klik klak kluk

klik jangan tak klik

Followers

Thursday, January 7, 2010

060110: hari kesakitan


wohoho.... (bunyi hepi before sakit)

semalam aku bangun awal (walaupun tak la awal sangat sebenarnya) sebab nak jumpa Dr. Erry Adesta (supervisor FYP aku). dah masuk minggu ke-5 baru la aku & partner nak mula kerja. memang terasa cuak-cuak basah jugak la bila bayangkan diriku ini akan disembur oleh beliau (risaukan diri aku je la...kalau partner aku nak kena sembur aku tak kisah pun...lalala~). tapi agaknya hari ni mood dia baik kot. ok je. as if aku & partner dah buat banyak research. ini la yang dinamakan rezeki....hoho~ =)


pemandangan pagi dari bawah tangga admin building.
(maaf, kualiti gambar adalah pada tahap sampah sarap)


lepas keluar dari bilik Dr. Erry aku pun cepat-cepat ke kelas. sebabnya jam dah menunjukkan pukul 10.15am. aku dah lewat 15 minit. aku sampai je kat kelas (E0 level 4), sorang cucu Adam pun takde. dah risau dah ni. kot la ada kuiz ke kan (kelas ni kecik je...so maybe diorang pindah ke kelas lain untuk jawab kuiz). aku try call ilmam (classmate aku) tapi dia tak jawab. cess....

try la sms pulak. aku send sms kat jimo, zaki & qayyum.


"teet...teet...", enset nokia 1200 aku berbunyi.

sms yang aku terima adalah seperti berikut:

"kelas CIM kite kul 11.30am la"

aiseh....silap kelas la aku. sekarang patutnya kelas microprocessing. patut la kosong je kelas ni. dem...

sampai kat kelas microprocessing (E1 level 4), kelas dah start setengah jam yang lepas. buat muka selamba je masuk kelas lambat. tak lama lepas tu ade student lain pulak yang baru datang. so at least, aku bukan la yang paling lambat...hohoho~




~*~*~*~*~*~*~



semalam jugak aku pakai kasut yang baru aku beli wekend lepas. entah apa yang tak kena, keting aku sakit. melecet jadinya hah. cutting kasut ni tak sesuai dengan kaki aku yang sasa ni kot. haha~......lepas ni kena cari kasut lain la. mmmm....



ni la kasut yang mencederakan aku.

so, kaki aku yang melecet tu adalah kesakitan pertama yang aku alami semalam. tunggu. ada lagi....



~*~*~*~*~*~*~



ok....aku nak tanye satu soalan. antara jari telunjuk, hantu, manis & kelingking, mana satu yang paling kurus?
kelingking?
kebiasaanya memang macam tu. tapi tidak bagi aku. not yesterday.
pangkal jari kelingking dah sama besar dengan pangkal jari hantu. huhu~
selalunya bila masuk waktu zohor aku solat zohor kat musolla kaed. sebab dekat dengan cafe & kelas. so tak payah la nak berlari-lari ke sana-sini. dengan tenang dan niat yang suci, aku mula buka pili air untuk berwudhuk. tiba-tiba ada seekor hamba Allah keluar dari lubang pili tu lantas menyengat jari kelingking aku. sakit. sakit sikit je~

maka jariku yang slim bagai anak dara sunti tetiba bertukar menjadi kak bedah beranak 3 yang gemuk dan memrlukan khidmat marie france bodyline. ini adalah kesakitan kedua untuk hari tersebut.



gambar asal



kak bedah anak 3 & linda si anak dara berbikini. kak bedah tak mau kalah ngan linda.
wuwuwu~ T_T (bunyi time sakit)




~*~*~*~*~*~*~



sebelah petang nye ada kisah kelakar la pulak (pada aku la...haha~). kisah di mana aku kantoi mengata ustazah aku. bagi sebahagian budak engineering UIAM, nama ustazah asiah aling yang mengajar subjek FKM or FIM kat matrik UIA PJ adalah nama yang tak asing. bagi budak yang sekelas dengan aku, ustazah ni garang. itu pendapat kitorang la.

so begini ceritanya. aku layan facebook petang tu. then aku ternampak gambar hari terakhir kelas FIM dalam photo album salah seorang friend aku kat facebook (dia ni junior, masih kat PJ). caption yang dia letak kat gambar tu berbunyi "klas FIM terakhir...ustazah asiah best!~"

gambar tu agak blur. so aku tanya kat ruanagan komen gambar tu.

"ustazah asiah aling ke tu?" aku cuba dapatkan kepastian. sebab dia kata ustazah asiah best. tp kalo betul la yang dalam gambar tu ustazah asiah, garang orangnya.huhu~

"yup...beliau" dia jawab ringkas.

aku reply balik, "best?bukan garang ke ustazah ni?huhu~"

dia jawab, "best je...sporting gile...tapi tak tau la dulu..."

maka bermula la sesi kata-mengata aku. "peh...memang berbeza la kalau gitu...tak kena rubbish takpe...huhu~"

'rubbish' tu merujuk kepada peristiwa group aku kena rubbish dengan ustazah ni time buat presentation. dia kata, "what is this? this is rubbish. redo it or you'll get only 2 marks out of five". trauma jadinya aku bila mengenangkan kisah tersebut....haha~ =p

ok sambung balik kisah facebook tadi.

komen yang tertulis kat gamba tu selepas komen aku yang kat atas tadi reads like this:

"...and i am reading..."

nak tau siapa yang komen tu? haaa...tak lain dan tak bukan. ustazah asiah aling.

aiseh...kantoi la pulak....haha~

nak tengok gamba and baca komen tu pergi kat link ni.




~*~*~*~*~*~



pengajaran untuk kita hari ni:

1) sabarlah dengan segala dugaan.
2) jangan mengata orang. haha~ =p

2 comments:

Anonymous said...

tak baik kau mengata ustazah mcam tue..Ustazah Asiah tue baik tau..walaupun ada la garangnye...tp dia best n sporting...kan dh kantoi...hahaha

manueng said...

haha...ntah la...mebi time dia ajar kitorg tu kot dia tlebih garang sket...huhu

Anda juga mungkin berminat untuk membaca entry ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...