klik klak kluk

klik jangan tak klik

Followers

Monday, February 28, 2011

satu hari satu foto (episod 55)


Melepasi Sempadan

Tarikh: 26 February 2011
Lokasi: Rotherham


p/s: Sebak lepas tonton video INI. Bersyukur dengan apa yang ada. Alhamdulillah~

Sunday, February 27, 2011

FSTS 7: Manchescter




Sebelum aku sampai ke UK ni, aku dah bagitau kat sorang kawan aku yang belajar kat UK ni, Zul, yang aku akan pergi ke UK. So dia pun siap-siap la bagi nombor telefon dia, pastu pesan supaya contact dia bila sampai nanti. Ye la, tempat aku ni (Rotherham, Sheffield) tak jauh dari tempat dia (Manchester). In fact, flight aku akan turun kat Manchester pun.

So lepas a few weeks aku kat sini, dia call aku. Dia excited nak jumpa. Seboleh-boleh ajak aku pergi tempat dia. Nak bawak aku pergi Old Trafford katanya. Kebetulan masa dia call aku tu, 2 minggu before Manchester Games (MG). Bagi yang tak tau, kat UK ni, hampir setiap bulan ada dianjurkan acara sukan oleh student Malaysia yang belajar kat sini. Kawan aku (bukan Zul) yang bagitau la. Bukan aku yang reka sendiri fakta ni. Huhu. So, Zul ajak la kitorang attend MG tu. Boleh jugak jumpa Malaysians yang lain. Boleh buat kawan. Kalau mantap sikit, boleh buat awek sekali. Oops....marah akak tu kang...huhu~ =p



So aku beli la tiket train secara online. GBP13 (RM65) untuk tiket pergi balik. Tiket ni aku beli 2 minggu lebih awal. Bila seminggu kemudian aku check balik, harga tiket dah naik jadi GBP16.50 (RM82.50) sehala. Gilo punye mahal. Nasib baik la aku beli awal. Alhamdulillah~ :)


Tips:
Beli tiket secara online. Beli awal-awal. Makin lambat, makin sikit tiket murah. So dapat tiket mahal je la kalau lambat beli tiket.



Hari pertama (11 February 2011)


Sampai je kat Manchester Piccadilly (nama stesen), Zul ajak aku makan kat rumah kawan dia. Makcik kawan dia datang melawat. Dia masak 6 lauk untuk dinner tu. Tu la first time aku makan meal dengan lebih daripada 2 lauk sejak aku sampai kat UK ni. Nak lagi best, tu la first time aku makan ikan sejak sampai kat UK. Makcik tu masak asam pedas ikan apa ntah, ayam goreng, ikan kering goreng, ulam, ikan goreng dengan apa ntah lagi. Memang aku makan dengan muka tak malu nye la. Balun kaw-kaw. Mengambil peluang sepenuhnya. Ntah bila lagi la aku dapat makan macam tu. Sebab tu la aku balun habis. Haha~ 

Then Zul bawak aku pergi ke hall dia. Light off. Tidur.



Hari ke-2 (12 February 2011)


Hari ni MG berlangsung. So aku gerak dengan Zul pagi-pagi lagi. Event sepatutnya start pukul 8.30am. Tapi, macam biasa, budaya Malaysia masih menebal dalam diri student Malaysia ni, so jadi lambat. Bila dah start event, Zul suruh aku n house mates aku pergi kat tempat Malaysian Food Fair (MFF) sebab dia tak dapat nak entertain kitorang. Dia main squash. So aku n house mates aku pergi la ke MFF. Sempat la kitorang pekena nasi lemak, nasi kerabu n laksa johor. Dah lama tak makan benda ni semua. Melepas rindu. Hehe ;)


Opening ceremony



Bergambar kenang-kenangan bersama akak-akak penjual kat salah satu gerai kat MFF


Then kitorang singgah University of Manchester. Tangkap gambar sikit. Bangunan kat situ cantik. Senibina dia style bangunan lama. bangunan pulak sederet dengan muzium Manchester. Bangunannya bersambung pulak siap. So kitorang tangkap gambar la sikit kat situ.


Pintu gerbang University of Manchester



Tak tau la apa nama bangunan ni.


Pastu lalu depan muzium Manchester. Tengok kat pintu tu tertulis 'Free entrance'. Benda-benda free ni jangan ditolak. Hehe. Kalau ikutkan, benda kat muzium lebih kurang sama je dengan muzium kat mana-mana pun. Mungkin disebabkan dana diorang ni banyak, so diorang mampu bawak artifak dari serata dunia untuk dipamerkan kat muzium tu. Even mumia ori yang dari mesir pun ada kat situ. Kalau kat Malaysia, mesti replika je, huhu. Selain tu, kat sini, pihak muzium benarkan pengunjung tangkap gambar dalam muzium. Aku tak tau la kat tempat lain kan. Tapi dulu time aku pergi muzium Kuching, pihak muzium tak benarkan pengunjung tangkap gambar dalam muzium. Tak ke bodoh tu. Bagi orang Malaysia mungkin takpe la kot. Tapi bayangkan pengunjung luar negara yang datang ke situ. Dah datang dari jauh, terbang separuh bumi nak datang ke Kuching, pastu tak dibenarkan tangkap gambar benda yang takde kat tempat diorang. Konpem diorang bengang punye. Ada satu lagi benda yang menarik pasal muzium ni. Biasanya, kita tak dibenarkan sentuh barang-barang pameran kat muzium. Tapi kat muzium ni, ada sudut untuk kita pegang bahan pameran. Siap ada papan tanda 'Please Touch'. Tu belum lagi aku cerita pasal ada nursery dalam muzium ni. Ye la kan, budak-budak mana la minat benda-benda sejarah ni. So, diorang sediakan nursery kat dalam muzium dan bahan mainannya pun ada kaitan dengan bahan pameran dalam muzium tu. Bagus =)


Kat sudut untuk pegang bahan pameran.



Kat pintu masuk muzium Manchester.


Petang tu ada match bola. Manchester United lawan Manchester City. Derby match. Tapi kitorang kat sport centre. Cane nak tengok? Terpaksa la pergi ke pub. Ni first time aku masuk pub. Pub tau. Bukan disco. Disco tu yang ada orang menari terkinja-kinja. Pub takde gitu. Tapi still budak bawah umur tak dibenarkan masuk. Ade tukang check ID kat pintu masuk pub tu. Tapi maybe disebabkan aku tak cukur janggut n misai, nampak tua la kot. So dia biar je aku masuk. Tak check pun. Kalau check pun takpe. Aku dah 24.


Wisel penamat; Manchester United 2 - Manchester City 1


Malam tu Zul bawak kitorang makan kat Al-Jazeera, pekena nasi arab. Sedap tak ingat. Relatively murah la untuk harga makanan kat UK ni. Dah la portion nye banyak. Memang puas hati. Hehe ;)


Al-Jazeera, Rusholme, Manchester,



Nasi arab + 1/2 ayam. GBP4 (RM20)



Nasi arab + daging kambing. GBP5.40 (RM27)



Hari ke-3 (13 February 2011)


Destinasi hari ni cuma satu. OLD TRAFFORD!

Kitorang naik bas je la. Nak naik teksi pun boleh tapi mahal la. Lagipun kitorang gerak pagi, so jalan tak jam. Bas kat UK ni pulak punctual. Takde la macam StupidKL RapidKL.Bikin panas hati aku je. Huhu. 


Tips:
Kalau nak tanya pemandu teksi, jangan bukak pintu teksi n tanya macam yang kita selalu buat kat Malaysia. Kalau buat macam tu, automatik dia caj GBP5. Dengan berbuat macam tu, kita dah dikira terima servis dia. So kalau nak tanya, just ketuk cermin tingkap pemandu teksi supaya dia turunkan cermin. Then korang boleh tanya.


Then kitorang sampai ke Old Trafford. Tiket untuk stadium tour kat Old Trafford berharga GBP11.50 (RM57.50).


Bahagian depan Old Trafford



Kat dalam The Red Cafe



Kat dalam muzium Old Trafford



Kat padang Old Trafford



Kat players' changing room.



Kat tempat interview.



Kat tunnel masuk padang.



Jadi benchwarmers =p



Kat kedai souvenir.


Lepas puas jalan-jalan kat Old Trafford, kitorang balik hall Zul n kemas-kemas nak balik. Train aku pukul 2.20pm. Gerak dari hall Zul pukul 2pm. Zul relax je. Dia kata sempat punye. Masalahnya, nak dah sampai ke stesen keretapi, nak kena cari platform mana nak naik. Dah la baru first time naik kat sini. Aku sampai kat stesen pukul 2.18pm. Gelabah gila dah aku time tu. Ada dua sebab. Satu, kat UK ni, diorang punctual gila. Takde delay-delay macam KTM. Dua, Kalau terlepas train, nak beli tiket baru bapak la mahal. So, sampai je kat stesen, aku terus pergi cari info screen, tengok kat mane platform yang aku patut pergi. Aku naik je train, train gerak. Nasib baik sempat. Phew~ =)


Tips:
Sila berada kat tempat korang nak naik public transport tu before masanya. Public transport kat UK sangat reliable. Punctual. Tak kira la sama ada public bus, train, tram, teksi or even kereta upah. Kat bus stop ada jadual ketibaan public bus. Dan jadual tu bukan setakat perhiasan. Bus akan betul-betul tiba pada masanya.


Untuk tengok lagi banyak gambar-gambar kat sana, klik SINI



p/s: esok pagi banyak benda nak kena setel....adui~

p/s/s: aku follow blog ni tadi...


satu hari satu foto (episod 54)


Play Time

Tarikh: 26 February 2011
Lokasi: Ferham Park, Rotherham

Seronok jadi budak kecil. Takde apa dalam dunia ni yang merisaukannya. Kita pun dahulunya begitu.


p/s: masa senggang hampir ke penghujungnya....adui~

Saturday, February 26, 2011

Oscar datang lagi~

Image by www.oscar.org

Aku ni memang jenis yang suka layan movie. Kalau layan lagu tu, takde la suka sangat sebab aku tak boleh study (subjek hafal-hafal) and tidur sambil dengar muzik. Bila tak buat dua benda tu, aku akan isi masa lapang dengan layan movie. So, aku tak kisah sangat kalau tak dengar lagu-lagu. Kecuali la bila aku kena edit gambar dengan jumlah yang banyak. Album client ke, gambar jalan-jalan ke. Yang tu memang aku buat sambil dengar lagu la.

Aku jugak bukan jenis yang layan game. Kalau main game lumba kereta, accident je memanjang. Kalau main game bola, bolos je memanjang. Kalau main game lawan-lawan, kena belasah je kerjanye. Memang tak berbakat. Game yang aku main sekarang ni cuma 3; Chess, Solitaire and Sudoku. Hohoho~ =p

Macam biasa, aku dah jauh melalut. So kembali kepada topik utama, Oscar. Ahad ni, 83rd Academy Awards atau biasa orang sebut Oscar, akan berlangsung. Biasanya, bila musim Oscar tiba, aku suka tengok calon-calon Best Picture. Sebab apa? Sebab aku akan copy movie daripada kawan-kawan aku yang rajin download movie. Biasanya aku akan request kat diorang supaya download movies yang tercalon untuk Best Picture award tu. Masa aku kat matrik dulu, aku and bebudak dorm aku suka outing pergi tengok wayang. So, time musim Oscar, memang calon-calon Best Picture la yang kitorang layan. Hehe;)

Bukan apa. Biasanya, calon-calon Best Picture ni memang tak mengecewakan. So kalau pergi tengok kat pawagam pun takde la rasa rugi. Kalau pergi pawagam tengok Anak Mami ke, 2 Alam ke, or Sembilu, memang rugi la. Bukan nak kutuk filem Melayu. Even filem Hollywood pun, tak semua aku rasa berbaloi untuk belanjakan RM10 kat pawagam. Contohnya cerita pasal binatang yang mengancam manusia macam Anaconda, Piranha 3D etc., or cerita filem aksi macam Predator. Sebab filem macam ni kita boleh agak kesudahan dia. Last-last hero ngan heroin selamat. Bosan.

Aku ingat lagi masa kat matrik dulu tu, kitorang dah sampai pawagam tapi tak tau nak tengok movie apa. Then aku teringat, dalam paper hari sebelumnya, ada artikel pasal pemenang Oscar. Tahun tu filem Million Dollar Baby menang Best Picture. So kitorang tengok la movie tu. Memang berbaloi la. Masa cerita tu habis, satu pawagam tu still terdiam. Cerita tu sad ending. Sampai sekarang cerita tu antara my favourite movie. Hehe ;)

photo from wikipedia

So Filem mana yang tercalon untuk Best Filem Oscar tahun ni? Ini senarai calon-calonnya:





  • Black Swan - Mike Medavoy, Brian Oliver and Scott Franklin, Producers


photo from wikipedia

  • The Fighter - David Hoberman, Todd Lieberman and Mark Wahlberg, Producers
photo from wikipedia




  • Winter's Bone - Anne Rosellini and Alix Madigan-Yorkin, Producers
photo from wikipedia



  • True Grit - Scott Rudin, Ethan Coen and Joel Coen, Producers
photo from wikipedia

  • The Kids Are All Right - Gary Gilbert, Jeffrey Levy-Hinte and Celine Rattray, Producers
photo from wikipedia

  • Inception - Emma Thomas and Christopher Nolan, Producers
photo from wikipedia

  • Toy Story 3 - Darla K. Anderson, Producer
photo from wikipedia

  • The Social Network - Scott Rudin, Dana Brunetti, Michael De Luca and Ceán Chaffin, Producers
photo from wikipedia

  • The King's Speech - Iain Canning, Emile Sherman and Gareth Unwin, Producers
photo from wikipedia

  • 127 Hours - Christian Colson, Danny Boyle and John Smithson, Producers
photo from wikipedia


Tapi sekarang ni aku kat UK. Nak pergi tengok wayang, mahal wooo. So aku download sendiri je la. Alang-alang internet laju kat sini. Malam semalam saje aku dah download 14 movies. Purata masa untuk complete download satu movie kat sini 5-7 minit. Memang Terbaek. Hohoho~ ;)

Agak-agak, filem mana yang akan menang Best Picture? 



p/s: mari sambung download....muahahaha~

satu hari satu foto (episod 53)


Damai

Tarikh: 6 March 2010
Lokasi: Tanjung Malim


p/s: perut merayu supaya diisi~

Friday, February 25, 2011

Gilo murah!~

Salam. Skang ni DFChannel Photography duk buat promosi portraiture photoshoot. Korang dapat 1 sesi outdoor photoshoot selama 45 minit, sekeping gambar bersaiz 8R dan 1 CD softcopy gambar-gambar korang. Harga? RM42 je! (harga biasa RM135....so korang jimat 69%)

Promosi ni hanya untuk tempoh 1 March 2011 - 31 May 2011. So, kalau korang tengah kurang berduit dan perlukan photographer untuk tangkap gambar outdoor portraiture korang, tak kira la korang ni pasangan baru bertunang ke, pengantin baru ke, nak buat family portrait ke, hatta nak buat outdoor portraiture of diri korang sorang-sorang je pun, takde hal.

Kalau berminat, boleh tempah sesi photoshoot korang. Sila call 014-6690145 or emailkan kepada dfchannel.fit@gmail.com



Untuk maklumat lanjut, sila klik iklan nuffnang kat sebelah kanan tu. Kalau korang baik hati nak menderma kat aku la. Itu pun kalau iklan tu masih ada. Kalau tak pun, sila la klik.....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ala...klik la iklan tu... (kalau iklan tu still ada la)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ye la...ye la...klik miLKADeAL



p/s: Kalau aku ada kat Malaysia dalam tempoh tu, rasa macam nak tempah je dua sesi. Satu dengan mak aku....satu lagi dengan makwe aku....kui3~ =p

satu hari satu foto (episod 52)


Not a Pano: Old Trafford

Tarikh: 13 February 2011
Lokasi: Old Trafford, Manchester


p/s: perap daging kambing~

Photographer untuk project Hanis Zalikha


Anda tahu siapa Hanis Zalikha? Tak tahu? Takkan tak tahu kot. Dia tu blogger famous kat Malaysia nih. Pernah satu masa (a few months back tak silap aku) sibuk orang bercakap pasal Hanis ni kalahkan Datuk Siti Nurhaliza dalam ranking carian Google terbanyak. Maknanya, lebih banyak orang duk cari pasal dia kat Google berbanding pasal Datuk Siti Nurhaliza. So, kalau Datuk Siti nak naikkan ranking dia, dia kena bagi Datuk K pasang Hanis jadi madu dia. Baru la sama-sama naik. Haha. Tapi takkan la Hanis berminat dengan suami orang kot. Datuk K pulak tu. Kalau sultan Brunei takpe la jugak. Hensem. Jangan salah faham. Aku bukan gay. Huhu~ =p

Baik. Jangan melalut. Berbalik kepada topik asal. Aku duk baca blog Hanis ni tadi. Dia tengah cari kot la ada mana-mana event photograper yang perlukan publisiti atau nak dipromotekan atau featured kat blog dia, boleh la join project dia yang akan datang. Ye la kan, berkerja dalam project orang yang ada nama, sikit sebanyak boleh buka lebih banyak peluang kepada project yang akan datang. Kot la ada orang berminat dengan hasil kerja korang. Murah rezeki, dapat project baru. Ye dok? ;)

Tapi, bukan boleh join camtu je. Kena hantar resume (portfolio korang la kot) kat email dia,




So, kalau korang ni merupakan seorang yang baru menceburi perniagaan dalam bidang fotografi ni, dan berhajat nak bergerak dengan serius, mungkin korang boleh consider peluang ni. Cuba la. Tuah ayam nampak di pinggan KFC, tuah manusia Allah je yang tahu. Huhu~ ;)

Kalau nak baca entry pasal ni kat blog dia, klik SINI


Thursday, February 24, 2011

satu hari satu foto (episod 51)


Gloomy

Tarikh: 13 February 2011
Lokasi: Old Trafford, Manchester


p/s: dapat diskaun untuk council tax....yay!~ ;D

Wednesday, February 23, 2011

satu hari satu foto (episod 50)


Peace


Tarikh: 13 February 2011
Lokasi: Old Trafford, Manchester


p/s: payahnye la nak donlod...haih~

Tuesday, February 22, 2011

BIADAP!

Salam.

Jangan takut. Ni bukan entry emo-emoan. Juz sebuah entry tentang bahasa. Tahukah korang bahawa perkataan Bahasa Melayu yang original, yakni bukan dipinjam atau derived from bahasa lain cuma ada 3 perkataan je. 'Babi' salah satu daripada 3 perkataan tu. (Aku pun tak tau dari mana sumber fakta nih...huhu=p) Banyak perkataan dalam Bahasa Melayu dipinjam atau derived from bahasa lain seperti bahasa Arab (contoh: nikah, kalam, wajah, etc.) dan Inggeris (contoh: komputer, eksperimen, aplikasi, etc.). 

Jadi aku terfikir pasal perkataan 'biadap'. Dalam bahasa Indonesia ejaannya ialah 'biadab'. Aku anggap perkataan ni derived from perkataan dalam bahasa Arab, 'adab'. Seperti yang korang tau, 'adab' maksudnya 'sopan'. 'Bi' pulak bermaksud 'dengan'. So, cuba perhatikan, sepatutnya bila digabungkan dua perkataan ni, maksudnya akan jadi 'dengan sopan' or 'beradab'. Tapi kenapa bila digabung dua perkataan ni, maksudnya jadi  berlawanan?

Bi + Adab = Biadab

'dengan' + 'sopan' = 'kurang ajar' <--- tiba-tiba maksudnya jadi negatif.



Mengapakah?



p/s: takde keje~

satu hari satu foto (episod 49)


University of Manchester

Tarikh: 12 February 2011
Lokasi: University of Manchester


p/s: perut tak selesa...pasti angkara udang kering...huh~

Monday, February 21, 2011

satu hari satu foto (episod 48)


The Tower

Tarikh: 12 February 2011
Lokasi: University of Manchester


p/s: pekena fresh milk + blueberry =)

Sunday, February 20, 2011

satu hari satu foto (episod 47)


Burlington Street


Tarikh: 12 February 2011
Lokasi: Manchester


p/s: aku nak kawen~

Saturday, February 19, 2011

satu hari satu foto (episod 46)


The Door

Tarikh: 12 February 2011
Lokasi: University of Manchester


Dah macam lukisan la pulak aku tengok. Huhu~ =p


p/s: Berkira-kira nak ke London next month....kumpul duit mode~

Friday, February 18, 2011

satu hari satu foto (episod 45)


Waiting for The Spring
photo by Lukman

Tarikh: 12 February 2011
Lokasi: University of Manchester


p/s: hanya sempat menikmati siang selama beberapa jam~

Thursday, February 17, 2011

satu hari satu foto (episod 44)


Dull

Tarikh: 12 February 2011
Lokasi: University of Manchester


p/s: dah lama tak layan muvi...huhu

Wednesday, February 16, 2011

satu hari satu foto (episod 43)


Santai


Tarikh: 12 February 2011
Lokasi: Sugden Sports Centre, Manchester


p/s: takde kerja....takde kelas....bosan la pulak~

Anda juga mungkin berminat untuk membaca entry ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...