klik klak kluk

klik jangan tak klik

Followers

Sunday, November 14, 2010

law of attraction: 5 elements of attractiveness

Situasi 1

A: Cuba ko tengok tu, suami si Tipah tu tak handsome langsung. Tua pulak tu. Tapi banyak duit. Nampak sangat si Tipah tu kawen sebab kejarkan harta laki dia je. Huh~

B: Ala...ok la tu. Si suami nye tu pun kawen dengan dia sebab dia cantik. Body pun mantap. Banyak duit, boleh la dapat bini hot~


Situasi 2

A: Si Leman tu walaupun tua & tak handsome, tapi bini nak yang hot je. Dia bukan peduli pun bini dia reti buat kerja rumah ke tak. Yang penting, hot~

B: Kire seri la tu. Dia kaya. Bini dia dapat kekayaan dia.


Biasa ada perbualan macam ni dalam masyarakat. Lebih-lebih lagi bila ada artis perempuan kawen dengan VVIP. Si suami akan dicop menggatal nakkan isteri hot. Si isteri pulak dicop sebagai materialistik. Biasanya, dalam situasi 1, A adalah lelaki, B adalah perempuan manakala situasi 2 pulak, A adalah perempuan dan B adalah lelaki.

Salah ke cari isteri hot or suami kaya? Tak salah. Biasa la tu. Sebab apa? Sebab itu adalah sebahagian daripada the Law of Attraction. Tapi jangan la sampai rupa paras atau kekayaan dijadikan keutamaan, sebab dua perkara tu tak kekal. So lebih baik kita utamakan akhlak/agama calon pasangan kita.

Lebih kurang setahun yang lepas, aku ada menonton rancangan Oprah Winfrey Show. Dalam episod hari tu diorang duk bincangkan isu ni. Tetamu jemputan untuk episod tu ialah seorang sex therapist, Dr. Laura Berman. Ada 5 perkara utama yang menjadi tarikan antara lelaki dan perempuan. (Ciri-ciri seperti baik buruk perangai seseorang, sifat kepimpinan, pandai masak ke tak, etc. tak termasuk dalam kajian dia.)

Dr. Laura Berman (photo courtesy from oprah.com)


1) Bau (Smell)

Karl Grammer dan Elizabeth Oberzaucher mendapati, bila perempuan tengah subur, mereka akan hasilkan copulins, bauan yang menarik lelaki. Bila lelaki terhidu copulins, hormon testosteron mereka akan meningkat lalu menghasilkan bau androstenone sebagai tindak balas. Manusia dapat mengesan 10,000 bau yang berlainan secara sedar (aku kalau nak beli minyak wangi, lepas hidu 2-3 jenis dah tak reti beza dah...huhu). Maka seseorang secara tak langsung boleh 'mengesan' bila seseorang perempuan tengah subur. Sebab ada tarikan kat situ. "It's all about survival of the species", kata Berman.

Dalam satu kajian, sekumpulan perempuan dikehendaki menghidu t-shirt lelaki. Hasilnya, perempuan lebih tertarik kepada t-shirt lelaki yang mempunyai major histocompatability complex (MHC). MHC ialah "collection of genes that are related to immune systems". Oleh itu, secara tak sedar, kita akan tertarik untuk lakukan hubungan seks dengan seseorang yang mempunyai sistem imunisasi yang berbeza daripada diri kita, supaya ia membantu dalam survival keturunan kita.


2) Suara (Voice)



Dalam satu eksperimen, Dr. Gordon Gallup,  seorang professor di State University of New York di Albany, meminta 10 orang lelaki untuk menilai daya tarikan 10 suara seorang perempuan. Audio rakaman suara seorang perempuan sepanjang kitaran haidnya diperdengarkan. Semasa ovulasi, lebih banyak hormon estrogen terhasil, yang mana ia meningkatkan pitch suara perempuan. Secara purata, lelaki lebih tertarik dengan suara ber'pitch' tinggi, yang mana secara tak sedar, menandakan kesuburan seseorang perempuan. So, suara perempuan akan lebih menarik semasa mereka subur.


3) Wajah (Facial features)


photo courtesy from oprah.com

Seorang ahli psikologi, Dr. Lisa DeBruine (University of Aberdeen di Scotland) berkata, wajah seseorang perempuan akan lebih menarik perhatian lelaki ketika dia sedang subur. Ini mungkin disebabkan ketika subur, seseorang perempuan kelihatan lebih sihat.

Faktor lain bagi wajah yang menarik ialah wajah yang symmetry. Dr. Kendra Schmid, penolong professor biostatistik di University of Nebraska Medical Center berkata, terdapat equation bagi wajah yang sempurna. 29 ukuran yang berbeza digunakan untuk tentukan daya tarikan wajah seseorang dengan skala 1 hingga 10.

Untuk baca artikel mengenai cara kiraan terhadap daya tarikan wajah, klik The Beauty Equation.

Nisbah kepanjangan wajah kepada kelebaran wajah yang sempurna ialah 1.6:1. Ini digelar 'the golden ratio'. Apabila ditanya tentang 'wajah siapa yang paling sempurna?', dia jawab, "wajah Brad Pitt adalah wajah selebriti yang mendapat markah paling tinggi yang saya pernah kira menggunakan formula tersebut. Dia mendapat 9.3."

Selebriti lain,

Angelina Jolie = 7.67 (ukuran bibir dia buatkan markah dia rendah...sebab ratio lari kot...ukuran ideal untuk mulut ialah kelebaran mulut secara idealnye dua kali ganda ketinggian bibir).

Halle Berry = 7.36
Hugh Jackman = 6.45

Kebanyakan orang mendapat markah antara 4 hingga 6. setakat ni belum ada lagi yang dapat 10. Dr. Lisa DeBruine kata , "if you're out there, we are looking for you". Huhu~


4) Kewangan (Financial stability)



Tak semua ciri-ciri pilihan untuk cari pasangan adalah secara biologi (biological). Kadang-kadang kriteria pasangan dinilai secara logik (logical). Seorang perempuan yang ditunjukkan gambar seorang lelaki yang tak dikenali akan berikan rating dengan skala 1 hingga 10 yang berbeza berbanding gambar wajah lelaki yang sama beserta pendapatannya. Seperti yang kita boleh agak, lelaki berpendapatan tinggi dapat markah lebih tinggi berbanding lelaki berpendapatan rendah. Dr. Berman kata, ni bukan kes perempuan jadi pisau cukur.

"Ia berbalik kepada evolusi manusia (dia tengah cakap pasal zaman dulu...zaman paleolitik, neolitik, etc). Semasa kita (perempuan) mempunyai bayi yang bergantung penuh kepada kita, kita tak dapat keluar memburu dan menjaga diri kita. Maka kita akan mencari lelaki yang mempunyai status sosial yang paling tinggi. siapa yang paling hebat memburu, siapa yang akan membawa hasil buruan yang paling besar untuk bayi kita. Samalah kesnya pada hari ni".

Aku ingat lagi time rancangan ni, dia tunjuk video untuk uji apa yang paling menarik perhatian lelaki dan perempuan. Untuk lelaki, memang keputusan yang dah boleh dijangka iaitu rupa paras perempuan. Untuk perempuan pulak, dia buat eksperimen macam yang dah diceritakan kat atas. So dia tunjuk la beberapa gambar lelaki. Ada yang rupa handsome macam model. Ada yang sederhana. Ada yang tak handsome langsung.

Round 1

Diorang ditunjukkan gambar lelaki-lelaki tu. Hanya gambar aje. Keputusan (aku bagi A n B aje...sbb ni yang paling aku ingat...huhu):

Laki  A (handsome) = 9/10 <-- rata-rata bagi markah ni
Laki B (tak handsome) = 4/10 <-- rata-rata bagi markah ni


Round 2

Diorang dirunjukkan gambar lelaki-lelaki yang sama beserta pendapatan diorang. Keputusan:

Laki A (handsome, pendapatan = USD 20,000/year) = 4/10...5/10...ade yang bagi 0/10

Laki B (tak handsome, pendapatan = USD 320,000/year...mamat ni tokei bisnes ape ntah) = 8/10...9/10 <-- dan2 naik rating dia...lol~

p/s: ade sorang minah tu bagi 4/10 time round 1. Second round terus jadi 10/10. Bapak ah...haha~


5) Ciuman (Kissing)



Banyak yang boleh diketahui melalui ciuman. Kita boleh nilai sama ada kita suka bau pasangan kita, sama ada pasangan kita adalah jenis yang take-charge atau jenis menurut selain dapat menilai sensuality pasangan. 66% perempuan kata akan reject lelaki yang mempunyai ciuman pertama yang buruk. Dr. Berman kata, kekerapan berciuam menentukan kebahagiaan. Kajian menunjukkan bahawa pasangan yang kerap berpelukan dan bercium adalah lapan kali ganda kurang mengalami stress dan kemurungan. "Anda perlu mendapatkan ciuman dengan minimum 10 saat setiap hari".

Ni untuk orang dah kawen je la yek. Yang belum kawen jangan nak memandai. Sabar...Sabar...


Sumber: Oprah.com

p/s: ye...aku tau...korang akan kata tak semua orang macam ni. aku kata memang pun...manusia ada pelbagai ragam...entry ni juz based on kajian yg dibincangkan dlm rancangan Oprah Winfrey Show ni je.

p/s/s: So sekarang korang dah tau kaitan rupa paras & duit dengan tarikan seseorang. so jangan emo-emo pasal Siti Nurhaliza kawen ngan Datuk K & Zizie Ezette kawen ngan Bung Mukhtar...haha~ =p

p/s/s/s: aku try cari video rancangan Oprah ni kat youtube tapi tak jumpa. kalau ada sesiapa yang jumpe dan dapat download, tolong bagitau yek...hehe~ ;)

6 comments:

Unknown said...

halamak. gile ah. buat tips memikat plak kat sini. hahaha

btw, aku mmg suka Oprah talk show ni. best siot

manueng said...

aish...mane ade tips...ni diskasen psikologi n sains...huhu

aku pun suke...kalo la talk show kat msia ni best camtu...huhu

Afiqah / Cha'a said...

wahhh sukelah! sgt informative! :) share more!

manueng said...

cha'a: tq...ni juz translatekan dr website oprah je...sori la kalo quality translation ni cam hampeh...diriku bkn bdk benl~ =p

Afiqah / Cha'a said...

hohh!! ok sajohhh! xde kesalahan bhs d mne2 pn. ahahaha. (*ye je ak nih)

manueng said...

haha...baru je nak hepi...haha~ =p

Anda juga mungkin berminat untuk membaca entry ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...