klik klak kluk

klik jangan tak klik

Followers

Tuesday, March 2, 2010

ingin membeli DSLR?

sejak zaman sekolah lagi, aku perhatikan trend budak-budak yang sebaya dengan aku sampai la ke hari ni. trend ni pulak merangkumi pelbagai aspek dari pakaian, gajet, muzik/tarian permainan dan macam-macam lagi.


aku masih ingat waktu zaman form 3 dulu, semua budak-budak lelaki sekolah aku sibuk dengan trend hiphop. semua nak beli topi baseball. topi baseball pulak nak yang NY je. takpun SOX. seluar pulak dipakai londeh-londeh. aku ingat lagi ada sorang junior (budak form 1) tak nak ketinggalan pakai londeh-londeh ni walaupun yang dipakainya tu seluar trek. tuck in pulak tu. bapak la bodoh nye rupa pakai seluar trek camtu. mungkin tu la penangan muzik hiphop masa tu kot. nampak cool agaknya. hehe~


sekarang ni trend apa? yang aku perasan sejak setahun dua ni, orang ramai tengah sibuk dengan DSLR. mungkin disebabkan harga DSLR yang tak banyak beza dengan harga camera digital compact yang kebanyakannya boleh mencapai RM1500-RM2000 sekarang ni. jadi ada antara mereka yang berfikir, "alang-alang mahal, beli aje la DSLR. beza harga sikit je pun".


so bila ada kawan-kawan aku yang nak beli DSLR, aku pun mula ditanya 'soalan-soalan lazim'. aku bukan la pakar pasal DSLR ni. setahun jagung jugak sebenarnya. dan pengetahuan aku pasal
DSLR pun lebih kepada harga-harga DSLR nikon yang terpakai.


sebab apa hanya yang terpakai?
sebab aku takde duit nak beli brand new. jadi aku survey yang terpakai je.


kenapa nikon?
takde sebab. aku just suka nikon=)


ni antara soalan-soalan lazim yang ditanyakan pada aku:


1) "yang mana lebih bagus?canon or nikon?"

-serius aku takde jawapan. benda ni bergantung pada masing-masing. aku dah try guna kedua-dua brand. and result nye aku lebih suka nikon. just that.


2) "camera apa yang patut aku beli?"

- jawapan standard untuk soalan ni ialah "beli camera yang paling mahal yang engkau mampu." secara amnya, lagi mahal harganya, lagi tinggi kualitinya. so go for the most expensive that you can afford. tapi statement ni tak boleh dijadikan pegangan sangat. sebab kalaupun korang ada RM1juta, tapi tujuan membeli DSLR hanyalah untuk shoot gambar keluarga, contohnya jamuan hari jadi or picnic, maka tak perlu la bazirkan duit beli model yang mahal-mahal sampai RM10k. cukup la spend RM1.6k untuk beli nikon D60 or yang seangkatan dengannya.


3) "elok beli yang brand new ke 2nd hand?"

- kalau ada duit beli la yang brand new. kalau kurang berduit, beli je la yang 2nd hand. personally, aku rasa beli yang 2nd hand ok je. sebabnya DSLR ni bukan macam handphone or MP3 player. handphone and MP3 player sangat terdedah dengan punca-punca physical defects (calar-balar, kemik etc) seperti terjatuh, terhentak or terseret kat dinding, terduduk atas handphone/MP3 player etc. DSLR pulak biasanya disimpan dalam beg khas, tak didedahkan kat air, apatah lagi terjauth etc. jadi, DSLR 2nd hand biasanya berada dalam keadaan yang elok. barang-barang camera aku pun semuanya yang terpakai kecuali flashgun or speedlight aku. sebab speedlight ni adalah antara barang camera yang paling mudah rosak. so aku beli brand new aje la.


4) "kat mana nak cari DSLR 2nd hand?"

- ada banyak cara. cara yang aku guna ialah dengan menggunakan internet. cari la kat forum-forum fotografi. tak pun cari kat lelong.net. but for me, almost semua barang-barang cemera aku aku survey kat free trade zone. ni link nye



tips membeli DSLR 2nd hand:

1) buat research dulu terhadap model DSLR yang nak dibeli.
2) jangan takut tawar-menawar.
3) seeloknya COD. belian melalui pos agak berisiko.
4) ajak kawan yang tahu pasal DSLR semasa COD.
5) waktu view barang sebelum decide nak beli, tengok fizikal DSLR tu dan test dulu sampai puas hati.
6) try tanye bilangan shutter (shutter count) camera tu. kalau bawak laptop masa viewing lagi elok. sebab boleh check shutter count dengan menggunakan software Opanda.



p/s: ni la serba sedikit panduan yang aku guna masa aku nak beli camera aku dulu. kalau ada apa-apa yang korang nak tanya, jangan malu-malu nak tanya aku. kalau aku boleh tolong, aku tolong=)

5 comments:

Unknown said...

ko pakai camera ape faiz?

manueng said...

aku gune nikon D80...

p/s: aku dgr dr keycha ko menang photo contest nikon...congrats=)

alia said...

salam,saya nak jula dslr nikon d40.ada sesiapa yg berminat?

http://imjetfuel.com said...

bro..selalunya lens untuk beginner ape yg sesuai bro? aku pakai nikon d5000...

manueng said...

zul: depends...paling basic kitlens la...kalo beli d5000 mesti ade kitlens dia skali kan?yg tu basic...utk shoot benda general mcm gamba portrait ke, birthday party ke, scenery ke, kire dah ok je kitlens tu....tp kalo ade duit lebih...try invest kat prime lens

prime lens ni lens yg xleh zoom...xleh zoom-in...xleh zoom-out...tp kelebihan prime lens ialah gamba lebih sharp...aperture prime lens pun tggi (f1.2, f.14, f1.8,f2.8)...this means bokeh cantek...n bila aperture besar, kite bleh shoot dgn shutter speed yg lbih tggi...sbb tu prime lens jugak dipanggil sbg fast lens...aku cadangkan beli nikkor 50mm f1.8...dlm rm300-350 bleh dpt...aku nye rm270 je sbb aku beli yg 2nd hand...aku rase ni la lens nikkor yg plg murah ko bleh dpt;)

kalo nak zoom jauh, cari la telephoto nye lens...aku ade nikkor 55-200mm vr...pd aku ok la...sbb bleh zoom tp aperture dia kecik je...so kalo cahaya x cukup susah nak dpt gamba sharp...ikut ko la...kalo ko rase perlu telephoto lens utk zoom jauh ko bli la...yg ni dlm rm650-700 bleh dpt...

kalo ade duit lg, beli la macro lens utk shoot macro (insects, plant, etc)...aku suggest tamron sp90 f2.8...yg ni the best macro lens ko bleh dpt...dah la plg murah...murah2 pun rm1300-1500 gak la hargenye...

xpun kalo ade duit lg angkat wide lens...tp wide lens plg murah pun rm1500...aku suggest tokina 11-16mm f2.8 (rm2250)

Anda juga mungkin berminat untuk membaca entry ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...