klik klak kluk

klik jangan tak klik

Followers

Tuesday, October 26, 2010

CONTEST MORTAR BOARD : The Beauty In Ugly

Salam. Aku tak pernah nak join contest-contest kat blog-blog nih. Tapi kali ni member aku, Edy ada buat contest yang cambest. Kenapa cambest? Sebab melibatkan gambar convo. Aku ni baru lepas convo. So rasa semangat la sikit nak join. Huhu. Kalo yang takde gambar pun boleh join contest ni untuk kategori ucapan kepada tuan blog tu aka si Edy. Ni hah contestnye.



Sila klik untuk menyertai contest ni. =)


Hadiahnya?



Haaaaa....menarik tak? Maka jangan tunggu lama-lama. Join jangan tak join. Tarikh tutup dah dekat. 31 Oktober 2010.

Ni pulak aku punye gambar. Sebelum tu aku nak cerita dulu kisah di sebalik pengajian aku kat UIA nih. Masa aku first year dulu, aku pernah curi-curi masuk satu bilik simpanan buku-buku dan thesis-thesis kat UIA ni. Lepas tu aku tertarik dengan satu buku ni. Dia mencatatkan pasal fenomena di mana satu jasad boleh jadi berganda-ganda. Aku baca betul-betul dan lepas a few tries & errors, aku berjaya aplikasi ilmu tu. Maka aku tunjukkan la aplikasi ilmu tu dalam gambar aku ni hah.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tadaaaaa! Ilmu Kage Bunshin No Jutsu~ =p

Maka anda semua telah pun terpedaya. Of course la ni cerita bohong. Saja nak bagi ada kaitan dengan gambar. Takkan la aku nak curi-curi masuk bilik simpanan buku-buku dan thesis-thesis kot. Tak perlu nak curi-curi masuk pun. Memang student boleh masuk untuk buat rujukan. Library dan resource centre kan ada. Hehe ;)

OK la. Masa untuk tag kawan-kawan yang lain. Selamat mencuba yek~ ;)

Epah
Taro
Nono
Rash
11 Afif <-- photographer untuk gambar di atas
12 Ana
14 Shahir
15 Apek
16 Sidqi
17 Azlan
18 Yuslin
19 Hanim
20 Anep
21 Fairuz
22 Yatie
23 Shutbe
24 Banep
25 Pian

Uuuuuiih!!! Banyaknye!~
Saja tag 26 org....Sebab apa?
Sempena 26th IIUM Convocation Ceremony.....ngeh3~ ;)

Monday, October 25, 2010

Putih bersih

Saje nak tulis entri ni. Aku baru tukar warna background sebab sakit mata bila baca blog ni dengan background warna hitam. Dah lama dah aku perasan tapi tadi member aku, Taro duk tanye pasal ni. Tu pasal la aku ubah warna background. Iye la kan. Dah la blog aku ni sikit yang membacanya. Yang sikit tu pun rase susah nak baca. Lagi la jadi takde pembaca. So aku harap warna background putih ni lebih mesra pembaca. Terima kasih kerana menjadi pembaca blog yang serba kekurangan ni~ =)

Sunday, October 24, 2010

menara warisan merdeka dari pandanganku

Sejak kebelakangan ni sibuk diperdebatkan isu menara Warisan Merdeka yang bakal dibina di Kuala Lumpur.

"Menara Warisan Merdeka? Yang mana satu?"

"Ala...menara 100 tingkat tu."

"Owh...cakap la menara 100 tingkat."

Maka secara tak rasminya 'Menara 100 Tingkat' lebih dikenali berbanding nama sebenar bangunan tu. Mungkin dengan adanya perkata '100 Tingkat', lebih gah jadinya. Iye la kan. Petronas Twin Towers yang gah tu pun baru 88 tingkat. Ni kan pulak 100 tingkat. Lagi la gah. Berlumba-lumba nak bina bangunan pencakar langit ye. Huhu~

Baiklah. Aku taknak bincang pasal kos projek tu yang sibuk diperdebatkan. Ada yang kata lebih baik disalurkan kepada yang memerlukan. Ada yang sokong sebab dengan adanya bangunan tu akan menarik pelabur asing. Pendapat aku? Aku tak pasti. Aku tak mahir dalam hal ekonomi. Apa yang aku boleh cakap ialah kita kena utamakan yang mana lebih utama. Jangan sampai projek ni membawa pembaziran dan lebih teruk lagi, kerugian sudah la.

Aku nak bincangkan isu ni dari sudut lokasi projek tu. Aku tahu. Mesti ada yang anggap perkara ni remeh je kalau nak dibandingkan dengan isu kosnya tu. Tapi macam yang aku kata tadi, aku ni tak mahir hal ekonomi. Maka baik aku cakap dari sudut lain. Bila bercakap pasal lokasi projek tu, bukanlah bermakna aku ni mahir pasal senibina dan landscape. Cuma melahirkan pendapat berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang aku pernah lalui je la.

Aku secara peribadi tak bersetuju dengan lokasi projek tu. Sebabnya ialah projek tu terlalu hampir dengan salah satu bangunan bersejarah di negara kita ni. Bukan A Famosa tapi Stadium Merdeka. Memang dah lumrah, pusat bandar menjadi tumpuan kegiatan ekonomi dan sosial. Jadi tak hairanlah segala macam benda nak dipadatkan kat KL tu. Masalahnya ialah bila pembangunan dilakukan tanpa memelihara bangunan-bangunan bersejarah yang ada. Bila aku kata memelihara bangunan, aku tak hanya maksudkan memelihara keadaan bangunan tu saja tapi kawasan sekitarnya sekali.

Kalau kita perhatikan, Kebanyakan bangunan-bangunan bersejarah dibina sejak zaman penjajah lagi. Walaupun aku bukan la nak puji penjajah kita tapi aku akui diorang punya pelan perancangan bandar adalah baik. Jadi, masa diorg bina bangunan-bangunan bersejarah kat Malaysia ni dulu, diorang dah buat pelan supaya bandar yang cantik dan tersusun akan terbina. Tapi bila sampai kat tangan kita, habis buruk jadinya.

Sekali lagi aku nak tegaskan yang aku ni tak mahir berkenaan senibina dan landscape tapi pada pendapat aku, antara ciri-ciri yang membuatkan sesebuah bandar nampak cantik ialah banyak kawasan rumput yang luas atau padang (supaya nampak lebih lapang, tak sempit, hijau dan sedap mata memandang) dan binaan di atas bukit (baru la nampak grand sikit macam istana orang dulu-dulu).

Aku mula terfikir pasal ni bila aku balik ke tempat kelahiran aku, Johor Bahru. Seingat aku, Johor Bahru dulunya cantik. Tapi sekarang dah tak berapa nak cantik. Sebabnya ialah semuanya nak dipadatkan kat pusat bandar yang dah sedia ada. Sebagai contoh, aku masih ingat Dewan Jubli Intan JB yang dulunya cantik dengan kawasan sekitarnya ialah padang rumput yang lapang. Nampak grand je. Sekarang ni dewan tu dah diapit oleh bangunan Tabung Haji dan Johor Tourism Information Centre. Dah la kedua-dua bangunan tu lebih tinggi. Maka tenggelam la Dewan Jubli Intan tu. Dah tak grand macam dulu.

Dewan Jubli Intan (Dulu la...tapi aku tak dapat cari gambar yang nampak kawasan sekeliling) - nst.com.my

Satu lagi ialah Masjib Sultan Abu Bakar yang mana pada aku merupakan salah satu masjid tercantik kat Malaysia ni. Walaupun kedudukannya kat atas bukit, tapi ada pulak binaan tinggi berdekatan yang mengganggu pemandangan.

Masjid Sultan Abu Bakar - nomadlife.co.uk

Bangunan Sultan Ibrahim pulak pada aku still elok, walaupun kawasan sekitar tu dah ada macam-macam. Tapi sebab bangunan lain still lebih rendah daripada bangunan tu maka still nampak grand.

Bangunan Sultan Ibrahim - wikimedia.org

Cuba kita tengok sesetengah negara barat asia yang lain. Diorang pelihara kawasan sekitar bangunan bersejarah diorang. Contohnya kat China, Tiananmen Square dijaga supaya nampak grand. Peraturan ditetapkan supaya tak dibenarkan pembinaan bangunan yang lebih tinggi daripada Tiananmen Square kat sekitarnya. Sebab tu la masa persediaan untuk Olimpik Beijing 2008, Opera House China yang kalau diikutkan pelan lukisan arkiteknya bangunan tu lebih tinggi daripada Tiananmen Square, terpaksa dibina ke dalam tanah sikit. Maknanya seolah-olah bangunan Opera House tu ditelan bumi sikit. Haaa...punya la nak jaga Tiananmen Square tu. Huhu~

Tiananmen Square (commons.wikimedia.org).  Ada korang nampak bangunan tinggi kat sekitar tu?

Colosseum. Gambar atas (architectureabout.com). Gambar bawah (kmzlinks.com). Ni pun takde bangunan tinggi kat sekitar Colosseum ni. Walaupun jalanraya betul-betil sebelah Colosseum ni, tapi takde la sampai dibina flyover kejadah sume.

Eiffel Tower (visitingdc.com). Walaupun ada bangunan tinggi kat belakang tu tapi jauh. So tak mengganggu pemandangan. Ditambah pulak lagi dengan kawasan padang luas dan pokok-pokok kat bawah dia. Cantek.


Jom kita tengok Malaysia pulak. Mempersembahkan.....
.
.
.
.
.
.
.
.
....Bangunan Sultan Abdul Samad. Hadoi.....sakit mata aku tengok. Kalau ada pelancong tangkap gambar bangunan ni pun, mesti taknak buat untuk gantungkan kat dinding. Sebab bangunan ni tak stand out. Tenggelam dek bangunan-bangunan kat belakang tu. Sape la yang bodo sangat pergi luluskan pembinaan pengacau-pengacau tu sume. Cari la lokasi lain. Haih~


So mesti korang boleh bayangkan apa yang kan terjadi kat Stadium Merdeka kan? Dah la kawasan tu dah sarat. A few months back salah satu 'monumen' siap dirobohkan lagi (penjara Pudu). So aku harap betul lokasi projek Menara Warisan tu boleh diubah. Bawak la pergi tempat lain. Putrajaya ke kan. Huhu. Kalau ikut respon rakyat Malaysia kat facebook, rasanya yang tak setuju dengan pembinaan Menara Warisan tu lagi banyak. 700++ (setuju) vs 100000++ (tak setuju). Hari tu aku tengok berita kat tv pun sama jugak. Orang tak setuju dengan lokasi projek tu. Alasannya sebab takut traffic jam makin kritikal. Tapi biasa la, bila ada yang menentang, mesti ada yang sokong kan. Geng-geng yang sokong ni kata diorang yakin traffic jam tu bersifat sementara je, dan diorang yakin kerajaan dapat atasi masalah tu. Iye ke? Traffic jam yang ada sekarang ni pun tak setel-setel lagi. Haih~


p/s: macam mana pun, aku tak rasa projek tu akan dipindahkan ke lokasi lain apatah lagi dibatalkan. Dah ada duit nak masuk poket, peduli apa kalau orang tak setuju pun kan~ =p

Friday, October 22, 2010

hipokrit, ikhlas, baik hati

Salam. Lama tak menulis. Tanpa perlu berdolak-dalik, aku mengaku aku malas. Huahuahua. Tapi aku tak rasa ada effect pun kan. Bukannya ada orang yang tertunggu-tunggu aku update blog ni pun. Huhu~

Baiklah. Berkenaan tajuk kali entri kali ni, sebenarnya dah lama jugak la aku terfikir nak bincangkan isu ni. Asalnya aku nak letak tajuk "Perkataan 'hipokrit' disalahguna" tapi aku tukar la tajuk ni. Gunakan 3 terms je. Simple. Ala-ala 'Eat, Pray, Love'. <-- tetiba je~ =p


Print screen status FB kawan aku.
"Fitrahnya bila baik di dalam, automatik baik di luar" - Muhammad Ashraf

Pada pemerhatian dan pendapat aku, perkataan 'hipokrit' selalu disalahgunakan sekarang ni. Selalunya, 'hipokrit' digunakan untuk defend diri sendiri. Contohnya, golongan artis perempuan selalu guna perkataan ni bila watawan duk tanya pasal tutup aurat atau pemakaian tudung (ramai yang menganggap asal pakai tudung tu dah tertutup la auratnya).

Wartawan: Tipah, dalam drama terbaru Tipah, Tipah memegang watak sebagai sorang ustazah yang lengkap menutup aurat. Jadi adakah Tipah akan tukar imej pakai tudung lepas ni?

Tipah: Bukan tak mahu ikut perintah Allah. Tapi untuk diri saya, tidak dalam masa terdekat. Belum sampai seru lagi. Saya tak mahu pakai tudung semata-mata kerana sudah melakonkan watak ustazah dalam drama ni. Saya tak mahu jadi HIPOKRIT. Nanti la. Mungkin lepas saya dah berkahwin, saya akan kurangkan aktiviti seni saya dan tumpukan kepada keluarga. Doakan la agar saya dapat suami yang BERIMAN supaya boleh membimbing saya. Amin~


Sebagai bekas student UIA, aku teringat masa baru masuk UIA dulu, aku ada berjumpa dengan kawan-kawan dari universiti lain. Ini perbulan kitorang.

Mamat: Faiz, betul ke kat UIA wajib pakai tudung?

Aku: Haah.

Mamat: Ala, tak guna pun buat peraturan tu. Pakai tudung dalam kampus je buat apa? Keluar kampus free hair jugak. Lebih baik tak payah. Hipokrit je.


Pada pendapat aku, aku tetap sokong usaha UIA menetapkan peraturan untuk mewajibkan penjagaan aurat. Dari satu segi, ni boleh dianggap sebagai latihan. Walaupun memang betul si polan tak pakai tudung, tapi bila dah lama belajar kat UIA, dah lama 'dikerah' untuk pakai tudung, lama-kelamaan tudung akan jd sebati dengan hidup dia. Aku dah jumpa beberapa orang student UIA yang asalnya free hair tapi sebab dah biasa pakai tudung dalam UIA, bila keluar kampus pun dia tetap bertudung. Maybe Allah beri dia hidayah dan letakkan perasaan malu. Dan board of directors UIA pun mesti la tak nak tanggung dosa kan. So diorang buat peraturan gitu dan penguatkuasaan pun dilakukan (dengan adanya pakcik & makcik guard yang sedia menyaman), at least ada usaha untuk pastikan agar student tutup aurat.

Sama jugak dalam kes solat. Kite disuruh 'kerah' anak supaya solat. Mula-mula mungkin dia solat sebab takut mak ayah dia marah kalau tak solat tapi lama-kelamaan dia akan rase resah kalau tak solat. Salah satu contoh untuk kes ni ialah aku sendiri. Sebelum aku masuk sekolah asrama masa form1, aku memang liat solat fardhu. Sehari dua waktu je aku solat. Subuh (sebab bangun pagi nak pergi sekolah) dan Maghrib (sebab lepas tu ayah aku akan ajar mengaji). Tapi bila dah masuk sekolah asrama, memang full set la jadinya. Terima kasih kepada abang-abnag naqib kerana membimbing diriku ini. Sekarang ni aku tetap akan solat. Kalau pun tak solat awal waktu dan tak solat berjemaah apatah lagi solat kat masjid, tapi tetap nak kena solat jugak;)

Sebab tu la aku rasa hipokrit tak menjadi persoalan. Dua perkara ni (tutup aurat dan solat) sebagai contoh, memang perkara wajib yang perlu dibuat. Tak kira la ikhlas ke tak, tetap kena buat. Apa kata kita anggap perkara ni sebagai bernafas. Kita mesti bernafas untuk hidup. Kalau pun sekeliling kita berbau busuk, kita tetap akan bernafas sebab kalau tak bernafas kita akan mati. Macam tu la dengan solat dan aurat (sekadar beberapa contoh). Hati rasa berat pun tetap kena buat. Bayangkan kalau Allah tetapkan solat dan tutup aurat sebijik macam bernafas. Kalau tak buat kita akan mati kelemasan (macam orang tak dapat oksigen). Sah-sah semua orang akan buat. Tapi perlukah Allah buat macam tu? Huhu~

Sebab tu aku rasa 'hipokrit' tak patut dijadikan hujah. Sama dengan 'baik hati' dan 'ikhlas'. Dua benda ni sememangnya hanya Allah yang tahu. Tapi tak elok la kita gunakan dua benda ni untuk defend diri kita bila buat benda yang tak betul. Contohnya,

"Walaupun aku ni tak solat, minum arak, kaki zina, kaki judi etc., tapi tak bermakna aku jahat. Allah lebih tau hati aku ni macam mana."

Masalahnya, orang bukan persoalkan hati ko tu. Orang duk persoalkan benda yang ko buat. Kalau dah benda tu sah-sah salah, tetap salah. Tak kira la kalau hati ko baik mulia pun.

" 'baik hati' dan 'ikhlas'...dua benda yang senang dihujah...benda yang Allah je tahu...so senang la orang nak pakai " - Syed 'Umar

"Don't judge a book by its cover." Yup. Betul. Tapi ada jugak kata-kata ni, "Luaran yang baik terserlah dari dalaman yang baik."  <-- lebih kurang la~


Dalam cerita Batman Begin pun ada satu part tu Katie Holme cakap kat Christian Bale (Bruce Wayne), "It's not what inside (dalam hati la kot), it's what you do." Lebih kurang itu la. Aku pun tak ingat sangat =p

Wednesday, October 6, 2010

convo part 2: hari kejadian

Apa khabar semua? Baik? Bagus. Alhamdulillah. Baiklah. Aku nak sambung cerita pasal convo. Kali ni pasal hari kejadian pulak (dah macam bencana pulak bunyinye hah...huhu).

Pagi tu aku bangun pukul 4am, rekod paling awal sejak aku menganggur ni hah. Bangun sahur pun x awal macam ni. Tapi sebenarnya aku tak dapat tidur pun malam tu. Bukan sebab excited nak convo ye. Seriously aku takde la excited sangat pasal convo ni. Tapi aku aku rasa maybe aku tak dapat tidur sebab petang tu pekena kopi kat Old Town White Coffee kot. Petang sebelum hari convo tu aku dan mak ayah aku minum-minum kat OTWC. Mak aku memang hantu kopi. Serupa la dengan adik aku. So maybe sebab tu la kopi tu tak beri kesan pun kat dia. Kesimpulan ni dibuat sebab ayah aku pun tak dapat tidur jugak. Kesian dia. Dah la dia yang akan drive untuk pergi ke majlis convo tu nanti. Huhu.

Sampai kat UIA pukul 7.15am. Alhamdulillah dapat parking. Takde la menapak jauh sangat. So Lepas tu biasa la. Bersiap sedia masuk dewan. Sempat jumpa kawan-kawan sebelum masuk dewan. Seronk bersembang. Ramai yang dah berkerja. Mantap. Aku je yang masih menganggur. Down~ T_T

Troughout the ceremony macam biasa la. Ucapan. Naik stage amek scroll. Takde apa pun yang menarik sangat melainkan tengok pelbagai gaya budak-budak ni amek scroll tu. Angkat sembah la. Tabik la. Lambai sultan pun ada. Hoho~ ;) Tapi aku nak ucapkan tahniah jugak la kat committee convo ceremony ni sebab berjaya handle majlis tanpa ade masalah walaupun takde buat raptai langsung. Sebab pakcik aku siap terkejut bila tahu yang convo UIA ni takde raptai. So dari segi tu aku agak berbangga la dengan UIA. Huhu. Tahniah sekali lagi =)

Satu yang istimewa pasal convo ni ialah time tu la first time aku bawak my other half jumpa mak ayah aku. Bulan Mei aritu aku pergi rumah dia, jumpa family dia. So kali ni aku bawak la dia jumpa family aku pulak. Aku takde la neves sangat. Makwe aku memang neves abes. Siap bawak adik dia untuk temankan. Tapi logik la jugak kan kalau dia neves. Yang peliknye, adik aku pulak yang neves. Ntah ape la budak tu. Huhu. Alhamdulillah, mak ayah aku terima dia baik je. Ini memudahkan urusan seterusnya. Amin~ ;)

Cuma yang aku terkilan sikit sebab tak sempat amek gamba banyak-banyak. Nak tangkap gamba cium pipi mak ayah aku pun aku tak teringat. Haih. Sebab aku kesian kat ayah aku. Dia nampak macam letih je. Ye la kan. Malam sebelumnya tak dapat tidur. Dah la drive pulak lagi. So lepas tangkap gamba family, kitorang pergi makan then balik terus.

Baiklah. Cukup-cukup la membebel. Tengok gamba-gamba yang tak berapa nak lawa ni pulak=)


Bergambar dengan Radzi


Dari kiri: Hafizuddin (adik Ana), Ana (calon menantu mak aku), aku, s saedah (mak aku), md razim (ayah aku)

Dari kiri: Pidin, Ana, aku, mak aku, ayah aku, nazihah (adik aku)

Berjalan ala-ala Westlife. Haha~

Ada something mak aku cakap kat aku tu. Sebab tu la kitorang ketawa. Huhu~ ;)

Geng Taekwondo UIA makan-makan sebelum buat demo. Belakang dari kiri: Cha'a, Encik Hanif, Naya
Depan dari kiri: Nad, Yati

Skodeng budak AIKOL (Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Law). Dari kiri: Jurugambar, Din, makwe Din, kawan mereka. Huhu~ ;)

Imran Tamrin. Bekas anak halaqah (namun dia lagi siuman daripada aku...huhu), taekwondo team mate dan ex-president kelab taekwondo UIA.

Skodeng lagi. Faizah Fuad bermain dengan budak kecik. Faizah adlah salah seorang kenalan aku. Kenal sebab dulu aku selalu melepak kat OSCENT (kiosk kat kulliyyah aku), tempat dia berkerja.

Aku tak ingat siapa nama budak ni. Tapi masa aku amek skil taekwondo dulu, selalu berlatih dengan IIUM Taekwondo Kids. Kat situ la aku kenal dia. Setahun dah tak jumpe dia. Masih ingat jugak dia kat aku. Huhu~ ;)

Keycha. Classmate dalam banyak subjek. Beliau adalah hantu game. Huhu~ ;)


Ilman Hadree. Ex-room mate time kat matrik dulu. Dia ni budak ALLHS kat campus Kuantan. So aku nak gak bergamba dengan dia. Sebab lama beno tak jumpa. Terima kasih kepada Aini sebab tolong amek gamba ni. Terlupa pulak aku nak bergamba dengan kau. Haih~ T_T


Ni la sedikit sebanyak gamba-gamba convo aku. Belum berkesempatan nak buat convo group portrait. Weekend ni la kot. Tapi aku still terkilan sebab tak dapat tangkap gamba banyak-banyak dengan family aku. Wuwuwuwu~ T_T

Monday, October 4, 2010

convo part1: uniformku

Hmmm...sepatutnya entri ni ditulis sebelum hari convo tapi disebabkan streamyx buat hal, maka terpaksa la ditangguhkan dulu. Hari ni streamyx cemerlang. Bagus...kekalkan prestasi.

Entri kali ni berkenaan pakaian yang aku 'akan' pakai time convo, tapi disebabkan convocation dah berlalu, maka perkataan 'akan' kena la ditukar kepada 'telah'. Huhu. Nothing fancy. Takdenye aku tempah-tempah baju. Alhamdulillah...saiz badan aku ni tak termasuk kategori yang susah nak cari saiz baju. So mana yang patut beli, aku beli je la tp of course la parent aku yang bayar. Diriku masih menganggur la katakan. Huahuahua~

Cover: kulit depan (macam majalah la pulak~) untuk entri kali ni

Lapisan kedua paling dalam. (yang paling dalam of course la seluar dalam & singlet...tp takkan la nak kene postkan kat entri ni jugak kot...huhu)

Kemeja & tali leher disponsor (baca: dipinjamkan) oleh ayah aku. Sebab sepanjang hidup aku, aku cuma ada sepasang je kemeja lengan panjang (tak termasuk baju sekolah & batik matrik). So terpaksa la pinjam. Malas nak beli sebab takut lepas ni kalo tak dapat kerja dalam office memang takkan pakai dah la. Huhu.

Lapisan ketiga: Suit yang dibeli kat parkson subang parade. TQ mak & ayah. Susah-susah je. Kan faiz dah kata nak pakai baju melayu je. Anyway thanks a lot. Merasa jugak pakai suit sepasang =)

Lapisan ke-4: Jubah convo UIA. Aku suka jubah convo UIA. Relatively lawa la nak dibandingkan dengan jubah convo universiti lain walaupun mungkin bukan yang paling lawa, tapi bkan la yang paling hodoh kan.
Hehe. Aku tak beli jubah ni. Mahal dan tak berbaloi. Nak pakai sekali je pun. Huhu~ ;)

Lihatlah sulaman itu. Cantik bukan? ;)

Hampir terlupa. Mortar board skali dengan jubah convo. Siap ade logo UIA bergayutan kat bulu2 tu. Huhu~ ;)

Penutup. BTW bagi yang tertanya-tanya, warna maroon adalah warna hood jubah convo bagi graduate jurusan engineering. Hihi~ ;)


p/s: gamba hari kejadian akan dipost dalam next entri. time kaseh~ ;)

Friday, October 1, 2010

pengaruh komik malaysia dalam kehidupanku

Masa aku sekolah rendah dulu, aku suka baca komik Dragon Ball. Aku kumpul duit belanja yang ayah aku bagi. Siap sanggup berbasikal jauh ke kedai nak beli komik punye pasal. Dan tentunya operasi membeli komik dilakukan secara rahsia tanpa pengetahuan mak aku. Bila masuk rumah, komik tu aku selitkan kat dalam seluar. Of course la perut perlu dikempiskan untuk cover line. Mak aku memang cukup menentang minat aku ni. Siap pernah ancam lagi.

"Kalau kau beli lagi aku bakar komik-komik kau."

Namun yang demikian, itu hanyalah ancaman-ancaman palsu. Komik-komik tersebut masih lg tersimpan rapi dalam kotak komik aku. Huahuahua. Ye la kan. Beli komik dah membazir. Bakar komik lagi la membazir. So daripada membazir dua kali baik membazir sekali je. Betul tak? Hehe~ =p

Sebab apa yang mak aku menentang sangat minat aku ni? Dia kata sebab bahasa dalam komik tu tak betul. Betul jugak la kata dia tu. Kalau korang pembaca setia Dragon Ball, mesti korang pernah terbaca dialog yang pelik sikit la gaya bahasanya. So mak aku takut aku terbiasa dengan bahasa yang salah tu sampai affect aku punya exam Bahasa Melayu. Tapi aku ok je (kunun2 terer). So lepas dua exam besar (UPSR & PMR) aku score A dalam BM, mak aku tak bising dah. Siap aku boleh mintak tolong mak aku belikan dulu kalau aku tak sempat keluar outing (aku sekolah asrama dulu). Disebabkan tu jugak adik aku tak perlu bersusah payah kumpul duit dan kayuh basikal jauh-jauh untukbeli komik. Mak aku yang belikan hah. Best gile~ *sedikit jeles di situ =p*

Tapi tu cerita masa kecik-kecik dulu. Sekarang dah tak payah beli komik dah. Boleh baca kat internet. Free pulak tu. Huhu ;)

Tu aje ke pengaruh komik dalam kehidupan aku? Aish...bukan tu aje. Antara pengaruh lain komik dalam kehidupan aku adalah cara bergurau. Kalau korang perasan, komik-komik melayu espeseli Ujang & Apo?, antara style lawak diorang yang paling popular ialah dimasukkan unsur-unsur agama/keinsafan secara sinis. Biasanya, watak yang 'terkena' dalam cerita tu akan buat gaya rukuk/duduk tahiyat akhir/berzikir sambil menangis. (Sori, aku tak dapat nak cari contoh komik cani kat internet)



Contoh komik insaf (Courtesy of Suppie Razzaq)

Contoh komik insaf (Courtesy of Suppie Razzaq)


Aku pernah kena cani jugak dengan ustaz aku masa darjah 6. Group aku punya presentation masa kelas pendidikan Islam dapat pujian ustaz. Cey....bangga la kitorang time tu. Masing-masing nak action la. Buat muka bangga siap. Sekali ustaz aku nyanyi lagu Puji-pujian (Raihan).

"Bila dipuji kejayaan kita...
Sebenarnya bukan milik kita...
Oleh itu sedarlah sentiasa...
Semuanya dari Allah..."

Insaf terus. Haha~ =p

Ini la antara style yang paling kerap ditiru bila bergurau dengan kawan-kawan. Selalunya akan ada sorang melacarkan kata-kata nasihat yang agak pedas yang membuatkan subjek terinsaf sekejap (dan mungkin juga panas hati...tp dah benda yang dikatakan tu betul maka subjek diam aje lah...haha). Antara situasi yang pernah berlaku:


Situasi 1

Sepanjang tingkatan 1-2, classmate aku semuanya muslim sebab kelas kami kelas bahasa arab. So mudah la sikit nak guna ayat Quran/hadith/kata-kata pujangga islamik untuk menasihat sesama classmate. Maka ada satu ketika ni kelas kami bising, budak pompuan duk pot pet pot pet. So kawan aku sorang ni, Aadel namanye, relax je cakap,

"Diam itu penutup kebodohan, perhiasan orang alim." Terus terdiam budak-budak pompuan tu sambil menjeling dengan hati yang panas. Hoho~ =p


****************************

Situasi 2

Kami tengah study kat study room asrama. Biasa lah. Form 5. Dah nak SPM la katakan. So ramai yang study sambil dengar lagu radio menggunakan walkman. Si Aadel ni biasa dengar dua chanel ni. Yang satu tu chanel Brunei. 24jam bacaan Al-quran je. Yang satu lagi chanel islamik gak. Ada nasyid-nasyid. Macam biasa, kalau yang biasa dengar radio Era ke, Fly FM ke, Hot FM ke dan yang sewaktu dengannya, mesti diorang dah tau dah frequency berapa chanel yang diorang minat tu. 84.5 ke, 89.9 ke kan. Waktu tu pulak lagu kumpulan Creed tengah famous. So si Aadel ni saje nak pekena budak-budak ni. Tiba-tiba dia bagitau kuat-kuat,

"Weh...lagu Creed weh...chanel sekian2 (aku pun xtau frequency berapa tapi chanel yang islamik tu la)."

So budak-budak ni pun cepat-cepat la tukar frequency, ikut yang si Aadel bagitau tadi. Tak terlepas lagu Creed la katakan. Sekali yang keluar lagu ni hah,

"Bila Izrail datang memanggil...Jasad terbujur di pembaringan..."

Terus terinsaf semua. Hahaha~ =p


**************************

Situasi 3

Masa tu lagu Dekat Padamu (Yusry KRU) tengah famous. So macam biasa la, budak-budak pompuan suka menyanyi dalam kelas masa prep. So time budak-budak pompuan tu tengah syok menyanyi, member aku ni pun sampuk,

"Walau jauh akan ku gegas berlari
Walau tinggi bisa ku terbang di langit
Walau sedalam mana akan ku selami
Kerana IMAN sedalam itu mekar bila ALLAH dekat padamu~"

Maka terdiamlah mereka buat seketika. Lalu air muka mereka berubah sambil melemparkan jelingan tajam. Haha~ =p


Ni la antara contoh gurauan/teguran yang selalu digunakan. Aku memang agak minat dengan style yang last sekali tu. Main ubah lirik sikit. Huhu. So kat sini aku nak share jugak la satu lirik yang dah diubahsuai. Lirik ni dipetik dari chorus lagu Sandarkan Pada Kenangan (Siti Sarah & Jamal Abdilah) khas buat muslimin dan muslimat yang tak tutup aurat.

"Aurat ditayang...
Konon bergaya...
Buat dosa berpanjangan....ooooo....

Lihatlah diriku yang kehilangan...
Tanpa kasihmu Allah, siapalah aku..."


*****************************

Maybe ada yang kata,

"Ni bukan nasihatkan orang ni. Buat orang lagi sakit hati ada la. Jadi langsung taknak ikut nasihat tu lagi ada."

Jawapan aku:

Kadang-kadang, cara nasihat perlu diubah. Kadang-kadang cara yang sedikit pedas/sindiran lebih memberi kesan.

Contohnya, nak menasihatkan orang yang tabiatnya tak pam tandas.

Cara sopan:

"Sila pam selepas menggunakan tandas." (dah banyak kali kita tengok papan tanda macam ni kat tandas tp still golongan hampeh ni buat tak reti. Sebab ape? Sebab bila diorang baca papan tanda tu diorang tak rasa apa-apa. Macam tengok rumput je.

So guna cara pedas:

"Kucing yang takde akal tu pun reti timbus tahi sendiri lepas berak. Akal anda di mana?" (haaa...baru la terkesan di hati)


p/s: Jangan marah yek. Nanti cepat tua. Dan kalau pun tak setuju @ taknak ikut nasihat @ ego tinggi nak mengaku kesilapan, lebih baik diamkan diri aje. Makin nak marah-marah akibat terasa pedas, makin nampak kurang bijak. Sebab benda yang ditegur tu memang betul pun kan. Lain la kalau benda tu salah. Renung-renungkan dan selamat beramal~ =)

Anda juga mungkin berminat untuk membaca entry ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...