klik klak kluk

klik jangan tak klik

Followers

Saturday, March 27, 2010

business card & print gambar


di kala sibuk nak exam. di kala kelam-kabut nak siapkan FYP. di kala itu jugalah kita digalakkan meng'update' blog. *malaun mana la yang ajar ko ni faiz?...haih~*


baiklah. biar entry kali ni straight to the point dan ringkas. jumaat lepas aku ke Gaga kat danau kota. Gaga ni ialah kedai print gambar. tujuan aku ke situ sebab nak mintak quotation harga untuk print album gambar perkahwinan. actually bukan for wedding album je. kedai ni terima apa saja jenis album yang korang nak print. tapi dalam kes aku ni, wedding album la. aku tanya harga untuk album biasa (120 4R photos + custom-made-cover sticky album) and storyboard.


aku tanya la akak staf kedai tu pasal harga cuci gambar and beberape soalan relevan yang lain. bila aku tanya pasal size story board, dia tanya aku,


"biasanya adik buat macam mana?"


"biasanya? ni first time kak. ni first job saya." aku bagitau. pastu dia pun bagitau la size nya. lepas tu aku tanye pasal harga album biasa pulak.


"harga kalau print gambar sekali dengan sticky album berapa kak?"


"adik biasa buat macam mana?" dia tanye aku lagi. soklan sama pulak tu.


dalam hati aku kata gini "aik? kan tadi aku dah kata ni first time aku buat benda-benda macam ni". tapi tu dalam hati je la. aku jawab bebaik.


"kak, ni first time. ni first job saya ni."


nasib baik soalan-soalan aku lepas tu dia tak jawab dengan "adik biasa buat macam mana?". kalau tak panas jugak aku. huhu.


tapi ada satu point penting dia bagitau. "macam ni la. adik datang kemudian bawak business card. kalau tak kami caj harga lain." (kalau ada business card boleh dapat harga photographer which obvoiusly cheaper. kalau tak aku tak kisah pun dengan 'harga lain' tu)


then aku balik UIA and siapkan storyboard client aku mengikut size storyboard yang akak tu dah bagitau tadi. then bila dah siap, aku design pulak business card aku. aku buat simple je. dah la tak reti bab design-design ni. yang aku duk pikir cuma nak buat design simple supaya boleh siap print cepat. then boleh la aku guna untuk print storyboard aku cepat. sebab client dah tanya dah bila gambar kawen diorang nak siap. huhu=p


so pagi semalam selepas sarapan pagi dengan my other half, aku pergi la kedai untuk buat business card aku. nama kedai tu Platinum Print House. terletak kat Jalan Langkawi, danau kota. dekat yang teramat dengan Gaga tu. elok sangat la tu. lepas siap business card boleh la pergi print gambar terus.


time nak print business card amoi kedai tu mintak thumbdrive aku sebab aku kata aku dah design sendiri business card aku. mak aku pun ikut masuk kedai sekali. bukak je thumbdrive, hilang pulak file tu. folder dia still ada tapi takde isi. aku keluar balik dari folder tu. tengok balik kat thumbdrive aku. macam-macam ada dalam thumbdrive aku time tu. nasib baik takde benda pelik-pelik (benda pelik-pelik?...hmm...). dah la mak aku duk tengok sama. dia berdiri belakang aku. nasib baik la thumbdrive aku suci murni. cuma tak suci dari virus-virus benci. siot la. corrupt la pulak file tu. terpaksa la aku amek semula file tu kat uia.


later that evening, lepas family aku balik, aku pergi sendiri ke Platinum tu. setengah jam je siap business card aku. 100 keping. laminate type paper. rm34. kalau yang biasa punye paper je rm24.

ni la business card aku yang 'asal ada' aje. huhu~

then aku pergi ke Gaga plak and setelkan hal storyboard aku. kali ni yang sambut aku kat Gaga bukan akak hari tu. kali ni akak yang lebih muda dan lawa. betul ke akak? maybe lagi muda kot. tapi sebagai tanda harmot panggil akak je la. nak panggil 'saudari' macam poyo la pulak. takkan nak panggil 'cik adik' kot. cam menggatal je bunyinye. marah plak maam aku kang. huhu~


bila dah setel semua baru la aku teringat pasal 'harga photographer' tu. so aku tanya la akak tu,
"kena bagi business card ke?"


"tak payah. tapi nak bagi pun takpe", dia jawab sambil ambil business card aku and letak kat satu kotak kecik yang penuh dengan business card orang lain.


ceh....aku ingatkan dia nak kepilkan business card tu kat resit or something like that supaya bleh remind dia untuk bagi aku harga photographer. buang masa aku je buat card. rupanya dia just assume orang yang datang buat wedding album adalah photographer. kalau macam tu sesiapa pun boleh dapat harga photographer. huhu~


p/s: cuci gambar 4R, harga biasa rm0.60. harga photographer rm0.40. certain kedai pulak rm0.30. kalau harga gambar + album pulak berape? storyboard? memang lagi murah. hehe~ ;)


p/s: tadi kata nak straight to the point & ringkas. sekali jugak.....huhu~ =p

10 comments:

Unknown said...

wah wah! berapa rm weh? aku teringin nak print personal custom album. yang ko buat story board tu macam mana. adeh..nak tau gak! haha

eh..nais card la. simple n kemas :)

gudlak exam. aku tade exam. teeeheee

manueng said...

kalo sticky album (custom design cover) 13inch x 13inch + 120 4R photos = rm35

namun, jika dibeli sticky album tu saje hargenye rm75

terkejut?huhu...aku mmg terkejut time dia bgtau pasal nih

story board tu yg kite design sendiri layout stiap page dia. same ngan custom album kot. aku pun xtau nama betul dia. story board?story album? photobook? custom album? ntah...aku men panggil story board je.huhu

story board 8inc x 12inch, 22 pages (stiap keping dia guna benda cam cardboard. kulit pun design sdiri. harga rm190.

harga both album bese n story board varies ikut size n brape keping gambar (bg album bese)

print la hasil keje ko...gamba ko lawa2. print leklok wat portfolio, pastu bwk g photo gallery. untung2 dpt wat exhibition=)

pasal card tu...thanks=)
pasal xm pun thanks=)

ko mmg la xde xm dah. aku pun dah x saba nak keje mcm ko. malas dah nak blaja...huhu~

Unknown said...

smart giler bisnes card ko

manueng said...

edy: bese2 je tu...tq=)

casanova said...

bro,buat dekat mna sticky album tu :) berminat laa

manueng said...

casanova: kat gaga digital printing kat danau kota

bebeldotsorang said...

Kedai gaga ni leceh sikit..bnyk dh kena mcm awak..tekanan je haha

manueng said...

kalo first gitu la kot...sbb lpas2 tu xde pun gitu...hehe...asalkan dia familiar ngan muka kite je kot...hehe

Shikin said...

saya baru je pergi kedai gaga selasa lepas. ya soalan yang sama di Tanya (tak sangka dah 3 tahun soalan masih sama) saya pun 1st time hantar artwork untuk story book. bisnes kad plak takde, haih, mgkn die akan bagi lagi murah kalo ade kad :)

printingmurah2u said...

Salam..blogwalking..

Kami menawarkan perkhidmatan percetakan dengan harga yang berpatutan..

sila layari website kami:
www.printingmurah2u.com.my

Anda juga mungkin berminat untuk membaca entry ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...