klik klak kluk

klik jangan tak klik

Followers

Thursday, April 1, 2010

photoshop sebagai photoworkshop

Dengan pelbagai photo editing software yang ada sekarang, pengguna dapat menjadi lebih kreatif dalam mengubahsuai gambar asal. Salah satu software yang mudah untuk digunakan ialah software 'Photoscape'. banyak remaja hari ini menggunakan software ini untuk mengubahsuai sesebuah gambar atau membuat layout yang terdiri daripada beberapa gambar menggunakan template yang telah disediakan. Kebanyakan daripada mereka melakukannya untuk meletakkan gambar-gambar tersebut di laman web sosial seperti Facebook, Twitter dan Myspace.

Selain daripada itu, photo editing software juga mampu bertindak sebagai alat membaiki gambar. Sesetengah gambar yang diambil terdapat kecacatan padanya. Sebagai contoh, bagi kebanyakan photographer perkahwinan, antara kecacatan yang mesti dibaiki ialah ketidaksempurnaan kulit pelanggan seperti jerawat dan parut. Maka, dengan bantuan photo editing software, kerja-kerja pembaikan gambar dapat dilakukan dengan lebih mudah.

Saya menggunakan software Adobe Photoshop CS3. Pada pendapat saya, software ini agak sukar berbanding kebanyakan photo editing sofware yang lain. Bagaimanapun, Photoshop memberi lebih ruang kepada pengguna untuk melakukan pengubahsuaian gambar dengan lebih kreatif. Ini kerana kebanyakan function Photoshop perlu dilakukan sendiri oleh pengguna. Kiranya kebanyakan kerja pengubahsuaian gambar terpaksa dilakukan secara manual.

Berikut adalah contoh gambar yang telah saya ubahsuai menggunakan Adobe Photoshop CS3.


Gambar asal. Terdapat tompokan hitam yang merupakan bayang-bayang pada mata dan pipi kanan pemuda yang sedang mendukung bayi tersebut.

Gambar yang telah diedit. Tompokan hitam telah tiada. (Maaf kerana editing tidak berapa menjadi)  =p



Gambar asal. Terdapat palang atau grill pada tingkap yang mengganggu pemandangan.

Gambar yang telah diedit. Palang atau grill yang mengganggu sudah tiada. (Juga merupakan editing yang kurang kemas. Maaf) =p


p/s: Kemahiran menggunakan photo editing software perlu diasah dari semasa ke semasa. Kemahiran yang tinggi dalam menggunakan software-software ini merupakan satu kelebihan pada seseorang photographer khususnya, dan kepada semua amnya.

4 comments:

Ms. TaroAthirah said...

wah. hebat2.

aku suka lightroom n photoscape

dan gagal in cs -_-"

manueng said...

hebat ape nye? edit x menjadi kot...haha~

aku xpnah guna photoscape n lightroom...tp org kate guna 2 tu senang sket...

aku duk guna cs3 je...tp tau basic function je la...

abg ko terer kan edit2 ni...gamba2 dlm entry blog dia dia wat sdiri kan?pawe...

Ms. TaroAthirah said...

haah. dia suka cs3. and dia yang suggest aku pakai preset kat lightroom. eheheh


dia tu hantu photoshop kot. -_-"

manueng said...

owh...patut la terer...aku ade gak try install lightroom...tp xdpt...apehal ntah...haih~

Anda juga mungkin berminat untuk membaca entry ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...