"alah, sekali aku petik jari, 10 org datang kat aku".
well, untuk dapatkan lebih ramai, anda boleh cuba alternatif lain selain hanya memetik jari.
aku terbaca satu artikel dalam NST hari isnin baru ni. ada sorang pelajar perempuan University of Electronic Science and Technology of China, Zhang Mingquan, tuliskan hajat dia kat wish wall kat universiti dia. hajatnya ialah nak cari sorang boyfriend. so dia tulis kat situ, sesiapa yang berminat nak cari girlfriend, boleh la datang ke bawah blok asrama dia pada waktu sekian-sekian and tarikh sekian-sekian and then jerit nama dia. dia akan tengok lelaki yang jerit nama dia tu dari atas (dari bilik dia). kalau dia berkenan, dia akan turun kepada lelaki tu.
sekali bila sampai waktunya, beribu yang datang. last-last dia tak turun pun. haha. ramai jugak jejaka kesepian rupanya. mana tak nye. nisbah pelajar lelaki kepada pelajar perempuan kat universiti tu 25:1. so setiap pelajar perempuan ada banyak pilihan. lelaki pulak konpem desperate nak cari awek. hoho~ =p
p/s: aku rasa kalau aku buat macam dia beribu jugak yang akan datang kat aku. tapi ada dua kemungkinan. pertama, yang datang tu bukan setakat nak jerit nama aku, tapi siap baling batu and molotov cocktail kat bilik aku (tingkat 4). kedua, yang datang tu pondan (down~) XP
No comments:
Post a Comment