klik klak kluk

klik jangan tak klik

Followers

Thursday, May 27, 2010

mari bermain dengan star trail



Sebelum ini saya ada menulis entry berkenaan light trail atau light painting iaitu satu teknik merakamkan gambar pergerakan cahaya (bagi yang belum membaca, sila klik sini). Entry kali ini akan membincangkan topik yang hampir sama dengan konsep light painting. Bezanya, sumber cahaya yang dirakamkan dalam teknik star trail adalah bintang-bintang di langit.

Teknik ini memerlukan kita merakamkan gambar bintang-bintang di langit dalam bilangan frame yang banyak yang kemudiannya dicantumkan menggunakan software Photoshop. Maka, gambar yang terhasil adalah garisan-garisan cahaya yang dihasilkan oleh pergerakan bintang-bintang di langit.

Peralatan:

  • Kamera
  • Tripod
  • Cable/remote release

Langkah-langkah:

  1. Letakkan kamera pada tripod. Dongakkan kamera menghadap ke langit.
  2. Setkan kamera pada shooting mode manual bagi membolehkan kita mengawal kamera secara bebas. Setkan nilai aperture kepada nilai yang paling rendah. Ini bermakna bukaan lensa yang paling luas. Shutter speed pula disetkan pada nilai 30". Ini bermakna sensor akan didedahkan kepada cahaya bintang selama 30 saat. Bagi nilai ISO pula, gunakan ISO yang paling rendah bagi mendapatkan kualiti gambar yang paling baik. Disebabkan tersangat gelap, saya menggunakan ISO 800. Ini menyebabkan kualiti gambar yang saya perolehi sedikit tidak memuaskan.
  3. Fokuskan pada bintang-bintang. Walaubagaimanapun, dalam keadaan langit malam yang gelap, usaha memfokus adalah sukar. Maka adalah lebih baik jika setting fokus disetkan kepada manual.
  4. Setelah selesai setting dan fokus, gunakan cable release atau remote release untuk merakamkan gambar. Proses ini perlu dilakukan berulang kali yang mana mengambil masa lebih daripada satu jam. Rakamkan gambar bintang-bintang sebanyak mungkin sehingga anda berpuas hati.
  5. Setelah selesai merakamkan gambar bintang-bintang, kita perlu menggunakan software mengedit gambar bagi menggabungkan gambar-gambar bintang tersebut supaya menjadi satu gambar. Saya menggunakan software Photoshop CS3.
  • Bukakan gambar pertama.
  • Kemudian bukakan gambar seterusnya di atas gambar yang terdahulu di atas layer yang baru. Bagi setiap gambar (kecuali gambar yang pertama), tekankan butang kanan pada tetikus (right click) dan pilih 'Blending Options...' dan setkan Blending Mode kepada Lighten.
  • Save gambar yang terhasil.
Inilah hasilnya...


ISO 800, f5.6, 30 seconds x 42

Tips:
  • Pastikan langit gelap dan bintang-bintang kelihatan.
  • Kompos gambar sebaiknya dengan meletakkan sedikit subjek pada foreground. Merakamkan gambar bintang semata-mata akan menyebabkan gambar menjadi sedikt membosankan.
  • Gunakan unsur garisan (leading line) yang membawa mata pemerhati kepada subjek.
  • Gunakan tripod yang kukuh.
  • Sedikan baju sejuk (jika perlu)

Antara hasil jurufoto yang lain:

Menggunakan tinggalan bangunan sebagai subjek pada foreground menjadikan gambar lebih menarik.


Menggunakan pantai sebagai garisan yang membawa mata kita kepada subjek (star trail)


Sekali lagi menggunakan unsur garisan.


Menggunakan prinsip 'rule of third' dalam meletakkan subjek pada foreground.




Selamat mencuba. Renung-renungkan dan selamat beramal~ =)

Tuesday, May 25, 2010

Sertai Bengkel JuruFoto Muda (20 Jun 2010)



School of Talent (SOT) di bawah Talent Development Consulting (TDC) akan menganjurkan bengkel fotografi untuk pelajar sekolah rendah dan menengah. Bengkel JuruFoto Muda akan mendedahkan para peserta kepada teknik asas fotografi seperti komposisi gambar dan juga teknik pengawalan kamera dalam merakamkan gambar potret, acara dan sebagainya.

Dengan harga yang sangat berpatutan, peserta bakal memperolehi peluang mengeksplorasi bakat fotografi  bagi mengisi masa percutian sekolah.

Hanya RM100 sahaja!

10 peserta berdaftar terawal menerima diskaun 30%

Hanya untuk 30 orang peserta sahaja. Daftar Sekarang!

Hubungi 0123052143 (Helmi Suhaimi) atau emelkan kepada sotlearningcentre@gmail.com




Thursday, May 13, 2010

jalan-jalan ke kuala terengganu

aku pernah tulis entry pasal aku dapat voucher rm200 dari air asia dulu. kalau belum baca, boleh la baca kat sini. so aku dah redeem tiket. esok pagi aku akan terbang ke kuala terengganu. tak ada la plan apa sangat. bajet pun tak banyak. so main taram je la pelancongan 4 hari aku ni nanti...huhu~ =p


ni first time aku pergi melancong sorang-sorang. kira nak backpacking sendiri la. nak adventure sikit konon. huhu=p

ada apa-apa cadangan ke mana tempat menarik yang patut aku pergi? or tempat makan sedap-sedap yang patut aku pergi? and opkos la ia tak melibatkan perbelanjaan yang banyak. bajet aku sikit je ni. sebab tujuan utama ialah nak menangkap gambar. bukan nak bershopping. huhu~ ;)

bukan malas nak pergi pusat perkhidmatan pelancong or something like that (walaupun aku memang bercadang nak pergi ke situ esok). tapi tempat-tempat macam tu akan bagitau benda yang tipikal. so mana la tau korang sume ada cadangan lebih baik berdasarkan pengalaman korang sendiri ke kan. boleh la aku manfaatkan. hehe~ ;)

i'A kalau sempat aku akan bukak blog ni tima kat sana nanti. pandai-pandai la aku cari cc kat sana. so kalau ada cadangan bagitau la yek. cadangan-cadangan anda amat la dihargai=)

p/s: harap-harap dapat jumpe fahmie & the gang kat sana nanti. diorang pun jalan-jalan kat sana jugak. hmm =)

Wednesday, May 12, 2010

satu hari satu foto (episode 15)

Aku ni jenis yang susah nak bangun pagi. Selalu kalau kat rumah, aku akan bangaun tidur pukul 10am. Kadang-kadang boleh melarat sampai pukul 12pm. Entah la. Kadang-kadang dah bangun tapi bleh tidur balik tu. Haih~

Tapi pagi tadi aku dah tau macam mana nak bagi aku tak tidur semula. Memang kompem tak tidur dah lepas tu.

Caranya....


Bangun tidur je kena tolak kereta~

Haha...pagi tadi kereta ayah aku tak boleh start. So mak aku kejut aku & abang aku untuk tolong tolak kereta bagi boleh start. Nasib baik dua kali try je dah boleh start. Kalau tak mau badan aku jadi macam Malik Noor. Haha~ =p

light painting versi tergantung dan terhayun







Light painting adalah satu teknik fotografi yang menggunakan pengawalan shutter speed untuk merakamkan pergerakan cahaya. Ini bermakna, dengan menggunakan shutter speed yang perlahan, sensor didedahkan kepada punca cahaya yang bergerak membentuk garisan-garisan sepanjang laluannya. 

Terdapat pelbagai cara untuk menghasilkan gambar yang menarik melalui teknik ini. Walaubagaimanapun, entry kali ini akan mengenengahkan teknik light painting bagi menghasilkan corak spiral dengan cara menggantungkan sumber cahaya (bagi entry ini, lampu suluh) dan menghayunkannya agar membentuk lingkaran.


Peralatan:

  • Lampu suluh
  • Tali
  • Kamera
  • Tripod
  • Cable shutter release atau remote release
  • Belon pelbagai warna

Langkah-langkah:



1) Gantungkan lampu suluh pada kipas siling.



2) Letakkan kamera pada tripod di bawah kipas siling dan dongakkan kamera ke atas. Bagi mendapatkan hasil yang simetri, pastikan kemera berada betul-betul di bawah lampu suluh atau titik tengah kipas pada keadaan pegun.



3) Gunakan mode 'manual'. setkan shutter speed pada kelajuan 'Bulb' bagi membolehkan kita mengawal shutter speed secra bebas menggunkan remote release. Setelah bersedia, hidupkan suis kipas. Apabila kelajuan putaran kipas telah sekata, padamkan lampu dan kipas dan gunakan remote release bagi merakamkan gambar.

Inilah hasilnya:

Putaran sekata


Putaran tak sekata


Ilham dari fenomena bumi. Bumi berputar pada paksinya sendiri di samping mengelilingi matahari. Seperti juga lampu suluh yang menghasilkan corak ini.


Corak-corak di atas dihasilkan oleh lampu suluh ini.


Gunakan keratan belon merah bagi mendapatkan cahaya berwarna merah.




Lampu suluh yang telah disarung dengan keratan belon merah.

Dan hasilnya...



aaaargh....tak sharp la pulak!~ =(

Tips:
  • Untuk hasil yang lebih menarik, gunakan lebih daripada satu sumber cahaya. Pastikan ia berlainan warna.
  • Jangan terhadkan hayunan lampu suluh hanya kepada putaran sekata. Cuba dapatkan corak yang menarik dan lain daripada yang lain.
  • Untuk keselamatan, jangan menggunakan kelajuan kipas yang terlalu laju.
  • Untuk mendapatkan latar belakang hitam, padamkan lampu bilik. Namun, cahaya persekitaran dengan warna yang menarik mampu memberikan hasil yang menarik dan unik.
  • gunakan tripod yang kukuh, shutter release cable atau remote release bagi mengelakkan gegaran.

Selamat mencuba. Renung-renungkan dan selamat beramal~ ;)

bbq bersama familyku~

dah lama tak bbq dengan family aku. entah kenapa tetiba mak dan ayah aku decided nak buat bbq untuk dinner hari sabtu baru ni. ok jugak. lama dah tak bbq. layan~

ayahku mengerjakan panggangan malam tu sambil dibantu abang aku yang tak ada dalam gambar. huhu


antara mangsa-mangsa yang akan dipanggang kemudiannya pada malam itu~


makcu bersiap sedia nak makan sampai penuh perut...haha~


makcu & abang

overall aku puas hati la dapat mkn bbq dengan family. dan yang bagus nya kuantiti makanan kali ni juz nice. tak ada la berlebihan sampai terpaksa buang. ye la...membazir kan amalan syaitan~ ;)

p/s: gambar mak & adik aku tak dapat diletakkan dalam entry ni sebab tak pakai tudung. ye la...bbq sesame family aku je...mane nak pakai tudung...huhu~ ;)

makan-makan bersama encik aadel

sehari sebelum aku keluar dari UIA, aadel ajak aku keluar makan. kali ni dia bawa aku ke restoran yang berdekatan dengan rumah dia. kira dekat area taman bahagia macam tu la kot. aku pun tak sure. aku ni kalau bab nama tempat & jalan memang aku kureng sikit. huhu~ =p

restoran yang kitorang pergi untuk dinner malam tu ialah restoran mohd chan abdullah. pemilik dia orang cina muslim. makanan dia sedap. pada aku la. maybe sebab aku sangat-sangat-sangat jarang makan chinese food kot. 

ni antara gambar yang sempat disnap

nasi kam cheong ayam


apa pasal anda kelihatan sedih je encik aadel? tak elok bersedih depan rezeki...hoho~


nasi bok som ayam (p/s: tak silap aku la...haha~)

apa yang best kat sini?

  • makanan tak la mahal sangat
  • rasa pun sedap jugak
  • akak yang amek order kitorang tu comel juge...tp x brape fasih bahasa melayu...hoho~ =p
p/s: entry ni adalah entry ke-100 blog ni. terima kasih kepada para pembaca yang sudi dan selalu melawat blog ni =)

Tuesday, May 11, 2010

affair di office


tadi aku baca NST. macam biasa, aku suka baca section life & times sebab banyak artikel menarik. tadi aku tertarik dengan satu artikel berkenaan affair kat pejabat. secara ringkasnya, artikel tu menceritakan kesan buruk akibat affair kat pejabat, lebih-lebih lagi bagi perempuan atau lelaki yang sudah berumahtangga. antara kesan buruk nya ialah kehancuran rumahtangga dan kehilangan kerja. bagi kebanyakan kes, perempuan disifatkan menjadi mangsa walaupun hubungan tersebut melibatkan kedua pihak.



seperti biasa, apabila affair tersebut terkantoi, the first effect will be on the marriage of the respective person yang terlibat dalam affair tersebut. rumahtangga hancur.



kemudian, bila dah kantoi, mesti la kedua-duanya akan hentikan affair tu. masalahnya, disebabkan kedua-dua manusia ni bekerja dalam office yang sama, mesti la rasa janggal. so biasanya, si perempuan akan mintak pindah department or lebih teruk lagi berhenti kerja terus. dan biasanya, bila pindah syarikat lain, jawatan dan susana kerja adalah kureng berbanding yang sebelumnya. manakala bagi si lelaki pulak, dikatakan kerjaya diorang ni bertambah baik pulak. ye ke? hmmm....



penulis artikel tu kata, biasanya, affair kat pejabat ni bukan la cinta pandang pertama. contohnya, ada sorang minah ni (dah bersuami), jadi tertarik kat bos dia yang boleh dikategorikan sebagai tak ada rupa disebabkan diorang spend banyak masa bersama. mula-mula pasal kerja. lama-lama dah jadi jatuh hati la pulak. dan seterusnya menjadi-jadi la mereka.



penulis kata, antara faktornya ialah perempuan mudah tertarik ngan rakan sepejabat sebab impressed dengan kualiti kerja diorang di samping lelaki biasanya nampak smart time kat office berbanding suami yang pakai ala kadar je kat rumah. nampaknya alasan yang sama je dengan lelaki yang ada affair dengan rakan sepejabat. huhu~ =p

Monday, May 10, 2010

perginya seorang profesor: Prof. Dr.Md Mohafizul Haque

petang tadi aku terima dua sms. satu dari maam aku. satu lagi dari ilmam. dua-dua sms tu menyatakan pasal kembalinya seorang pensyarah aku ke rahmatullah. Prof. Dr. Md Mohafizul Haque, seorang pensyarah yang sangat mahir berkenaan heat treatment, foundry dan casting. setakat melting point macam-macam jenis metal ni sambil korek hidung je arwah boleh jawab. huhu~

aku tak ada banyak kenangan dengan arwah. tak macam ilmam. at least, ilmam anak buah arwah untuk final year project. seingat aku, arwah pernah ajar aku sekali je iaitu subjek manufacturing processes. apa yang aku paling ingat pasal arwah berkenaan subjek ni ialah arwah tak mengajar guna slide. arwah guna microsoft words. so memang panjang berjela la notes nya. dah la dia taknak bagi softcopy. nak tak nak terpaksa la salin. aku ni yang memang jenis lembap menulis memang give up terus. huhu. pernah sekali tu arwah keluar dari kelas sekejap. ke tandas agaknya. eppy pergi kat pc dia untuk copy notes tu. mukhtar siap cover line kat pintu kelas. kot-kot la arwah datang. tapi misi gagal. tak sempat. maka, satu kelas down sebab tak dapat mengubah nasib. terpaksa merajinkan tangan menyalin notes. haha~

ada satu lagi peristiwa yang aku cukup ingat pasal arwah ni. masih lagi dalam semester yang sama time aku amek subjek manufacturing process tu. time tu ada midterm exam. dan kebetulan exam tu dijalankan dalam bulan puasa. so seperti biasa, setiap kali midterm exam, seat tak ditetapkan. so student semua berebut seat yang paling selamat la untuk menoyol. elok je exam start, arwah pesan,

"Brother and sister. Remember. This is Ramadhan! Don't cheat!"

pastu satu kelas duk tersengih and ketawa sendiri. sedikit pedih di situ. haha~

hmmm...kali terakhir aku bersembang dengan arwah adalah masa aku berjalan dengan ilmam then terserempak dengan arwah. ilmam yang mula sapa arwah. pastu aku pun join la sembang. masa tu dia dah start kemoterapi. rambut pun dah gugur. kurus sikit. tapi still mengajar. a few months later dia dah hospitalized terus and then dibawa balik ke Bangladesh. tau-tau je, aku dapat sms petang tadi. arwah dah tak ada.

walaupun arwah dah tak ada, aku still ingat tagline arwah. walaupun ni bukan la official tagline arwah, tapi macam kes karamsingh walia yang suka naik turunkan tangan dia masa bercakap, bila kata-kata tu dah kerap sangat digunakan, maka aku anggap ia sebagai tagline. aku, qayyum and muhaimin selalu betul mengajuk dia. rasa bersalah la pulak. mesti budak dua orang tu pun rase bersalah cam aku jugak.

Is not it?  <-- this is his tagline

papepun, aku berterima kasih atas tunjuk ajar arwah walaupun sempat ajar aku satu subjek je. pemergian arwah menandakan hilangnya seorang profesor dalam department manufacturing & materials engineering (MME). so sekarang ni tinggal dua orang je pensyarah tahap profesor. semoga roh beliau dicucuri rahmat adan ditempatkan ke dalam golongan orang-orang yang soleh.

in remembrance of Prof. Dr. Md Mohafizul Haque

al-fatihah

Tuesday, May 4, 2010

satu hari satu foto (episod 14)

khamis lepas aku dan beberapa orang member pergi ke genting highlands. akhirnya selepas 4 tahun aku kat gombak ni, merasa jugak aku ke genting. kali terakhir aku pergi sana masa umur aku 3 tahun. hoho~

masa tunggu bas untuk balik, zulhusni tunjuk langit malam tu. langit cerah, awan banyak dan bulan pun penuh. apa lagi. aku pun try la dapatkan shot yang terbaik. ni la hasilnya yang tak seberapa.

p/s: gamba tak diedit. cuma letakkan watermark je.

lawatan ke Proton Shah Alam

12 mac baru ni (err...memang dah agak lama sebenarnya...aku maksudkan 2010 ni la), kami, anak-anak buah atau lebih tepat lagi student FYP2 di bawah supervision Dr. erry pergi ke kilang Proton Shah Alam. ni bukan lawatan sambil belajar tapi lebih kepada operasi menyedut maklumat untuk FYP2. Dr. erry tak dapat nak sertai kitorang dalam lawatan tu. maka encik megat konneh la yang terpaksa menjadi pengganti beliau. 

terima kasih diucapkan kepada cik rashidah @ rash sebab initiate lawatan tu. kalau tak kerana lawatan ni, mau tak siap FYP aku. sebabnya, sebelum lawatan ni, aku dan partner aku, muhaimin, memang blur. tak tau nak buat macam mana ngan FYP kitorang. so, daripada trip ni dapat jugak la something to be benchmarked.

so tak payah cakap bayak. layankan aje la gambar-gambar ni.

before bertolak ke shah alam


kat sini pun nak posing. haih~


tempat operasi benchmarking


bilik benchmarking and vave


aku, muhaimin & exhaust assembly parts


anak-anak buah encik erry adesta


VAVE sembang-sembang corner. apa yang boleh dibuat kat sini? baca bawah ni hah.


minum teh tarik/ milo/ nescafe/ white coffee free


sembang-sembang


posing-posing


enck megat konneh pun turut bersembang


rash yang mengikut arahan rahimi

kat bawah ni aku pun tak sure apa benda. tarian semangat kot. huhu~ =p










bebudak ni pun nak buat jugak~


kualiti


fokus pelanggan


berinovasi


kerja berpasukan


kepantasan


prihatin


jujur


lompat rash. jangan tak lompat.



pulang marilah pulang


p/s: last-last terfikir balik. pergi sana banyak buat kerja ke banyak main? huhu~ =p

Anda juga mungkin berminat untuk membaca entry ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...