klik klak kluk

klik jangan tak klik

Followers

Tuesday, April 6, 2010

1-7 april 2010: 7 hari yang 'membahagiakan'

fuh...baru lepas jawab paper joining & casting tadi. that means tinggal satu paper je lagi untuk aku completekan my degree study. esok hari rabu, bersamaan 7 april 2010, pukul 12.00pm, akan tamatlah minggu yang membuatkan aku sibuk dan letih. macam-macam benda aku buat during that seven days. tak pernah aku ada komitmen selama 7 hari straight. tapi sebahagian daripada komitmen tu tak perlu pun sebenarnya. aku je yang cari sakit. tapi takpe. aku tak menyesal. huhu. so ni la diari 7 hari yang 'membahagiakan' aku.


1 april 2010
exam micromanufacturing technology. setengah jam sebelum exam dapat call ada company panggil untuk interview hari isnin. time exam tak dapat nak jawab sangat. yang aku dah baca aku terlupa. tak sempat nak buat toyol pulak lagi. invigilator pun strict. memang tawakal je la. huhu~

2 april 2010
brunch bersama maam aku. terus tunggu kat restaurant tu sampai abang aku datang. sebab belah petang tu nak pergi briefing and training sebagai F1 event crew atau secara mudahnya, tukang jaga gate dan check tiket penonton F1 tu. sampai UIAbalik pukul 8.40pm. letih~

3 april 2010
bangun pukul 5.30am. dah berzaman aku tak bangun awal macam ni. gerak ke litar sepang pukul 6.50am. nasib baik hari tu just qualifying je. so tak ramai sangat manusia. sampai kat UIA semula pukul 8.30pm. letih lagi~

4 april 2010
bangun pukul 5.30am jugak. aku bawak beg baju siap-siap sebab lepas tu aku nak balik rumah terus. sebab esok paginya aku kena attend job interview kat bangi. hari ni super anjing punye ramai manusia. dari pukul 12pm-4pm peak hours. manusia datang tak henti-henti. letih gile babas. sakit pinggang berdiri lama sangat. lengan aku pun dah sun burn. nasib baik ada subjek menarik kat gate aku jaga tu. so bleh la curi-curi shoot. tapi bukan aku yang shoot. shahril gaspazinho yang shootkan. siapakah subjek menarik itu? next entry la aku cerita.

5 april 2010
bangun awal lagi. keluar dari rumah pukul 8am. menuju ke stesen komuter UKM. resume belum print lagi. sijil-sijil belum fotostat lagi. sebab semalam nye kan aku jadi event crew F1. balik rumah dah pukul 9pm. kedai-kedai kat pekan sungai pelek semua dah tutup time tu. so aku sampai je kat stesen UKM, amek teksi, suruh dia bawak aku pergi kedai print terdekat. susah jugak nak cari tapi jumpa jugak. alhamdulillah. pukul 9.20am sampai kat kilang tu. pukul 10.20am interview. nasib baik cina tu cakap BM je. siap buat style sembang-sembang je. so aku pun takde la cuak sangat. tapi aku rasa memang takkan dapat job tu. sebab dia nak yang dah ada experience. bila aku tengok balik kat jobstreet memang dia nak yang ada experience. tapi entah macam mana aku boleh dipanggil untuk interview tu entah. huhu.

6 april 2010
ada paper joining & casting pukul 9am. alhamdulillah. kalau tak score pun insyaAllah lulus la. huhu~

7 april 2010
last paper. 9am. project design and developement.


itu la serba sedikit cerita berkenaan diari 7 hari yang 'membahagiakan' aku. lepas ni hari-hari menyeksakan pulak sebab nak kena siapkan FYP. adui~  T_T

3 comments:

mia sarah hemiza said...

kilang ape paiz kat bangi???

manueng said...

frencken mechatronics (M) sdn bhd. dia buat electronic parts guna high precision machining n metal sheet fabrication. so untuk bahagian machining, dia nak org yang dah ade experience kendalikan mesin CNC. pengalaman kite juz time lab je. huhu~

Akym Rafie said...

kilang frencken tu okay tak ? sebab ada dapat interview sana

Anda juga mungkin berminat untuk membaca entry ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...