klik klak kluk

klik jangan tak klik

Followers

Wednesday, February 9, 2011

FSTS 6: sekolah

Salam. Bertemu lagi kita dalam rancangan~......

............From Sepang to Sheffield~

Ok. Kali ni dah masuk siri 6. So aku nak cerita pasal sekolah kitorang. Bukan la sekolah macam sekolah kebangsaan tu. Kira tempat kitorang attend course masing-masing la. Sistem nye lebih kurang je. Kelas 9am-5pm. Isnin-Jumaat (hari Jumaat biasanya sampai tengah hari je). Cuma takde la rutin tu untuk sepanjang 6 bulan kitorang kat sini. Ikut course apa yang kitorang amek la. Ada yang seminggu. Ada yang 3 minggu. Pastu ada yang gap antara setiap course tu sampai dua bulan. Ada yang gap nye setakat weekend je. Mesti korang pening kan? Hoho. Ok2. Stop cerita pasal course. Mari cerita pasal sekolah pulak.

Nama sekolah yang kitorang pergi ni namanya Ruane TP O'Neill. Kat Malaysia pun ada cawangan Ruane iaitu Ruane TATI kat Terengganu. Kat Ruane ni diorang tawarkan lesen PCN (UK nye) je. Kalau nak amek lesen CSWIP (US nye) kena la pergi sekolah lain. 

Ruane yang kat Rotherham ni pulak ada dua cawangan. Satu kat Meadowbank Road. Kat sini dia punye main office. Courses yang dijalankan kat sini pulak kebanyakannya course yang berkaitan dengan inspection (Yang tak melibatkan penggunaan equipment sangat atau senang kata banyak teori la). Aku punye kelas semua kat sini.

Setiap hari aku akan naik basikal untuk ke kelas. Jaraknye hampir 1km (0.6 miles). Lenguh gak la kaki ni mengayuh. Sebab nak pergi ke kelas kena naik bukit. Walaupun tak curam sangat slope nye tu, tapi kalau dah constant je naik bukit dari rumah sampai ke kelas letih gak la kan. So setiap pagi bila aku sampai je kat kelas memang aku tarik nafas panjang-panjang la. Mengah weh. Tak fit langsung. Tapi kalau hala balik rumah, memang laju je. Turun bukit la katakan. Hehe~ =p


Argyl Ruane., Meadowbank Road. Kat sini la kelas aku. (photo by google street view)



Peta dari rumah aku, B, ke kelas aku, A. (print screen dari google map)


Satu lagi cawangan kat Psalters Lane. Kat sini kelas untuk courses yang banyak guna equipment. Kebanyakan courses berkaitan dengan NDT technical aspects. Kira siapa yang akan jadi NDT technician belajar kat sini la. Yang ni memang betul-betul dekat dengan rumah kitorang. Kalau kentut kat rumah, cikgu kat kelas pun boleh dengar. Hoho=p Aku jeles ngan budak lagi 3 orang tu. Kelas diorang semua kat sini. Kelas pukul 9am, keluar rumah pukul 8.59am pun takpe. Huhu~


Ruane TP O'Neill, Psalters Lane (photo by google street view). Kat sini gak semua exam dijalankan. Sebab tu ia dipanggil Noethern Test Centre.



Cet. Dalam peta macam jauh je. Padahal dekat gila. (print screen dari google map)


Disebabkan dekat sangat denngan rumah, so before subscribe internet dulu, kitorang akan lepak kat luar bangunan tu untuk guna wifi. Tapi terpaksa bertabah dengan kesejukan. Huhu~ =p








Dah...balik...balik...


Aku ingat nak amek gambar dalam kelas semua. Tapi aku ingat baik tunggu lepas setel & lulus semua la baru aku buat gitu. Kang dah amek gambar semua, pastu tak pass exam, Bapak la tak macho. Haha~ -p


p/s: ok...study mode semula~ ;)

2 comments:

3p4h said...

Aku sarankan ko tolak skateboard lak kali ni menggantikan kayuh beskal =P Hahaha....

manueng said...

epah: bleh tu mmg bleh...tp kang aku sampai kelas dlm keadaan luka2 + lebam2 la...aku mane reti nek skateboard...huhu~ =p

Anda juga mungkin berminat untuk membaca entry ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...