klik klak kluk

klik jangan tak klik

Followers

Monday, April 19, 2010

CGPA untuk cari kerja

29 march yang lepas aku layan internet macam biasa. dan macam biasa juga la aku akan layan facebook. ada sorang kawan aku ni, nama dia helmi suhaimi. kalau korang masih ingat, aku pernah tulis satu entry berkenaan dia. ok, berbalik kepada kisah facebook. aku singgah kat profile si helmi ni. kat status dia, dia tanyakan soalan berbentuk situasi. dia cuba letakkan kita pada kedudukan pemilik syarikat. lepas tu dia tanya pada kita, kita akan ambil fresh graduate dengan CGPA berapa untuk jadi pekerja kita. 

gambar kat bawah ni adalah print screen dari profile si helmi tu. kalau nak baca pengalaman and pandangan kawan-kawan dia, klik la gambar ni bagi besar.


printscreen dari profile helmi suhaimi, the motivator.


hmmm....menarik. jap...jap...sebenarnya takde la menarik sangat. tapi disebabkan isu ni relevan dengan situasi aku sekarang (aku dah nak grad. nak cari kerja pulak pasni), maka isu ni menarik perhatian aku. and aku sure, teman-teman seangkatan aku pun maybe akan tertarik jugak dengan isu ni.

setahu aku, CGPA kita hanya laku masa first time kita nak cari kerja. maknanya, time tu kita fresh graduate and takde pengalaman. bila dah ada pengalaman, bakal majikan dah tak tengok CGPA. tapi ni tak bermakna CGPA tak penting. semua fresh graduate nak cari kerja yang macho-macho. kerja kat syarikat besar. gaji besar. bangunan besar.*tetibe je*.... so, CGPA yang tinggi adalah senjata untuk impress bakal majikan tu. 

dan kita tak dapat nak nafikan hakikat tu. kalau tak, takde la korang sibuk-sibuk nak menoyol untuk dapat pointer tinggi kan? hoho~

tapi kadang-kadang, aku rasa macam tak adil jugak. sebab, kalau nak bandingkan ikut CGPA, universiti yang berlainan mesti la tak sama ke'strict'an CGPA dia. bukan la nak mengata, tapi sebahagian universiti macam senang je nak score. aku pernah jugak berbual dengan a few kawan pasal ni. member-member aku yang study kat UIA ni cam down sikit la bila balik cuti and duk sembang-sembang dengan kawan-kawan sekampung or sekolah diorang. bila sampai topik result exam, kawan-kawan diorang ni semua 3 point something. yang diorang ni pulak 2 point something je. 

jadi, adakah bebudak UIA ni bodoh-bodoh? macam tak logik la pulak kan. takkan satu universiti ni kebetulan tak pandai je semua. aku siap ada sorang member. masuk UIA ni, first year pun tak lepas. belum majoring lagi. lepas kena dismiss, dia masuk UITM. cemerlang la pulak. cane tu? hmmm...

lepas tu lecturer aku, Dr. Yeakub, pernah cerita pasal nak push budak UIA kerja kat Intel. sebab dia ada orang dalam. so nak mintak tolong kawan dia tu amek UIA graduate kerja kat situ. tapi tak dapat. sebabnya? sebab Intel nak pointer tinggi. dia tak kisah apa background of study. yang penting pointer tinggi. sebab pointer tinggi menunjukkan yang seseorang tu cepat belajar. so, kalau pun dia grad bidang seni lukis dengan pointer 3.999, dia just perlu training bidang engineering untuk kerja dalam bidang engineering kat Intel. WTH la. kalau camtu la gayanya, setiap tahun, ada la kot 5 orang je graduan engineering UIA yang layak kerja kat Intel. huhu~

tapi tak semua majikan tengok CGPA. ade sorang member aku, Bibi nama timangan dia. dia ni graduan engineering USM. dia ni bukan la dari golongan pointer yang tinggi-tinggi ni. so satu hari ni, dia duk squatting kat bilik aku kat UIA. sebab syatbi, rumet aku, adalah school mate dia dulu. dia duk squatting sebab ada interview kerja kat KL. lepas interview kitorang duk tanya la dia pasal interview tu. satu benda yang tarik perhatian aku ialah statement dari interviewer tu.

"kitorang memang tak minat nak amek budak-budak yang pointer tinggi. sebab kitorang dah ada banyak pengalaman yang budak-budak pointer tinggi ni tak boleh buat kerja".

so lega la sikit member aku yang sorang ni tadi. and at last memang dia dapat pun kerja tu. rezeki dia. huhu~

tapi pada aku, majikan tu tak patut gak stereotype. sebab tak semua budak-budak yang pointer tinggi ni tak reti buat kerja. ramai jugak classmate aku yang pointer tinggi reti buat kerja. contohnya hanif izhar. mamat ni memang all rounder la. memang terer tahap gaban. aku respect la kat dia. 

so aku rasa, pointer ni penting jugak. tapi keyakinan diri time inteview lagi penting kot. and benda ni la yang aku paling lemah sekali. haih~

apa pandangan korang?

2 comments:

Nono said...

apa-apa pun banyakkan doa and mintak pada Allah supaya dimurahkan rezeki dan jugak dipermudahkan segala urusan... itu yang utama dan pertama.

honestly org pointer buruk. mmg down la jugak bila dgr org pointer tinggi2 nie. tapi tak pe la itu bukan kayu pengukur kejayaan masa depan. just try our very best and most importantly, buktikan yang kita yang pointer biasa-biasa nie boleh jadi asset pada company kita bekerja nanti..

there was a time, i asked my friend about what makes a good resume (considering that she's assistant manager of HR in one of menpower supplies company for offshore industries and she said "experiences"..

alah kat uia sendiri kita boleh tengok.. dalam mct sendiri (tak tau la ur major), yang failure banyak tu la project dia gempak! yang dean list tu, siap mintak tolong yang selalu fail kot. hoho...

Anonymous said...

experience .. yes.. it is important.. but hell.. can u find a fresh grad with good amount of xperience?? If all the company hold to this policy, at the end of the day they will only be hundred thousands of unemployed fresh grad.. some of them will be so unfortunate that they work only as clerk.. low-class bank officer... not to include very low salary compare to their cert..
I would say that study in IIUM is a waste.. people are gathering good cgoa in all other Unis.. believe me.. multi national company all over the world just looking on the CGPA!!! They dont care about your moral value, ethics,and all the shit.. Thanks UIA.. for all the nonsense credits..

Anda juga mungkin berminat untuk membaca entry ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...