klik klak kluk

klik jangan tak klik

Followers

Monday, January 25, 2010

gambar tipikal budak-budak zaman ini~

salam...

lama jugak la aku menyepi. idea untuk menulis tu memang ade tapi kesempatan tu yang takde. maka dengan kesempatan yang ade ni aku coretkan la sikit apa yang ade dalam kepala aku ni hah. huhu~


dalam seminggu dua lepas (tak ingat sangat bila), macam budak-budak lain jugak, aku lepak kat gpcl e3 engin. bukan untuk cari bahan untuk FYP ye. memang langsung takde niat semulia itu (hohoho~). tujuan aku macam biasa la. facebook, email, photomalaysia.com. 3 serangkai. or mungkinkah lebih manis jika digelar madu tiga? tak kisah la. huhu~


bila dah tak tau nak buat apa kat facebook tu, aku pun saje je la tengok-tengok gambar orang lain kat photo album diorang. bila aku tengok gambar sorang hamba Allah ni, aku teperasan gaya gamba dia tu gaya yang biasa beno dah kite tengok. dah la satu folder (kalo kat facebook orang panggil album instead of folder rasanye) semua gambar pesen yang same je. nak tau gaya cane? haaa....nanti aku bagitau. tapi yang pasti, aku menyampah betul orang bergambar dengan gaya macam tu. paling tak boleh blah kalo yang buat macam tu adalah dari kaum aku, lelaki. rase macam nak sepak bola kuat-kuat ke muka si pelaku tersebut (walaupun aku tak main bola petang-petang...huhu~). sabar...sabar...nanti aku bagitau gaya apakah itu. hehe~ =p


maka timbul la idea nak tulis post kali ni. aku perasan bila go through photo album sekalian manusia ni sama ade kat facebook or friendster (aku takde twitter & myspace), mesti akan jumpe at least salah satu dari style gambar yang akan aku listkan kat bawah ni nanti. especially perempuan la. maybe sebab aku lebih selalu tengok gambar-gambar perempuan kat fb & fs berbanding lelaki kot. biasa la tu kan~ =p


so, tanpa berlengah la, aku listkan gambar-gambar yang tipikal, yang biasa kite jumpe kat fb or fs budak-budak zaman ini. haha~


1) 45-degree-self-portrait or high angle self portrait

gambar apa ni? haaa...ini merupakan gambar di mana subjek (orang dalam gambar tu la) tangkap gambar sendiri menggunakan handset or camera dari sudut tinggi sikit (lebih kurang 45 darjah). maka subjek akan pandang ke atas sikit ke arah kamera. aku pernah terbaca kat internet pasal sebab orang suka tangkap gambar macam ni. nak tau ape sebabnye? salah satu sebab ialah untuk menyembunyikan 'double-chin' daripada kelihatan dalam gambar tu. aku tak kisah pun orang nak tangkap gambar macam ni. tapi yang buat aku menyampah tu kalo bergambar macam tu sambil buat muke bajet kiut or hot. lagi haru kalo yang buat camtu secara hakikatnye memang tak kiut dan tak hot pun. haha. and wahai lelaki, tolong la jangan bergambar macam ni. kalo nak sangat pun, tolong la jangan buat muke kiut or hot. memalukan. huhu~



2) kaki

gambar style ni adalah gambar di mana dia buat group portrait tapi kaki diorang je yang masuk dalam gambar tu. biasanye orang berkumpul dalam bulatan lepas tu tangkap gamba kaki. yang ni adalah tipikal. gambar kaki saje memang boleh jadi subjek yang menarik tapi kalo yang dalam bulatan tu dah terlalu biasa la pada aku. takde ape yang istimewa. ape kata buat gaye lain pulak. kaki sebaris ke, kaki yang tengah pijak kaki orang lain ke. baru la kreatif sikit kan. haha~ =p


3) lompat

ni memang tipikal. tapi aku suke tengok yang jenis ni. sebab gamba tengah melompat menunjukkan keceriaan, care free, happy. ye la kan. takkan la gamba orang melompat tu muke dia sedih plak. huhu.


3 ni adalah antara gambar-gambar tipikal budak-budak zaman sekarang. selain daripada 3 ni yang aku perasan tapi malas nak ulas adalah seperti berikut:


1) gambar ramai-ramai dari belakang
2) gambar tengah berjalan
3) gambar tangan buat tanda 'peace' banyak-banyak sampai jadi bentuk bintang.



hehe. ok la. itu saje untuk kali ni. babai=)


p/s: teringin nak tengok gambar dengan unsur-unsur yang dah dilistkan kat atas tapi dengan nafas baru yang lebih kreatif=)

No comments:

Anda juga mungkin berminat untuk membaca entry ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...