klik klak kluk

klik jangan tak klik

Followers

Sunday, July 18, 2010

kantoi menggunakan DSLR dalam movie/drama & DSLR untuk left handed



Pernah tak korang terperasan kekantoian dalam movie or drama? Contohnya, dalam babak konsert or gig, kadang-kadang pelakon yang berlakon sebagai pemain gitar tu gaya main gitarnya bukan main dahsyat lagi. Rock habis la. Tapi bila tengok tangan kiri dia x gerak langsung. Stay kat satu note je. Tak mungkin la lagu tu satu note je kan. Huhu. Ini la yang aku maksudkan kekantoian dalam movie or drama. Hehe ;)




Ni gambar daripada salah satu babak dalam cerita Nana. Time diorang present lagu Glamorous Sky, tangan kiri kedua-dua mamat yang main gitar tu macam tak gerak je...huhu~


So dipendekkan cerita, semalam aku layan stok drama jepun lama-lama. Sebab kadang-kadang aku ni main burn je drama-drama tu tapi tak jugak layan. Semalam aku tergerak hati nak tonton salah satu daripada stok lama aku tu. Aku tonton drama Gokusen. Ok jugak la. Ala-ala GTO. Bila sampai kat episod 9, aku perasan kekantoian dalam satu babak tu. Macam mana aku boleh perasan? Sebab kekantoian tu melibatkan sesuatu yang aku minat iaitu DSLR. 



Cuba perhatikan gambar di atas. Gambar ni aku print screen dari pc aku. Gambar tak clear sangat sebab aku just pausekan time tonton drama tu. Buat pengetahuan sesiapa yang tak tahu, shutter release button untuk SLR, DSLR dan kebanyakan kamera compact terletak kat sebelah kanan. So si pengguna perlu gunakan tangan kanan untuk klik button tersebut. Dalam babak ni, si pelakon ni pulak guna tangan kiri untuk 'klik' button tu, sambil tangan kanan dia adjust zoom .Aku rasa pelakon tu left handed. Malangnya, setahu aku la kan, belum ade lagi DSLR untuk left handed sekarang ni, apatah lagi time drama Gokusen tu diterbitkan (2002).

So tadi aku pun google la pasal DSLR untuk left handed. Dan hasilnya belum ade lagi (kalau ade tolong bagitau ye. boleh la aku tambah dalam entry ni). Yang paling hampir pun tak rupe macam DSLR biasa iaitu Nova DSLR camera concept.







Untuk maklumat lanjut pasal benda alah ni, si klik SINI

Baiklah. Setakat ni aje la rapuan aku. Selamat menikmati hujung minggu~ ;).

4 comments:

cha'a said...

best jugak post nih. :D
n cm lwk je design cam tu.
tp xpe, canon ftw~ :)

manueng said...

hehe...tu la..pelik je rupe DSLR tu...huhu ;)

E.d.Y said...

kalau dah hidup dgn camera, cara pegang pun leh perasan salah kan..hehe

manueng said...

alah...kalo ko tgk cite tu pun ko akan pasan... kate idup bergelumang ngan camera kan...haha~

Anda juga mungkin berminat untuk membaca entry ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...