klik klak kluk

klik jangan tak klik

Followers

Friday, April 2, 2010

jadi tensi bila orang tak reti common sense

dah lama aku tak post entry berunsur ketidak puasan hati terhadap sesuatu. tak silap aku, the last one was about ketiadakpuasan hati terhadap wartawan gosip. so kali ni aku nak post entry pasal ketidak puasan hati aku lagi. benda ni kadang-kadang nampak remeh. "de semol de matter je" kata sesetengah orang dengan grammar yang salah. benda-benda macam ni common sense la kan. tak puas hati pasal apa agaknya tu? ni antara perkara yang buatkan aku annoyed:

1) tak flush jamban lepas kencing/berak

yang ni top list perkara yang buatkan aku panas hati. sangat la panas hati aku bila aku nak membuang, lepas tu nampak jamban yang tak dipam. macam la kudung tangan tu sampai tak mampu nak flush. kudung betul-betul kang baru tau.


kadang-kadang ada yang buat perangai pelik. bila dia pergi ke jamban nak membuang, jamban tu tak dipam oleh orang yang menggunakan jamban tu sebelum dia. apa solution samdol ni? dia pam dulu bagi bersih, then bila dah selesa dia buang la bahan buangan dia dan pergi dengan senang hati tanpa flush jamban yang dia dah gunakan tu. perangai apa ni?


satu-satunya signage jangan flush yang kita akan jumpa ialah pada toilet kereta api


kemon la. kucing yang takde akal tu pun timbus balik tahi dia bila dia berak. kira dalam dunia dia, tindakan tu dikira flush la kan. anjing walaupun tak buat macam tu tapi still kita tak boleh nak marah sebab dia takde akal. ni manusia yang Allah bagi akal boleh berfikir pun tak nak flush jamban. takkan la nak letakkan darjat diri tu lagi bawah daripada anjing kot.



satu kisah tragis yang buatkan aku sangat-sangat berdendam (walaupun tak tau siapa culprit tu) ialah kisah tragis ketika aku nak membuang. aku selalu pergi bilik jamban yang satu ni whenever aku nak membuang. sebabnya bagi aku, bilik jamban tu la yang paling bersih dan selesa. so satu hari ni aku masuk la bilik jamban tu. seperti biasa, sebelum aku nak mencangkung, aku akan pancutkan air dari hos air ke sekitar mangkuk jamban dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya supaya tahap keselesaan meningkat sikit. huhu. tapi time tu baru aku perasan. kat hujung hos tu ade tahi barua yang berak sebelum tu. SHIT! (sumpah seranah yang sangat bertepatan dengan tema cerita) siot betul la. dah la aku pegang dengan tangan kanan aku. lepas kejadian tu, nak makan rase down T_T syaitonirrojim betul la! apa pasal boleh ada tahi kat situ? padahal kalau diikutkan panjang hos tu, kepala hos tu takkan mungkin boleh masuk ke dalam mangkuk jamban. so mari kita sama-sama fikirkan. macam mana boleh ada tahi kat kepala hos tu? takkan la dia liwat diri sendiri guna hos tu kot. dem~


2) tak reti-reti nak senyap time orang nak tidur



aku tak bengang kalau orang layan movie pasang volume kuat-kuat or bersembang macam nak bagi satu blok dengar kalau time aku tidur tu bukan time yang sepatutnya kita tidur, contohnya pukul 12pm, maghrib or time riadah petang. tapi kalau dah pukul 12 malam tu memang time yang patut kita tidur la kan. kalau pun kita ni jenis yang tidur lewat, be considerate la. tak payah la nak pasang volume kuat-kuat, sembang kuat-kuat or nak main gitar layan jiwa. time malam time orang nak tidur. so kalau aku tidur time tu takkan aku pulak yang salah timing. kalau nak layan movie tu slowkan la volume tu. tak pun pakai la headphone. kalau takde beli la. murah je pun. sembang pun jangan sampai nak memekak. takkan tu pun nak kena ajar. common sense la.


pelbagai warna hah!



tak nak warna-warni, yang plain hitam je pun ok jugak


mak aku memang ajar aku benda ni. dulu time aku sekolah rendah, mak aku tak bagi aku pergi rumah kawan untuk main sebelum pukul 5pm. selalu jugak la kawan-kawan aku datang rumah aku and ajak aku pergi main kat rumah diorang dalam pukul 2pm camtu. mak aku konpem tak bagi. alasan dia?

"ko pergi rumah orang, kacau je orang nak tidur"

'orang' dalam statement di atas merujuk kepada mak kawan aku aka tuan rumah yang bekerja sebagai suri rumah. kebiasaannya, suri rumah akan guna waktu lepas lunch untuk rehat and tidur. ye la kan. belah pagi dah sibuk kemas rumah, basuh baju, sidai baju, masak makanan untuk lunch pulak lagi. so mak aku taknak aku ganggu diorang nak berehat time tu. time tu aku tensen jugak sebab tak dapat join kawan-kawan aku main. tapi bila dah beso panjang ni, aku fikir balik, betul la tindakan tu sebenarnya. mak aku dah ajar sesuatu yang elok. terima kasih mak~ =)



3) tak reti-reti nak cuci lepas guna bekas maggi aku

ni pun buat aku bengang jugak. tapi takde la panas hati sangat. just wondering. takde rasa bersalah ke? kalau aku la, bila aku pinjam bekas makanan orang, elok je habis guna terus aku cuci and pulangkan. cuci terus selepas guna dah memang jadi habit aku. antara sebabnya ialah supaya senang sikit nak tanggal minyak-minyak tu. lepas tu takde la sakit mata aku memandang bilik aku. ni tak. nak tunggu berzaman, sampai dah berkerak, baru la nak cuci. kalau time belum cuci tu aku nak guna, last-last aku jugak yang cucikan. kenapa la malas sampai begitu? adui~



pada aku, aku akan rasa malu bila buat camtu whenever aku pinjam barang orang. ye la, barang orang tu. bila guna barang orang, buat la cara guna barang orang. kalau barang kita sendiri suka hati kita la kan. aku teringat waktu zaman sekolah asrama dulu. aku ada sorang kawan ni. nama dia khalid. dia ni antara orang yang paling pembersih sekali yang aku pernah jumpa. antara budak-budak batch aku, baju dia je yang aku tak berani nak pinjam. bukan sebab dia garang. sebabnya aku takut aku tak dapat pulangkan baju tu pada dia seperti mana dia pinjamkan baju tu pada aku. aku selau tengok cara dia cuci and seterika baju. memang teliti and cermat. so aku tak pernah pinjam baju dia.


sebenarnya ada beberapa perkara lagi yang buat aku annoyed tapi yang ni je aku mampu ingat time ni. kang kalau aku dah teringat aku akan post dia punye sekuel la. huhu =p

6 comments:

E.d.Y said...

mesti pedro yg bising tu..hahaha

manueng said...

aish...mane ade~ =p

d3tergent said...

paling xleh bla bile org yg makan xreti kunyah gune toilet. cmne rupe masuk mulut, cmtu la rupe dia kluar! hahaha

manueng said...

'xreti kunyah gune toilet'? cane tu? huhu

d3tergent said...

haha. oops, barrier communication disitu. maksudnye, penggunaan toilet oleh org2 yg kalo makan, xkunyah makanan btol2. ;p

manueng said...

owh...haha...gitu rupenye...mmg menggelikan la kalo gitu...huhu

Anda juga mungkin berminat untuk membaca entry ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...