klik klak kluk

klik jangan tak klik

Followers

Thursday, April 9, 2009

fotografi: konsep ISO

ISO merujuk kepada kelajuan filem atau sensitiviti filem terhadap cahaya. Filem yang kurang sensitif terhadap cahaya (dikenali sebagai 'slow film') memerlukan lebih dedahan kepada cahaya bagi menghasilkan gambar oleh filem yang lebih sensitif ('fast film'). Akan terdapat perbezaan satu stop terhadap gambar apabila kita meningkatkan ISO dua kali ganda atau mengurangkan setengah daripada nilai ISO yang asal.


ISO 100 adalah satu stop lebih perlahan berbanding ISO 200.

ISO 200 adalah satu stop lebih perlahan berbanding ISO 400.

ISO 100 adalah satu stop lebih pantas berbanding ISO 50.

ISO 1200 adalah satu stop lebih pantas berbanding ISO 600.


Seperti yang telah dinyatakan pada awal artikel, ISO adalah sensitiviti filem terhadap cahaya. Maka, dengan ISO yang tinggi, keupayaan untuk merakamkan gambar dalam keadaan gelap adalah lebih tinggi.

Nilai ISO turut mempengaruhi kualiti gambar. Dengan menggunakan ISO yang lebih tinggi, gambar akan menjadi lebih 'grainy' atau mempunyai lebih 'grain'. Keadaan ini biasanya dipanggil 'noise'. Namun, kadangkala jurugambar gemar menggunakan ISO yang agak tinggi bagi mendapatkan kesan 'grainy' pada gambar supaya gambar menjadi lebih menarik dan berseni.

2 comments:

myssnura said...

as salam<< terima kasih di atas perkongsian saudara yang banyak membantu saya dalam memahami konsep asas fotografi.. teruskan usaha saudar

manueng said...

salam myssnura...terima kasih sudi melawat blog ni...saya sekadar berkongsi sedikit pengetahuan & belajar dalam masa yg sama...terima kasih & selamat 'menembak' =)

Anda juga mungkin berminat untuk membaca entry ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...