Seperti yang aku dah aku cerita sebelum ni (kat entry INI) aku ada hadiri satu kursus. Dan aku ada kata nak cerita pasal makan-makan. So, ini la entry pasal makan-makan tu. Kelas aku tu bertempat kat Medan Mara KL.
Takkan la nak kene sebut Sogo baru tau kot. Nampak sangat kaki shopping pakaian....huhu~ =p
Sebelum start kelas, kitorang akan beakfast dulu kat ground floor bangunan ni. Of course, bayaran ditanggung oleh pihak consultant yang menganjurkan kursus tu. Yiiiiha!~
Yang bestnye, breakfast kat situ buffet. Boleh melantak tahap tak ingat dunia dari pukul 7.30am sampai pukul 10am. Harga? Cuma RM4 sahaja. Ya....memang RM4 sahaja. Bukan typing error ye. Huhu;)
Kat bunting ni tulis buffet sampai pukul 11.30am. Tapi biasa pukul 10am-10.30am dah habis dah. Huhu=p
(gambar courtesy of http://www.foodpromotions.com.my/)
Harga dah tau. So apa menunya?
- Nasi goreng kampaung/nasi goreng cina/nasi lemak (bergilir-gilir mengikut hari)
- Mee goreng/bihun goreng/kueh teow goreng (bergilir-gilir mengikut hari)
- Ayam goreng/nugget ayam/hotdog (bergilir-gilir mengikut hari)
- Baked beans/corn flakes (bergilir-gilir mengikut hari)
- Telur separuh masak + roti bakar + mentega & kaya (setiap hari dan kadang kala disertakan scramble egg)
- Kuih-muih (3-4 jenis setiap hari)
- Teh O + teh susu + kordial oren/asam boi (setiap hari)
Aku mengaku memang aku makan bayak gile time breakfast ni. Tapi lepas tu aku tak lunch la. Makan malam pukul 9.30pm pulak. Hehe~ ;)
p/s: So sekarang korang dah tau kenapa badan aku makin bulat....hohoho~ =p
4 comments:
hoho.bagus.amalkan breakfast utk kesihatan dan kerampingan pinggang kamu encek manueng.
ramping?haha...harap2 gitu la...huhu~ T_T
makin bulat ker sekarang?adeh,leh masuk team gemok camni.ngeh3
agak la...huhu~ =p
Post a Comment