klik klak kluk

klik jangan tak klik

Followers

Friday, January 29, 2010

motivasi pagi TV3 shooting 12012010

aku ade sorang member. nama dia helmi suhaimi. dia ni student master uia, kuliyyah of economics. degree dia dulu BBA tak silap aku. dia ni wat part time motivator. ni link tu blog dia



alhamdulillah, tahun ni rezeki dia murah. benda yang baik ni kalo betul caranye n dilakukan dgn ikhlas, insyaAllah akan dipermudahkan. pada 12 januari 2010, TV3 dtg ke uia utk shoot helmi berceramah utk rancangan motivasi pagi. 3 episode skali dishoot pagi tu. aku jd photographer x rasmi kepada si helmi ni hah. dpt nak kenal2 org sket sambil ambil pengalaman shoot org yg ttengah shooting utk program tv.

selain utk rancangan motivasi pagi, helmi jugak pernah shoot utk rancangan Fitrah Kasih yg disiarkan secara langsung di TV1 pada 14 januari 2010. bukan setakat tv, helmi siap ade slot sendiri setiap isnin n rabu kat satu stesen radio (xingat stesen mane). semoga helmi terus success dlm karier motivasi dia.

ni sikit gambar masa shooting rancangan motivasi pagi.
bersama crew tv3
bersama iena, student uitm yg wat internship kat tv3
suasana ketika shooting
host motivasi pagi, ahmad fedtri yahya
helmi suhaimi
ahmad fedtri yahya lagi
helmi lagi
skodeng fedtri
iena memekap helmi
iena @ azrina idrus
iena cuba mengayukan helmi
the host: ahmad fedtri yahya

ahmad fedtri yahya untuk tv3

lawatan ke zoo negara 06012010



setahu aku, aku pernah ke zoo negara 2 kali. sekali masa aku kecik. second time masa awal tahun 2009 kot. maka kali ni adalah kali ke-3 aku ke zoo negara. yang best nye kali ni aku bukan pergi dengan family, juga bukan kawan. tapi dengan teman (awek la tu...huhu~). dah lama plan nak jalan2 kat zoo tapi baru hari tu la berkesempatan. takde apa nak cerita sangat. so letak gamba je la=)
senyum bila bergambar dgn kure2
tingginye~
bergambar dgn cik beruang
muke tenang~
KRU (kami rakan ulama'.....haha~)

charlie's angels dah msk islam=p

sengetkan badannye~


merenung masa depan~



takde org lalu sini....tepakse la amek sendiri...huhu~

hihi~ =)


agent penggemuk...carl's jr. burger



ni pun same...



khusyuk mkn fries~ =p


berdua lebih baik~ =)
tahan ketawa=p

dia dan unta





iklan celcom



dipancari sinar pagi




serius~

lepas ke zoo, kitorang pegi midvalley pulak. ingat nak tgk wayang. tapi bila sampai je banyak yg melampau la pulak manusia tgh beratur nak beli tiket. cancel. so kitorang gi pameran2 kat situ je la.

time kat pameran pengantin, kitorang singgah booth kat situ utk tgk gamba kawen. aku mmg suke tgk gamba2 kawen hasil kerja photographer lain. saje nak compare idea diorang n idea aku. aku blm jumpe lg gamba yg mcm kawen yg mcm aku nak buat. xpe...simpan dulu. tunggu aku dah pawe dlm mengedit gamba baru aku buat gamba tu. bukan ape. kang takut aku buat tp x lawa. pastu ade plak makhluk lain tgk gamba aku ncuri idea tu pastu claim tu idea dia. disebabkan gamba aku x lawa sebab xreti edit, mesti la org x percaye tu idea asal aku. huhu~

yg peliknye, setiap kali aku n ana singgah kat satu2 booth, penjaga booth tu mesti tanye

"bila mau kawen?"

bila dah asyik ditanye camtu je ana pun jawab "next year".

aku pandang dia, dia pun pandang aku. then same2 senyum=)

pastu kitorang g choco fest (chocolate festival) plak. beli la sket coklat kat situ than pulang ke tanah air....uia benarnye. huhu~

Wednesday, January 27, 2010

terapi wanita: SHOPPING untuk kesihatan




tahukah anda? wanita Malaysia berada dalam keadaan sihat sekurang-kurangnya 3 kali setahun*. kenapa? sebab Karnival Jualan Mega berlangsung 3 kali setahun. =p





kajian di Britain menunjukkan secara purata, seorang wanita membakar 385 kalori, bersamaan sepotong kek carrot atau 2 gelas besar wain (sebab tu la org yg minum arak biasenye gemuk), setiap kali membeli-belah setiap minggu.




kek carrot yg x sedap kot=p


hanya untuk tawar-menawar bagi mendapatkan harge yg paling murah, wanita boleh berjalan secara total 248km setahun. ini bermakne, andai kata seorang wanita keluar membeli-belah setiap minggu dlm setahun, dia akan berjalan sejauh 4.77km setiap minggu bagi tujuan survey n tawar-menawar utk dptkan best price. power gile!





mengikut kajian, secara purata, seorang wanita berjalan sejauh 4.77km ndan spend mase 2.5 jam utk satu shopping trip manakala lelaki hanya berjalan sejauh 2.4km dan spend mase selama 50 minit sahaja.

memang seksa kalo lelaki ikut pompuan gi sesi 'terapi' diorang=p

kajian juga menunjukkan 3 jam membeli-belah boleh membantu bakar 495 kalori, same byk dgn satu Big Mac. so kalo korg dah singgah mkn Big Mac, pegi la shopping 3 jam utk bakar blk kalori tu. huhu~ =p




sebab tu la pompuan biase gunakan alasan ni utk justify 'kegilaan' diorg yg suke shopping tu. sabar je la ye para suami. huhu~


p/s: teringat aku kepenatan sampai dah x boleh nak bdiri smentara tunggu mak aku cari kain buat baju raye kat jln TAR dulu. nasib baik org rumah aku x suke shopping. yay! =)
post ini diubahsuai dari artikel "Science on retail theraphy" bg ruangan Health news in brief dalam akhbar News Straits Times 26 jan 2010.
* fakta rekaan semata-mata

lipas....nyah kau dari sini!

tgh aku duk layan tenet ni td, tetiba ade sekor lipas dtg kat aku. tkejut aku. bderau darah. punye la aku nak lari dari lipas tu td. haha....aku mmg x suke lipas. benci. benci benci benci. BENCIIIIIII~


kenape aku benci lipas?


salah satu sebab memrlukan kite imbas kembali kisah time aku sahur waktu bulan puasa tahun 1995 (time darjah 3 dah dendam aku ngan spesis lipas ni bermula...huhu~). time tu family aku baru pindah ke sarawak. barang2 kitorg belum sampai lg. so kitorg juz idup ngan ape yg ade dulu la. benda2 basic je. time sahur tu ade sekor lipas besar (time tu aku kcik lg, so mebi sbb tu lipas tu nampak cam besar kot) bersiar-siar kat atas jari-jemari aku. akibatnye tgn aku berbau lipas. maka aku jd x lalu nak mkn. kelaparan la aku aritu. siot nye lipas~


tp selain sebab tu ade jugak sebab lain sbenarnye. ape dia?


1) lipas ni serangga yg laju. so aku takut dia msk sluar aku n gigit adik aku. (seram mbayangkannye~)

2) lipas kotor. bleh bawak penyakit.

3) menggelikan


ade satu fakta pasal aku yg agak lawak la bkaitan ngan lipas ni. time kecik2 dulu, aku xnak makan buah kurma sebab aku ingatkan buah kurma tu lipas. buah kurma nye warne cam warne lipas. pastu bentuk pun lebih kurang. so sebab tu la aku xnak makan buah kurma. haha~
trivia lipas:
1) terdapat lebih kurang 4000 spesis lipas n 30 daripadanye berkait dgn habitat manusia.
2) lipas yg terbesar adalah dari spesis Australian giant burrowing cockroach yg boleh membesar sehingga 9cm. (gile babi!)
3) lipas adalah salah satu regular menu dlm rancangan fear factor bg cabaran mkn benda pelik2.


p/s: lpas ni mesti ade makhluk Allah yg prank aku gune lipas....dem~

Monday, January 25, 2010

sotong oh sotong



post kali ni bukan nak bincangkan pasal pondan yek. belum ade idea lg nak tulis pasal pondan. huhu~ post kali ni betul2 merujuk kpd sotong. makanan. lauk sotong. sotong kangkung dan sebagainye.

begini kisahnye. satu hari tu aku gi la cafe mahallah uthman or cafe seman yang mane taukenye ialah pakcik husman aziz or lebih femes dgn panggilan pak postur. kenape 'pak postur'? tu cerita lain. huhu~

lauk makanan tengahari kat cafe ni same je. so bile satu hari ni tetibe ade kelainan sket, aku pun try la amek lauk yg biasenye xde tu. apekah lauk itu? sotong goreng. aku mmg suke sotong goreng. enak bangat. disebabkan kalo amek seketul je sotong tu secara rasional nyemmg x cukup, so aku amek la lapan ketul.

time nak bayar tu akak tu kata, "brape ketul tu?"

"8", aku jwb lpas aku gunakan ilmu kira2 yg aku blaja time sekolah rendah dulu.

pastu akak tu bgtau, "sotong tu seketul 50 sen".
"siyes?" aku tanye dgn terkejutnye. mane x nye. sotong tu besar duit 50sen je.xkan la besar duit syiling 50sen so harga pun 50sen kot. kalo camtu sekor sotong dia bleh dpt rm2.50-rm3. cekik darah gile!

"bleh letak blk x ni kak?" aku tanye.

"boleh", dia bgtau. so aku pun letak la blk 5 ketul. sbb lg 3ketul tu dah tkena kuah. hanjing betul la cafe di bawah pemerintahan pak postur ni. moga2 ko bankrap. huahuahua~



~*~*~*~*~*~*~



lebih kurang sminggu lpas kejadian tu, team member aku, chempera, menang satu match dlm kejohanan EPL. sah2 la bukan english premier league kan tp engineering premier league. kire ni la kejohanan bola paling berprestij kat uia nih. cey~

malam tu diorg celebrate kat satu kedai makan ni. kedai ni femes dgn menu nasi goreng sotong. katne kedai mkn tu? tgk peta tahap sampah sarap ni. huhu~


kedai mkn tu kat area yg aku bulatkan tu. huhu~

mlm tu aku x order nasi goreng sotong tu sbab aku ingatkan sotong tu digoreng skali dgn nasi. so bile aku tgk diorg mkn sedap je aku pun gi la situ blk sok mlm nye. nak merase gak. jeles gile tgk bbdak ni mkn smlm. huhu~

ape yang menarik pasal nasi goreng sotong ni?

1) harge rm4.00 je
2) sotong digoreng asing. bukan sotong goreng tepung yg mcm cucur tu eh. sila tgk gambar.
3) aku kire sotong kat dlm pinggan aku ade 11 ketul. so secara purata nye stiap org akan dpt lebih kurang byk tu gak la.
4) abg tauke kedai mkn tu emo..... eh?ni pun kire sumthing yg menarik gak ke? haha~


nasi goreng sotong abg kai yg emo. hanya rm4.00 sahaja

so lpas dah mkn mmg puas ati la. n skang ni pun aku rase cam nak mkn je nasi goreng sotong tu. aku ni dah kene dadah ke ape...huhu=p

n aku rase cam nak bgtau je kat pak postur pasal kedai mkn ni. bia dia evaluate sket prestasi cafe dia tuh. dah la x sedap sgt. mahal plak tu. kalo aku mkn kat cafe ko utk sotong tu je aku kene rm5.50. tambah telur goreng n nasi goreng tu lg. mau rm8-9. hanjing.
bankrap la ngko~ 3x =p


p/s: sesape yg gi mkn situ tlg bungkus utk aku satu eh=)


gambar tipikal budak-budak zaman ini~

salam...

lama jugak la aku menyepi. idea untuk menulis tu memang ade tapi kesempatan tu yang takde. maka dengan kesempatan yang ade ni aku coretkan la sikit apa yang ade dalam kepala aku ni hah. huhu~


dalam seminggu dua lepas (tak ingat sangat bila), macam budak-budak lain jugak, aku lepak kat gpcl e3 engin. bukan untuk cari bahan untuk FYP ye. memang langsung takde niat semulia itu (hohoho~). tujuan aku macam biasa la. facebook, email, photomalaysia.com. 3 serangkai. or mungkinkah lebih manis jika digelar madu tiga? tak kisah la. huhu~


bila dah tak tau nak buat apa kat facebook tu, aku pun saje je la tengok-tengok gambar orang lain kat photo album diorang. bila aku tengok gambar sorang hamba Allah ni, aku teperasan gaya gamba dia tu gaya yang biasa beno dah kite tengok. dah la satu folder (kalo kat facebook orang panggil album instead of folder rasanye) semua gambar pesen yang same je. nak tau gaya cane? haaa....nanti aku bagitau. tapi yang pasti, aku menyampah betul orang bergambar dengan gaya macam tu. paling tak boleh blah kalo yang buat macam tu adalah dari kaum aku, lelaki. rase macam nak sepak bola kuat-kuat ke muka si pelaku tersebut (walaupun aku tak main bola petang-petang...huhu~). sabar...sabar...nanti aku bagitau gaya apakah itu. hehe~ =p


maka timbul la idea nak tulis post kali ni. aku perasan bila go through photo album sekalian manusia ni sama ade kat facebook or friendster (aku takde twitter & myspace), mesti akan jumpe at least salah satu dari style gambar yang akan aku listkan kat bawah ni nanti. especially perempuan la. maybe sebab aku lebih selalu tengok gambar-gambar perempuan kat fb & fs berbanding lelaki kot. biasa la tu kan~ =p


so, tanpa berlengah la, aku listkan gambar-gambar yang tipikal, yang biasa kite jumpe kat fb or fs budak-budak zaman ini. haha~


1) 45-degree-self-portrait or high angle self portrait

gambar apa ni? haaa...ini merupakan gambar di mana subjek (orang dalam gambar tu la) tangkap gambar sendiri menggunakan handset or camera dari sudut tinggi sikit (lebih kurang 45 darjah). maka subjek akan pandang ke atas sikit ke arah kamera. aku pernah terbaca kat internet pasal sebab orang suka tangkap gambar macam ni. nak tau ape sebabnye? salah satu sebab ialah untuk menyembunyikan 'double-chin' daripada kelihatan dalam gambar tu. aku tak kisah pun orang nak tangkap gambar macam ni. tapi yang buat aku menyampah tu kalo bergambar macam tu sambil buat muke bajet kiut or hot. lagi haru kalo yang buat camtu secara hakikatnye memang tak kiut dan tak hot pun. haha. and wahai lelaki, tolong la jangan bergambar macam ni. kalo nak sangat pun, tolong la jangan buat muke kiut or hot. memalukan. huhu~



2) kaki

gambar style ni adalah gambar di mana dia buat group portrait tapi kaki diorang je yang masuk dalam gambar tu. biasanye orang berkumpul dalam bulatan lepas tu tangkap gamba kaki. yang ni adalah tipikal. gambar kaki saje memang boleh jadi subjek yang menarik tapi kalo yang dalam bulatan tu dah terlalu biasa la pada aku. takde ape yang istimewa. ape kata buat gaye lain pulak. kaki sebaris ke, kaki yang tengah pijak kaki orang lain ke. baru la kreatif sikit kan. haha~ =p


3) lompat

ni memang tipikal. tapi aku suke tengok yang jenis ni. sebab gamba tengah melompat menunjukkan keceriaan, care free, happy. ye la kan. takkan la gamba orang melompat tu muke dia sedih plak. huhu.


3 ni adalah antara gambar-gambar tipikal budak-budak zaman sekarang. selain daripada 3 ni yang aku perasan tapi malas nak ulas adalah seperti berikut:


1) gambar ramai-ramai dari belakang
2) gambar tengah berjalan
3) gambar tangan buat tanda 'peace' banyak-banyak sampai jadi bentuk bintang.



hehe. ok la. itu saje untuk kali ni. babai=)


p/s: teringin nak tengok gambar dengan unsur-unsur yang dah dilistkan kat atas tapi dengan nafas baru yang lebih kreatif=)

Monday, January 18, 2010

cara nak buat horizontal navigator bar

aku malas nak tulis.

so aku letak link je la.

terima kasih kepada blogger yang postkan tutorial ni=)

http://haptreeandme.blogspot.com/2009/09/adding-link-bar-below-your-blog-header.html


selamat mencuba~ (kalo nak la~)

Sunday, January 10, 2010

balik kedah 25-27 dec 2009


sampai je kat destinasi pertama, aku nampak signboard ni. haha~




setiap kali family aku balik kedah, kitorang akan singgah sini untuk makan cendol paling sedap atas muka bumi. haha~ tak tau la pulak apa nama warongnya. tapi kat belakang papan tanda pantai johor ni la. pantai johor berada di kedah ye. bukan di johor. dan sesungguhnya di situ tiada pantai.



esoknya pergi ke pekan rabu. ayah beli ikan talang masin. nak minta mak tolong masakkan kari tulang ikan talang masin. kesedapan sehingga menjilat jari kaki. huhu~



suasana di dalam pekan rabu. kalau korang datang ke sini dan nampak kedai ismail bin dahlan, singgah la ye. tu kedai atuk syatbi. support bisnes family member2 kita sikit. huhu~



sepatutnya kitorang nak makan bihun sup kat bawah ni. tapi tutup la pulak. so nak makan bihun sup punye pasal, makan jugak la kat satu warong seberang jalan pekan rabu tu. tp bihun sup kat situ tak sedap sangat. hmm...



mak aku cukup suka buah berangan. setiap kali datang ke pekan rabu ni, mak aku mesti beli buah berangan dekat dengan jejastas seberang pekan rabu ni hah.



orang kata ni la klinik tun dr. mahathir sebelum dia bergiat aktif dengan politik.



tengah hari tu kitorang pergi kenduri kawen anak mak tam. maktam ni sepupu ayah aku. so anak dia dua pupu aku la.



adik aku yang pegang g10 aku kat kenduri ni. dia snap sane sini. ni salah satu daripada gambar-gambar yang dia amek.



terjumpe room mate aku kat matrik dulu, hanan hasan. dia ni pun dua pupu aku rupanya. mak dia adik-beradik dengan mak tam. jejak kasih. haha~



anak kepada cousin aku. walaupun aku tiada lah tahu akan namanya, tapi geram sungguh aku tengok dia. nak cubit je pipi tu. huhu~



arwah moyang lelaki aku kahwin dua. yang duduk tengah tu isteri dia. tapi tak tau la yang pertama ke yang kedua. dua orang yang berdiri sebelah kanan dan dua orang yang duduk sebelah kanan adalah adik-beradik tiri nenek aku. diorang ni keluarga sebelah siam. adik-beradik kandung nenek aku duduk kat kedah. arwah nenek aku yang duduk paling kiri sekali. dia meninggal sebelum aku lahir. tak sempat aku jumpe dia.



sesi shoot sawah bendang. aku tak pandai edit gamba. hasilnye gamba ni nampak macam kekatunan sikit. huhu~



cuba shoot dari low angle.



ni cousin aku, abg chik. dia la yang bawak aku jalan-jalan ke sawah petang tu. ni semua boring punye pasal. malam tu kitorang layan bola. dia ni fan spurs. seri je malam tu. dia tensen. haha~



ni la pengeditan yang paling gagal. kena improve lagi ni. hmm...



makcik merentas bendang



tali ayaq



lagi tali ayaq



abangku selaku model. huhu~

Anda juga mungkin berminat untuk membaca entry ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...