klik klak kluk

klik jangan tak klik

Followers

Sunday, June 20, 2010

happy father's day =)

Aku didukung oleh ayahku. (ya...aku tahu rupa aku macam budak perempuan)


Selamat hari bapa kepada para bapa di seluruh dunia. Walaubagaimanapun, ucapan ini tidak ditujukan kepada bapa ayam, bapa merdeka, bapa pembangunan, bapa kewangan, bapa permodenan dan segala bapa yang lain kerana ucapan tersebut hanya ditujukan kepada bapa kepada anak sahaja. Simple. Ape aku mengarut ni? Huhu...

Baiklah. Bagi saya sendiri, ucapan ini ditujukan kepada ayah saya, Md Razim bin Shafie (walaupun saya tahu dia tak baca pun blog saya ni). Happy Father's Day ayah~ =)

Thursday, June 10, 2010

bizi~

weekend lepas aku ade job kat melaka. pasangan mempelainye ialah classmate aku, fikri bakri & istrinya, aisha. kerja-kerja mengedit gamba wedding diorang belum selesai lagi. sebenarnye, lebih tepat aku katakan kerja-kerja mengedit tu belum bermula pun. huhu=p 

nampaknya memang betul-betul kena start edit dah ni. sebabnya, lusa ade job lagi. kali ni kat senawang. ni sebenarnya job orang lain. tapi disebabkan dia ada job lain kat kampung dia, so dia mintak tolong aku cover. 

biasanya, orang siapkan album wedding dalam masa 2-3 minggu. ini bermakna, aku ade 2 album (120 gambar) plus 1 story album untuk disiapkan dalam masa 3-4 minggu ni. chaiyok~ (kepada diriku sendiri...huhu)

Thursday, June 3, 2010

smoke trail: mari bermain dengan asap




Pada kebiasaanya, asap memang melemaskan. Namun, asap juga mampu menjadi subjek yang menarik untuk fotografi. Rakaman gambar asap menghasilkan gambar seni abstrak yang dipanggil smoke trail.

Bagi merakamkan gambar smoke trail dengan lebih selamat dan berkesan, kita akan mendapatkan asap dari lidi aromatherapy. Ini kerana asap yang terhasil adalah halus dan wangi. Maka, hasil yang akan dirakamkan adalah lebih baik berbanding asap lilin mahupun asap pembakaran sampah sarap selain tidak melemaskan.

Peralatan:

  • Kamera
  • Speedlight
  • Lidi aromatherapy atau colok
  • Kain hitam
Langkah-langkah:

Fig. 1

Fig. 2

Fig. 3


Fig. 4

  1. Susunkan segala peralatan seperti di dalam gambar (Fig. 1) di atas. 1) kamera, 2) lidi aromatheraphy, 3) speedlight, 4) kain hitam
  2. Setkan kamera pada shooting mode shutter priority. Setkan built-in flash pada command mode.
  3. Letakkan lidi aromatherapy pada tempat yang stabil. Dalam cubaan ini, saya lekatkan pangkal lidi aromatherapy pada balang jem.(Fig. 2)
  4. Gunakan kain hitam sebagai latar belakang kerana asap yang terhasil berwarna putih. Seeloknya, gunakan kain yang menyerap cahaya. Saya menggunakan bahagian belakang bagi sepasang jaket hitam sebagai latar belakang.(Fig. 3)
  5. Setkan speedlight pada command mode supaya ia dapat berfungsi semasa gambar dirakamkan tanpa meletakkannya pada hot shoe di atas kamera. Pastikan speedlight diletakkan sedikit ke tepi dan ke belakang lidi aromatherapy. Dongakkan sedikit kepala speedlight menghadap ke bahagian laluan asap yang hendak dirakam.(Fig. 4)
  6. Nyalakan lidi dan rakamkan gambar.
  7. Setelah selesai, gunakan software Photoshop untuk mengedit gambar.
  8. Fail gambar yang hendak diedit. 
  • Pergi ke Image>Adjustments>Invert.
  • Kemudian pergi ke Layer>NewAdjustmentLayer>GradientMap.
  • Editlah mengikut citarasa anda.
  • Siap! ;)
Hasilnya...

















Tips:
  • Pastikan rakaman dibuat di tempat yang tidak berangin. Matikan kipas dan tutup tingkap.
  • Apabila kedaan asap dalam bilik sudah seolah-olah berjerebu, hentikan sebentar proses rakaman. Buka tingkap dan hidupkan kipas bagi memulihkan kedaan udara dalam bilik.
  • Jangan hadapkan speedlight ke arah kain hitam kerana dikhuatiri akan menampakkan kedutan-kedutan pada kain tersebut. Ini akan mencacatkan gambar.
  • Rakamkan sebanyak mungkin gambar bagi meningkatkan peluang mendapat gambar asap yang terbaik.

p/s: Selamat mencuba. Renung-renungkan dan selamat beramal~ ;)

Anda juga mungkin berminat untuk membaca entry ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...