klik klak kluk

klik jangan tak klik

Followers

Thursday, December 30, 2010

buffet breakfast at MARA Bistro's Mama Chops Papa Grill


Seperti yang aku dah aku cerita sebelum ni (kat entry INI) aku ada hadiri satu kursus. Dan aku ada kata nak cerita pasal makan-makan. So, ini la entry pasal makan-makan tu. Kelas aku tu bertempat kat Medan Mara KL.

Takkan la nak kene sebut Sogo baru tau kot. Nampak sangat kaki shopping pakaian....huhu~ =p

Sebelum start kelas, kitorang akan beakfast dulu kat ground floor bangunan ni. Of course, bayaran ditanggung oleh pihak consultant yang menganjurkan kursus tu. Yiiiiha!~

Yang bestnye, breakfast kat situ buffet. Boleh melantak tahap tak ingat dunia dari pukul 7.30am sampai pukul 10am. Harga? Cuma RM4 sahaja. Ya....memang RM4 sahaja. Bukan typing error ye. Huhu;)

Kat bunting ni tulis buffet sampai pukul 11.30am. Tapi biasa pukul 10am-10.30am dah habis dah. Huhu=p


Harga dah tau. So apa menunya?

  1. Nasi goreng kampaung/nasi goreng cina/nasi lemak (bergilir-gilir mengikut hari)
  2. Mee goreng/bihun goreng/kueh teow goreng (bergilir-gilir mengikut hari)
  3. Ayam goreng/nugget ayam/hotdog (bergilir-gilir mengikut hari)
  4.  Baked beans/corn flakes (bergilir-gilir mengikut hari)
  5. Telur separuh masak + roti bakar + mentega & kaya (setiap hari dan kadang kala disertakan scramble egg)
  6. Kuih-muih (3-4 jenis setiap hari)
  7. Teh O + teh susu + kordial oren/asam boi (setiap hari)



Aku mengaku memang aku makan bayak gile time breakfast ni. Tapi lepas tu aku tak lunch la. Makan malam pukul 9.30pm pulak. Hehe~ ;)


p/s: So sekarang korang dah tau kenapa badan aku makin bulat....hohoho~ =p

Tuesday, December 28, 2010

Year End Sale: RM590.50 dah terbang~


Macam biasa. Bila hujung tahun mesti orang ramai sibuk shopping sebab ade karnival jualan mega atau lebih dikenali sebagai Year End Sale (YES).

Kebanyakan orang akan beli pakaian, handset, alat-alat komputer/laptop or bagi yang lebih rezeki sikit, akan melancong.

Aku baru je membelanjakan RM590.50 tadi. Bajet yang diterima berjumlah RM800. Dah shopping sakan, tinggal RM129++ je lagi (setelah ditolak perbelanjaan lain). Apa yang aku beli tu?

Tak lain dan tak bukan....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
MAKANAN!



p/s: bukan la aku sorg....aku ngan lagi 3 org course mate aku...huhu~ ;)
p/s/s: beli kemain banyak...tp sorg pun tak reti masak...nais~ =p
p/s/s/s: letih shopping...mahu beradu~ ;)

Sunday, December 26, 2010

nikon...oh nikon...


camera aku tengah sakit...
nak kena tukar shutter unit...
aku takut lambat siap je ni...
last time aku hantar baiki speedlite, dua bulan baru siap...
aku hantar camera aku kat nikon centre khamis lepas...
harap-harap boleh siap before new year...
nak tangkap gambar hari-hari terakhir before pergi...
kemon la nikon...
canon nye service lagi cepat...
seminggu je boleh siap...
hadoi~

p/s: terbang rm380~ T_T
p/s/s: tengah cari tajuk untuk projek baru for the next 6 months...mm...

Sunday, December 19, 2010

at last i'm RM0.25 richer...lol~

Aku mula buat blog ni bulan Disember 2008. Aku tak ingat bila entah aku mula letak iklan nuffnang nih. Saje je letak. Kot la ada org klik iklan tu, aku gak yg dapat duit. Tapi takde la berharap sangat pun. Huhu~

Sepanjang dua tahun ni tak pernah pun ade income yang aku dapat dari iklan nuffnang nih. Tapi baru tadi ni aku dikejutkan ngan Rm02.5 yang aku dapat hasil kerajinan anda mengklik iklan kat sebelah tu. 



Terima kasih. Sekarang aku RM0.25 richer. Haha~ =p

p/s: org lain dah lama dah kaya ngan nuffnang nih...ni nak beli kek lapis apollo pun x lepas...huhu~ =p

satu hari satu foto (episod 20)


Sunday, December 5, 2010

satu hari satu foto (episod 19)


Photo shot at MAHA 2010.



p/s: tak puas hati pulak aku ngan shot ni. dah lama tak shoot bunga~

pernah makan kambing gelek?

Bukan. Bukan aku tersilap eja. Mesti ada yang ingat aku nak tulis 'pernah makan kambing golek?' Tapi aku memang nak cerita pasal kambing gelek. hehe~ ;)

Pagi tadi aku ngan family aku pergi ke MAEPS sebab ada event dwi-tahunan, Malaysian Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show atau lebih lidah-friendly dipanggil MAHA 2010. Aku belum sempat edit gambar-gambar yang aku ngan adik aku snap. So aku letak gambar ni dulu la.

Kat MAHA 2010 tu tadi ada dijual kambing golek. Aku memang teringin nak makan kambing golek ni tapi belum ada ezeki. Tak sempat nak beli tadi. Rushing. So aku snap gamba je la. Tak dapat makan, dapat simpan gamba pun jadi la~ *sadis gile bunyi* Huhu~ =p

Yang ni KAMBING GOLEK...





Ni pulak KAMBING GELEK~
(Sila klik pada gambar untuk tengok ia bergerak-gerak)

Amacam? Berselera tak? Hahaha~ =p



Wednesday, December 1, 2010

'Lens' baru


Aku ada empat lens. Baru-baru ni aku tambah satu lagi lens. Tapi bukan lens betul. Sebab tu dalam title entry ni aku tulis lens tu sebagai 'lens'. So tengok gambar kat bawah ni pastu cuba teka, mana satu yang 'lens' tu? ;)

Haa...mane satu?

Jawapannya...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
....yang paling kanan ;)

So kalau bukan lens, apakah ia? Yang kanan sekali tu sebenarnya adalah mug. Dah biasa nampak dah kan benda alah ni. Kat facebook banyak je iklan dia. So ni gambar-gambar lenscup (kat kotak dia tulis gini) ni.




p/s: sori la gamba x lawa n x sharp...huhu~ =p

25...bukan umurku

Member aku, Cha'a tag aku kat entry dia. So aku kena listkan 25 facts, habits or goals. Of course la berkenaan aku. So inilah 25 perkara berkenaan diri aku.


  1. 25 bukanlah angka untuk menggambarkan umur aku. Bukan buat masa ni la. Sebab aku lahir on 25 October 1986
  2. anak ke-2 daripada 3 beradik
  3. aku minat fotografi walaupun gambar-gambar yang aku shoot tak lawa. Sebab tu aku lebih suka tengok gambar org lain. Lalu rasa jeles pun muncul dalam hati. "Aku nak jadi terer macam mamat/minah ni (tuan punya gambar yang aku tengok)"
  4. boroi...haha~
  5. gayat...tapi menyimpan hasrat nak bungee jumping --> pastu mau aku pengsan...hoho~ =p
  6. tak pandai main sebarang musical instrument
  7. Suka tonton match bola sepak tapi tak suka main bola sepak.
  8. Tak suka tonton match basketball tapi suka main basketball.
  9. Suka tonton match tenis tapi haram tak pernah main tenis pun.
  10. Berpendapat bahawa Leong Mun Yee adalah atlet malaysia yang paling lawa...lalala~ =p
  11. Ada lesen kereta sejak lepas SPM tapi cuma confident drive kereta ayah aku aje. Kereta orang lain aku tak berapa nak confident untuk drive.
  12. Tak makan udang. Selain tu, semua aku bedal. Asalkan halal la.
  13. Berpendapat bahawa anggota badan perempuan yang paling seksi ialah leher dan bahu.
  14. Aku banyak cakap. Suka sembang.
  15. Selalu lupa nama orang. Tapi aku ingat rupa dia. So aku terpaksa tanyakan nama dia kat orang lain. Yela...segan nak tanye nama dia.
  16. Pernah bercita-cita nak bekerja dengan National Geography.
  17. Tak suka main game (PC, PS, Xbox etc). Tapi suka baca komik dan layan movie.
  18. Bila nak tidur, aku tak boleh dengar bit. Kalo music yang ada bit hasil dari paluan drum, memang la aku x boleh tidur. Evan kalau ada orang bergendang perlahan kat meja pun aku tak boleh tidur. Mesti aku akan terikut gendangan tu.
  19. Boleh dikatakan tak pandai berenang. Sangat tak mahir.
  20. Gugup bila kena bercakap depan audience walaupun audience tu hanya terdiri daripada 20 orang classmate yang aku dah kenal sejak 5 tahun lepas.
  21. Tak suka jogging. Sebab macam takde tujuan je lari pusing trak. So bila nak bersenam, aku prefer main something. Badminton/basketball/volleyball.
  22. Malu nak cuba cakap dalam bahasa lain. This explains why I cant speak bahasa sarawak walaupun aku duduk sana 13 tahun. Aku boleh faham, just tak reti nak bercakap dalam bahasa tu. English pun sama gak.
  23. Bercadang nak berumahtangga dalam masa 2 tahun lagi.
  24. Bercita-cita nak bawak mak ayah aku melancong ke tempat yang paling diorang nak pergi. Mak aku teringin nak melancong ke Xi'an (China), Casablanca (Morocco) dan Turki. Ayah aku pulak nak pergi ke savanna afrika (safari Tanzania la kot).
  25. Bercita-cita nak jadi kaya dengan berniaga. Bila dah kaya, nak tubuhkan satu company/organisasi yang support anak yatim dan miskin, serta memberi peluang kepada remaja bermasalah (mat rempit/ bohsia/ penagih dadah) untuk ubah hidup dorang dengan memberikan didikan untuk perbaiki rohani dan attitude, serta latihan kemahiran (penternakan/perladangan/teknikal/jahitan/masakan etc) supaya mereka boleh support hidup mereka dengan berniaga menggunakan kemahiran tu untuk jangka masa panjang. Kalau diorang nak kahwin pun aku support (tapi opkos la majlis simple2 je. Nak majlis kahwin macam anak perempuan arwah bos NAZA memang tak dapat la). Aku rasa ni lebih baik daripada bagi bantuan RM100 + beras sekali je, then biarkan diorang camtu je.

Panjang la pulak aku membebel. Ada lagi nak tulis. Tapi peraturan tag ni juz 25 facts je. Huhu~ =p

Anda juga mungkin berminat untuk membaca entry ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...