Light painting adalah satu teknik fotografi yang menggunakan pengawalan shutter speed untuk merakamkan pergerakan cahaya. Ini bermakna, dengan menggunakan shutter speed yang perlahan, sensor didedahkan kepada punca cahaya yang bergerak membentuk garisan-garisan sepanjang laluannya.
Terdapat pelbagai cara untuk menghasilkan gambar yang menarik melalui teknik ini. Walaubagaimanapun, entry kali ini akan mengenengahkan teknik light painting bagi menghasilkan corak spiral dengan cara menggantungkan sumber cahaya (bagi entry ini, lampu suluh) dan menghayunkannya agar membentuk lingkaran.
Peralatan:
- Lampu suluh
- Tali
- Kamera
- Tripod
- Cable shutter release atau remote release
- Belon pelbagai warna
Langkah-langkah:
1) Gantungkan lampu suluh pada kipas siling.
2) Letakkan kamera pada tripod di bawah kipas siling dan dongakkan kamera ke atas. Bagi mendapatkan hasil yang simetri, pastikan kemera berada betul-betul di bawah lampu suluh atau titik tengah kipas pada keadaan pegun.
3) Gunakan mode 'manual'. setkan shutter speed pada kelajuan 'Bulb' bagi membolehkan kita mengawal shutter speed secra bebas menggunkan remote release. Setelah bersedia, hidupkan suis kipas. Apabila kelajuan putaran kipas telah sekata, padamkan lampu dan kipas dan gunakan remote release bagi merakamkan gambar.
Inilah hasilnya:
Putaran sekata
Putaran tak sekata
Ilham dari fenomena bumi. Bumi berputar pada paksinya sendiri di samping mengelilingi matahari. Seperti juga lampu suluh yang menghasilkan corak ini.
Corak-corak di atas dihasilkan oleh lampu suluh ini.
Gunakan keratan belon merah bagi mendapatkan cahaya berwarna merah.
Lampu suluh yang telah disarung dengan keratan belon merah.
Dan hasilnya...
aaaargh....tak sharp la pulak!~ =(
Tips:
- Untuk hasil yang lebih menarik, gunakan lebih daripada satu sumber cahaya. Pastikan ia berlainan warna.
- Jangan terhadkan hayunan lampu suluh hanya kepada putaran sekata. Cuba dapatkan corak yang menarik dan lain daripada yang lain.
- Untuk keselamatan, jangan menggunakan kelajuan kipas yang terlalu laju.
- Untuk mendapatkan latar belakang hitam, padamkan lampu bilik. Namun, cahaya persekitaran dengan warna yang menarik mampu memberikan hasil yang menarik dan unik.
- gunakan tripod yang kukuh, shutter release cable atau remote release bagi mengelakkan gegaran.
Selamat mencuba. Renung-renungkan dan selamat beramal~ ;)
12 comments:
#3 best! aku selalu berangan nak buat. tapi selalunya tinggal angan2 je :p
hehe...try la buat...kalo ade 2-3 lampu blainan kaler lg best=)
interesting!
tp kipas kt umah kipas kaki. haha.
thumbs up, faiz!
alin: tq=) lekatkan sticker glow in the dark la...bleh gak kot...hmm;)
cantek2..nanti ajar la mcm2 teknik lagi ye faiz
yus: tq=)....i'A...dgn ilmuku yg sikit ini, akan aku kongsikan mane yg mampu...hehe;)
wowee...nice tips..
hasilnya sangat cantik. frame kan!
fadzil: tq=)
kak liza:
tq=) tp segan nak framekan...nak buat semula yg lagi elok dulu baru bleh framekan...hehe;)
sgt menarik dan cantik..
hanis:
hehe...terima kasih =)
Post a Comment