klik klak kluk

klik jangan tak klik

Followers

Monday, May 10, 2010

perginya seorang profesor: Prof. Dr.Md Mohafizul Haque

petang tadi aku terima dua sms. satu dari maam aku. satu lagi dari ilmam. dua-dua sms tu menyatakan pasal kembalinya seorang pensyarah aku ke rahmatullah. Prof. Dr. Md Mohafizul Haque, seorang pensyarah yang sangat mahir berkenaan heat treatment, foundry dan casting. setakat melting point macam-macam jenis metal ni sambil korek hidung je arwah boleh jawab. huhu~

aku tak ada banyak kenangan dengan arwah. tak macam ilmam. at least, ilmam anak buah arwah untuk final year project. seingat aku, arwah pernah ajar aku sekali je iaitu subjek manufacturing processes. apa yang aku paling ingat pasal arwah berkenaan subjek ni ialah arwah tak mengajar guna slide. arwah guna microsoft words. so memang panjang berjela la notes nya. dah la dia taknak bagi softcopy. nak tak nak terpaksa la salin. aku ni yang memang jenis lembap menulis memang give up terus. huhu. pernah sekali tu arwah keluar dari kelas sekejap. ke tandas agaknya. eppy pergi kat pc dia untuk copy notes tu. mukhtar siap cover line kat pintu kelas. kot-kot la arwah datang. tapi misi gagal. tak sempat. maka, satu kelas down sebab tak dapat mengubah nasib. terpaksa merajinkan tangan menyalin notes. haha~

ada satu lagi peristiwa yang aku cukup ingat pasal arwah ni. masih lagi dalam semester yang sama time aku amek subjek manufacturing process tu. time tu ada midterm exam. dan kebetulan exam tu dijalankan dalam bulan puasa. so seperti biasa, setiap kali midterm exam, seat tak ditetapkan. so student semua berebut seat yang paling selamat la untuk menoyol. elok je exam start, arwah pesan,

"Brother and sister. Remember. This is Ramadhan! Don't cheat!"

pastu satu kelas duk tersengih and ketawa sendiri. sedikit pedih di situ. haha~

hmmm...kali terakhir aku bersembang dengan arwah adalah masa aku berjalan dengan ilmam then terserempak dengan arwah. ilmam yang mula sapa arwah. pastu aku pun join la sembang. masa tu dia dah start kemoterapi. rambut pun dah gugur. kurus sikit. tapi still mengajar. a few months later dia dah hospitalized terus and then dibawa balik ke Bangladesh. tau-tau je, aku dapat sms petang tadi. arwah dah tak ada.

walaupun arwah dah tak ada, aku still ingat tagline arwah. walaupun ni bukan la official tagline arwah, tapi macam kes karamsingh walia yang suka naik turunkan tangan dia masa bercakap, bila kata-kata tu dah kerap sangat digunakan, maka aku anggap ia sebagai tagline. aku, qayyum and muhaimin selalu betul mengajuk dia. rasa bersalah la pulak. mesti budak dua orang tu pun rase bersalah cam aku jugak.

Is not it?  <-- this is his tagline

papepun, aku berterima kasih atas tunjuk ajar arwah walaupun sempat ajar aku satu subjek je. pemergian arwah menandakan hilangnya seorang profesor dalam department manufacturing & materials engineering (MME). so sekarang ni tinggal dua orang je pensyarah tahap profesor. semoga roh beliau dicucuri rahmat adan ditempatkan ke dalam golongan orang-orang yang soleh.

in remembrance of Prof. Dr. Md Mohafizul Haque

al-fatihah

11 comments:

iqbaljoari said...

semoga roh nye di tempatkn die tempat org yg baik2 dan beriman, amiin..

* arwah penah ajar manu p tuk dak2 aero..T_T

Unknown said...

alfatihah...aku rasa die pernah ajar aku workshop dulu...

mia sarah hemiza said...

al-fatihah.

Anonymous said...

Salam, terima kasih kerana tulisan anda; bukan senang untuk tahu perspektif pelajar tentang pensyarah. Apapun, semoga arwah diampun dosa dan dirahmati Allah. Satu hari kita pun akan ke sana juga.

manueng said...

iqbal n edy: kalo bdk slain manu, biasanya belajar manu p n workshop la ngan arwah...hehe

mek: =)

anonymous: salam, sama-sama=) kematian manusia lain adalah peringatan bagi diri kita. bagi mengingatkan kita tentang kematian kita. kerana seperti yang anda kata, satu hari nanti kita pun akan ke sana juga.

syaaban said...

innalillah..
baru tahu berita ni melalui blog ko....
he was a great lecturer...

manueng said...

syaaban: xde sesape sms ko?ye la kot kan...aku dpt sms pun aku x forward...huhu

Anonymous said...

salam,
thanx for sharing the memoirs.saya rs saya student last arwah. Arwah meninggal mase sy masih proses submitting thesis master.smpai skarang saya xbole dgr org cerite pasal arwah.mesti hujan.

the most dissapointed thing, sy xsempat jmpe arwah sblum dia diterbangkan balik ke Bangladesh.Mase tu sy kt mekah, tgh buat Omrah.On the day arwah nk balik sana, ialah hari sy pulang. xsempat jmpe. sempat call. dia hanya mampu whispering "IM GLAD TO HEAR FROM U"...sy hanya sempat pohon maaf dan bg dia semangat thru the fon. itu ialah kali terakhir dgr suara arwah, rupenye..air zamzam tawaf sunat yg dibuat khas utk prof tu, akhirnye sy hanye mmpu tgk je..

sori, terpanjang lak.saje nk share rasa.

manueng said...

terima kasih sbb same2 share cerita. berdasarkan cerita awak, mesti awak rapat betul ngan arwah. mesti awak lebih terasa kehilangannya berbanding kebanyakan student yg lain. same2 la kite doakan semoga rohnye dicucuri rahmat. amin~

Anonymous said...

Aku penah amik subjek manu p ngan dia 2 kali... Ari ni baru tau dia dah xde... Sedih gak la... Yg paling aku hafal lecture dia pasal iron production... Islamic tol dia ngajar masa tu

manueng said...

tu la pasal...arwah ni agak islamic...hehe;)

Anda juga mungkin berminat untuk membaca entry ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...