik kepada kisah facebook. aku singgah kat profile si helmi ni. kat status dia, dia tanyakan soalan berbentuk situasi. dia cuba letakkan kita pada kedudukan pemilik syarikat. lepas tu dia tanya pada kita, kita akan ambil fresh graduate dengan CGPA berapa untuk jadi pekerja kita. 

gambar kat bawah ni adalah print screen dari profile si helmi tu. kalau nak baca pengalaman and pandangan kawan-kawan dia, klik la gambar ni bagi besar.


printscreen dari profile helmi suhaimi, the motivator.


hmmm....menarik. jap...jap...sebenarnya takde la menarik sangat. tapi disebabkan isu ni relevan dengan situasi aku sekarang (aku dah nak grad. nak cari kerja pulak pasni), maka isu ni menarik perhatian aku. and aku sure, teman-teman seangkatan aku pun maybe akan tertarik jugak dengan isu ni.

setahu aku, CGPA kita hanya laku masa first time kita nak cari kerja. maknanya, time tu kita fresh graduate and takde pengalaman. bila dah ada pengalaman, bakal majikan dah tak tengok CGPA. tapi ni tak bermakna CGPA tak penting. semua fresh graduate nak cari kerja yang macho-macho. kerja kat syarikat besar. gaji besar. bangunan besar.*tetibe je*.... so, CGPA yang tinggi adalah senjata untuk impress bakal majikan tu. 

dan kita tak dapat nak nafikan hakikat tu. kalau tak, takde la korang sibuk-sibuk nak menoyol untuk dapat pointer tinggi kan? hoho~

tapi kadang-kadang, aku rasa macam tak adil jugak. sebab, kalau nak bandingkan ikut CGPA, universiti yang berlainan mesti la tak sama ke'strict'an CGPA dia. bukan la nak mengata, tapi sebahagian universiti macam senang je nak score. aku pernah jugak berbual dengan a few kawan pasal ni. member-member aku yang study kat UIA ni cam down sikit la bila balik cuti and duk sembang-sembang dengan kawan-kawan sekampung or sekolah diorang. bila sampai topik result exam, kawan-kawan diorang ni semua 3 point something. yang diorang ni pulak 2 point something je. 

jadi, adakah bebudak UIA ni bodoh-bodoh? macam tak logik la pulak kan. takkan satu universiti ni kebetulan tak pandai je semua. aku siap ada sorang member. masuk UIA ni, first year pun tak lepas. belum majoring lagi. lepas kena dismiss, dia masuk UITM. cemerlang la pulak. cane tu? hmmm...

lepas tu lecturer aku, Dr. Yeakub, pernah cerita pasal nak push budak UIA kerja kat Intel. sebab dia ada orang dalam. so nak mintak tolong kawan dia tu amek UIA graduate kerja kat situ. tapi tak dapat. sebabnya? sebab Intel nak pointer tinggi. dia tak kisah apa background of study. yang penting pointer tinggi. sebab pointer tinggi menunjukkan yang seseorang tu cepat belajar. so, kalau pun dia grad bidang seni lukis dengan pointer 3.999, dia just perlu training bidang engineering untuk kerja dalam bidang engineering kat Intel. WTH la. kalau camtu la gayanya, setiap tahun, ada la kot 5 orang je graduan engineering UIA yang layak kerja kat Intel. huhu~

tapi tak semua majikan tengok CGPA. ade sorang member aku, Bibi nama timangan dia. dia ni graduan engineering USM. dia ni bukan la dari golongan pointer yang tinggi-tinggi ni. so satu hari ni, dia duk squatting kat bilik aku kat UIA. sebab syatbi, rumet aku, adalah school mate dia dulu. dia duk squatting sebab ada interview kerja kat KL. lepas interview kitorang duk tanya la dia pasal interview tu. satu benda yang tarik perhatian aku ialah statement dari interviewer tu.

"kitorang memang tak minat nak amek budak-budak yang pointer tinggi. sebab kitorang dah ada banyak pengalaman yang budak-budak pointer tinggi ni tak boleh buat kerja".

so lega la sikit member aku yang sorang ni tadi. and at last memang dia dapat pun kerja tu. rezeki dia. huhu~

tapi pada aku, majikan tu tak patut gak stereotype. sebab tak semua budak-budak yang pointer tinggi ni tak reti buat kerja. ramai jugak classmate aku yang pointer tinggi reti buat kerja. contohnya hanif izhar. mamat ni memang all rounder la. memang terer tahap gaban. aku respect la kat dia. 

so aku rasa, pointer ni penting jugak. tapi keyakinan diri time inteview lagi penting kot. and benda ni la yang aku paling lemah sekali. haih~

apa pandangan korang?

Thursday, April 15, 2010

kat blog pun ade tag2 gak...huhu~

1. ADAKAH ANDA RASA ANDA HOT??
mase kecik2dulu, aku suke main keta hot wheels... <-- xde kaitan....next!

2. UPLOAD WALLPAPER PC/LAPTOP YANG ANDA PAKAI SEKARANG?

3. CERITAKAN PASAL GAMBAR INI??
pasal kehidupan....(ni bukan pc aku...pc aku dah gile...mlm b4 submit repot fyp dia wat hal...naseb baik pedro siap awal...bleh la aku tumpang wat kat pc dia ni hah...huhu)

4. KALI TERAKHIR MAKAN PIZZA??
pizza yg mak aku buat kat umah...hujung thn lpas kalo x silap...hehe;)

5. LAGU TERAKHIR ANDA DENGAR??
thank you Allah...by raihan....dgr time wat repot fyp...pastu pc aku pun jd gile...huhu

6. APA ANDA BUAT SELAIN MENYELESAIKAN TAG INI??
layan fb...chattig ngan cik ana...duk tggu muhaimin yg td kata nak ajak kuar tp duk senyap je...ttido la tu...huhu

7. SELAIN NAMA SENDIRI, ANDA DIPANGGIL NAMA APA??
faiz or nak slank sket panggil pais...ade sorg ustazah kat matrik dulu panggila aku 'hafiz' sepanjang sem...jiran aku pun same gak panggil aku 'hafiz'...time eit jd 'fiz' plak...huhu

8. TAG 8 ORANG (BUATLAH KALU RAJIN)

-syatbi
-hasnoor
-edy
-apek
-afif zainudin
-helmi
-pendita malam
-arif sukarno

*kompem xde sorg pun yg akan wat ni nnt...same2 la kite nantikan kesudahannye...haha~

9. SIAPA ORANG NO.1 KEPADA ANDA??
rumetku

10. NO.3 ADA HUBUNGAN DENGAN SIAPA??
siyes aku xtau...dah ade ke?huhu

11. BAGAIMANA PULA DENGAN NO.4
ni lagi la aku xtau...xde kot...kalo ade bleh wat mkn besa...hoho~

12. KATA2 CINTA UNTUK ORANG NO.2??
nol...ai lap yu...huhu~

13. BERIKAN 5 YANG ANDA TAU TENTANG ORG YANG MENGETAG ANDA??

-classmate manu
-baru je kawen
-kurus bebeno <-- sila tambahkan berat badan...secara semulajadi (pregnant) adalah lebih baik ;)
- rasenye joining n casting satu2nye subject yg kitorg x sekelas sem ni
-dia grad sem ni

~TAMMAT~

Wednesday, April 7, 2010

peringatan kepada wanita

kebanyakan orang suka bila ada orang lain tangkap gambar dia. sebab tu banyak yang tak kisah bila peminat fotografi terutama sekali dalam bidang seni foto jalanan atau street phtography tangkap gambar diorang. asalkan gambar tu tak disalahgunakan, semua orang suka bila gambar diorang dirakamkan dengan baik.

bagi kaum hawa, beberapa perkara perlu diambil berat. salah satu daripadanya ialah berkaitan pakaian yang dipakai bila gambar diorang dirakamkan. bukan pasal pakaian tu cantik atau tak. tapi cuba perhatikan dan kenal pasti sama ada pakaian yang akan korang pakai masa gambar korang dirakamkan tu akan mengaibkan korang atau tak. mengaibkan? mungkin terlalu kasar perkataan ni. mmm....

aku tak tau nak terangkan dari segi sains. tak tau la sama ada hipotesis aku ni betul ke tak. setahu aku, baju hitam atau gelap dengan kain yang licin cenderung untuk kelihatan telus pandang, bagi bahasa skema or transparent untuk senang faham, bila kita tangkap gambar guna flash. lebih-lebih lagi kalau si empunya badan berkulit cerah atau berbaju dalam bewarna cerah. kalo berkulit gelap macam bekas pemain kelab chelsea, makelele, mungkin masalah ni tak timbul sebab takkan nampak apa-apa pun. huhu.

jadi seeloknya pakai baju lain kat belah dalam tu. singlet ke, pagoda ke or lebih baik pakai baju dengan fabrik jenis lain. ni antara beberapa contoh telus pandang akibat cahaya flash (sebahagiannya sebab cahaya matahari). bagi yang tak faham apa yang aku tengah bincangkan ni mesti faham bila tengok gambar-gambar ni. jangan enjoy~


nicole kidman


rani mukherjee. cahaya flash kuat.


bila cahaya flash diffused, takde la transparent. so dia bukan pakai baju jarang. maybe sebab jenis fabric kot.


ni pun sama. bila kat tempat redup elok je.


bila bawah cahaya matahari terik, aku pulak kena 'tutupkan'. lol~


yang ni kes lain. si arun nayar ni kena bagi kaunseling sikit kat isteri dia. dah tau kain sari tu nipis, jangan la tak pakai apa-apa. kan dah ada ramai yang seronok~


lagi.


ni pun sebab cahaya flash kuat


lagi.


ketawa la kau. photographer tu pun duk ketawa je snap ko ni hah. huhu~


ingat tak kes maria farida ni dulu? aku rasa dia bukannya pakai baju jarang. tapi maybe disebabkan effect yang sama bila dipancari cahaya flash yang kuat.


so korang rasa betul ke hipotesis aku? betul ke cuma baju gelap? macam mana pulak kalau guna baju warna oren or merah? akan ade effect yang sama ke? entah la. yang penting, jangan pakai nipis-nipis. pastu pakai tudung tu labuh-labuh sikit. selamat~ =)

Tuesday, April 6, 2010

1-7 april 2010: 7 hari yang 'membahagiakan'

fuh...baru lepas jawab paper joining & casting tadi. that means tinggal satu paper je lagi untuk aku completekan my degree study. esok hari rabu, bersamaan 7 april 2010, pukul 12.00pm, akan tamatlah minggu yang membuatkan aku sibuk dan letih. macam-macam benda aku buat during that seven days. tak pernah aku ada komitmen selama 7 hari straight. tapi sebahagian daripada komitmen tu tak perlu pun sebenarnya. aku je yang cari sakit. tapi takpe. aku tak menyesal. huhu. so ni la diari 7 hari yang 'membahagiakan' aku.


1 april 2010
exam micromanufacturing technology. setengah jam sebelum exam dapat call ada company panggil untuk interview hari isnin. time exam tak dapat nak jawab sangat. yang aku dah baca aku terlupa. tak sempat nak buat toyol pulak lagi. invigilator pun strict. memang tawakal je la. huhu~

2 april 2010
brunch bersama maam aku. terus tunggu kat restaurant tu sampai abang aku datang. sebab belah petang tu nak pergi briefing and training sebagai F1 event crew atau secara mudahnya, tukang jaga gate dan check tiket penonton F1 tu. sampai UIAbalik pukul 8.40pm. letih~

3 april 2010
bangun pukul 5.30am. dah berzaman aku tak bangun awal macam ni. gerak ke litar sepang pukul 6.50am. nasib baik hari tu just qualifying je. so tak ramai sangat manusia. sampai kat UIA semula pukul 8.30pm. letih lagi~

4 april 2010
bangun pukul 5.30am jugak. aku bawak beg baju siap-siap sebab lepas tu aku nak balik rumah terus. sebab esok paginya aku kena attend job interview kat bangi. hari ni super anjing punye ramai manusia. dari pukul 12pm-4pm peak hours. manusia datang tak henti-henti. letih gile babas. sakit pinggang berdiri lama sangat. lengan aku pun dah sun burn. nasib baik ada subjek menarik kat gate aku jaga tu. so bleh la curi-curi shoot. tapi bukan aku yang shoot. shahril gaspazinho yang shootkan. siapakah subjek menarik itu? next entry la aku cerita.

5 april 2010
bangun awal lagi. keluar dari rumah pukul 8am. menuju ke stesen komuter UKM. resume belum print lagi. sijil-sijil belum fotostat lagi. sebab semalam nye kan aku jadi event crew F1. balik rumah dah pukul 9pm. kedai-kedai kat pekan sungai pelek semua dah tutup time tu. so aku sampai je kat stesen UKM, amek teksi, suruh dia bawak aku pergi kedai print terdekat. susah jugak nak cari tapi jumpa jugak. alhamdulillah. pukul 9.20am sampai kat kilang tu. pukul 10.20am interview. nasib baik cina tu cakap BM je. siap buat style sembang-sembang je. so aku pun takde la cuak sangat. tapi aku rasa memang takkan dapat job tu. sebab dia nak yang dah ada experience. bila aku tengok balik kat jobstreet memang dia nak yang ada experience. tapi entah macam mana aku boleh dipanggil untuk interview tu entah. huhu.

6 april 2010
ada paper joining & casting pukul 9am. alhamdulillah. kalau tak score pun insyaAllah lulus la. huhu~

7 april 2010
last paper. 9am. project design and developement.


itu la serba sedikit cerita berkenaan diari 7 hari yang 'membahagiakan' aku. lepas ni hari-hari menyeksakan pulak sebab nak kena siapkan FYP. adui~  T_T

Friday, April 2, 2010

jadi tensi bila orang tak reti common sense

dah lama aku tak post entry berunsur ketidak puasan hati terhadap sesuatu. tak silap aku, the last one was about ketiadakpuasan hati terhadap wartawan gosip. so kali ni aku nak post entry pasal ketidak puasan hati aku lagi. benda ni kadang-kadang nampak remeh. "de semol de matter je" kata sesetengah orang dengan grammar yang salah. benda-benda macam ni common sense la kan. tak puas hati pasal apa agaknya tu? ni antara perkara yang buatkan aku annoyed:

1) tak flush jamban lepas kencing/berak

yang ni top list perkara yang buatkan aku panas hati. sangat la panas hati aku bila aku nak membuang, lepas tu nampak jamban yang tak dipam. macam la kudung tangan tu sampai tak mampu nak flush. kudung betul-betul kang baru tau.


kadang-kadang ada yang buat perangai pelik. bila dia pergi ke jamban nak membuang, jamban tu tak dipam oleh orang yang menggunakan jamban tu sebelum dia. apa solution samdol ni? dia pam dulu bagi bersih, then bila dah selesa dia buang la bahan buangan dia dan pergi dengan senang hati tanpa flush jamban yang dia dah gunakan tu. perangai apa ni?


satu-satunya signage jangan flush yang kita akan jumpa ialah pada toilet kereta api


kemon la. kucing yang takde akal tu pun timbus balik tahi dia bila dia berak. kira dalam dunia dia, tindakan tu dikira flush la kan. anjing walaupun tak buat macam tu tapi still kita tak boleh nak marah sebab dia takde akal. ni manusia yang Allah bagi akal boleh berfikir pun tak nak flush jamban. takkan la nak letakkan darjat diri tu lagi bawah daripada anjing kot.



satu kisah tragis yang buatkan aku sangat-sangat berdendam (walaupun tak tau siapa culprit tu) ialah kisah tragis ketika aku nak membuang. aku selalu pergi bilik jamban yang satu ni whenever aku nak membuang. sebabnya bagi aku, bilik jamban tu la yang paling bersih dan selesa. so satu hari ni aku masuk la bilik jamban tu. seperti biasa, sebelum aku nak mencangkung, aku akan pancutkan air dari hos air ke sekitar mangkuk jamban dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya supaya tahap keselesaan meningkat sikit. huhu. tapi time tu baru aku perasan. kat hujung hos tu ade tahi barua yang berak sebelum tu. SHIT! (sumpah seranah yang sangat bertepatan dengan tema cerita) siot betul la. dah la aku pegang dengan tangan kanan aku. lepas kejadian tu, nak makan rase down T_T syaitonirrojim betul la! apa pasal boleh ada tahi kat situ? padahal kalau diikutkan panjang hos tu, kepala hos tu takkan mungkin boleh masuk ke dalam mangkuk jamban. so mari kita sama-sama fikirkan. macam mana boleh ada tahi kat kepala hos tu? takkan la dia liwat diri sendiri guna hos tu kot. dem~


2) tak reti-reti nak senyap time orang nak tidur



aku tak bengang kalau orang layan movie pasang volume kuat-kuat or bersembang macam nak bagi satu blok dengar kalau time aku tidur tu bukan time yang sepatutnya kita tidur, contohnya pukul 12pm, maghrib or time riadah petang. tapi kalau dah pukul 12 malam tu memang time yang patut kita tidur la kan. kalau pun kita ni jenis yang tidur lewat, be considerate la. tak payah la nak pasang volume kuat-kuat, sembang kuat-kuat or nak main gitar layan jiwa. time malam time orang nak tidur. so kalau aku tidur time tu takkan aku pulak yang salah timing. kalau nak layan movie tu slowkan la volume tu. tak pun pakai la headphone. kalau takde beli la. murah je pun. sembang pun jangan sampai nak memekak. takkan tu pun nak kena ajar. common sense la.


pelbagai warna hah!



tak nak warna-warni, yang plain hitam je pun ok jugak


mak aku memang ajar aku benda ni. dulu time aku sekolah rendah, mak aku tak bagi aku pergi rumah kawan untuk main sebelum pukul 5pm. selalu jugak la kawan-kawan aku datang rumah aku and ajak aku pergi main kat rumah diorang dalam pukul 2pm camtu. mak aku konpem tak bagi. alasan dia?

"ko pergi rumah orang, kacau je orang nak tidur"

'orang' dalam statement di atas merujuk kepada mak kawan aku aka tuan rumah yang bekerja sebagai suri rumah. kebiasaannya, suri rumah akan guna waktu lepas lunch untuk rehat and tidur. ye la kan. belah pagi dah sibuk kemas rumah, basuh baju, sidai baju, masak makanan untuk lunch pulak lagi. so mak aku taknak aku ganggu diorang nak berehat time tu. time tu aku tensen jugak sebab tak dapat join kawan-kawan aku main. tapi bila dah beso panjang ni, aku fikir balik, betul la tindakan tu sebenarnya. mak aku dah ajar sesuatu yang elok. terima kasih mak~ =)



3) tak reti-reti nak cuci lepas guna bekas maggi aku

ni pun buat aku bengang jugak. tapi takde la panas hati sangat. just wondering. takde rasa bersalah ke? kalau aku la, bila aku pinjam bekas makanan orang, elok je habis guna terus aku cuci and pulangkan. cuci terus selepas guna dah memang jadi habit aku. antara sebabnya ialah supaya senang sikit nak tanggal minyak-minyak tu. lepas tu takde la sakit mata aku memandang bilik aku. ni tak. nak tunggu berzaman, sampai dah berkerak, baru la nak cuci. kalau time belum cuci tu aku nak guna, last-last aku jugak yang cucikan. kenapa la malas sampai begitu? adui~



pada aku, aku akan rasa malu bila buat camtu whenever aku pinjam barang orang. ye la, barang orang tu. bila guna barang orang, buat la cara guna barang orang. kalau barang kita sendiri suka hati kita la kan. aku teringat waktu zaman sekolah asrama dulu. aku ada sorang kawan ni. nama dia khalid. dia ni antara orang yang paling pembersih sekali yang aku pernah jumpa. antara budak-budak batch aku, baju dia je yang aku tak berani nak pinjam. bukan sebab dia garang. sebabnya aku takut aku tak dapat pulangkan baju tu pada dia seperti mana dia pinjamkan baju tu pada aku. aku selau tengok cara dia cuci and seterika baju. memang teliti and cermat. so aku tak pernah pinjam baju dia.


sebenarnya ada beberapa perkara lagi yang buat aku annoyed tapi yang ni je aku mampu ingat time ni. kang kalau aku dah teringat aku akan post dia punye sekuel la. huhu =p

Thursday, April 1, 2010

photoshop sebagai photoworkshop

Dengan pelbagai photo editing software yang ada sekarang, pengguna dapat menjadi lebih kreatif dalam mengubahsuai gambar asal. Salah satu software yang mudah untuk digunakan ialah software 'Photoscape'. banyak remaja hari ini menggunakan software ini untuk mengubahsuai sesebuah gambar atau membuat layout yang terdiri daripada beberapa gambar menggunakan template yang telah disediakan. Kebanyakan daripada mereka melakukannya untuk meletakkan gambar-gambar tersebut di laman web sosial seperti Facebook, Twitter dan Myspace.

Selain daripada itu, photo editing software juga mampu bertindak sebagai alat membaiki gambar. Sesetengah gambar yang diambil terdapat kecacatan padanya. Sebagai contoh, bagi kebanyakan photographer perkahwinan, antara kecacatan yang mesti dibaiki ialah ketidaksempurnaan kulit pelanggan seperti jerawat dan parut. Maka, dengan bantuan photo editing software, kerja-kerja pembaikan gambar dapat dilakukan dengan lebih mudah.

Saya menggunakan software Adobe Photoshop CS3. Pada pendapat saya, software ini agak sukar berbanding kebanyakan photo editing sofware yang lain. Bagaimanapun, Photoshop memberi lebih ruang kepada pengguna untuk melakukan pengubahsuaian gambar dengan lebih kreatif. Ini kerana kebanyakan function Photoshop perlu dilakukan sendiri oleh pengguna. Kiranya kebanyakan kerja pengubahsuaian gambar terpaksa dilakukan secara manual.

Berikut adalah contoh gambar yang telah saya ubahsuai menggunakan Adobe Photoshop CS3.


Gambar asal. Terdapat tompokan hitam yang merupakan bayang-bayang pada mata dan pipi kanan pemuda yang sedang mendukung bayi tersebut.

Gambar yang telah diedit. Tompokan hitam telah tiada. (Maaf kerana editing tidak berapa menjadi)  =p



Gambar asal. Terdapat palang atau grill pada tingkap yang mengganggu pemandangan.

Gambar yang telah diedit. Palang atau grill yang mengganggu sudah tiada. (Juga merupakan editing yang kurang kemas. Maaf) =p


p/s: Kemahiran menggunakan photo editing software perlu diasah dari semasa ke semasa. Kemahiran yang tinggi dalam menggunakan software-software ini merupakan satu kelebihan pada seseorang photographer khususnya, dan kepada semua amnya.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca entry ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...