klik klak kluk

klik jangan tak klik

Followers

Wednesday, December 1, 2010

25...bukan umurku

Member aku, Cha'a tag aku kat entry dia. So aku kena listkan 25 facts, habits or goals. Of course la berkenaan aku. So inilah 25 perkara berkenaan diri aku.


  1. 25 bukanlah angka untuk menggambarkan umur aku. Bukan buat masa ni la. Sebab aku lahir on 25 October 1986
  2. anak ke-2 daripada 3 beradik
  3. aku minat fotografi walaupun gambar-gambar yang aku shoot tak lawa. Sebab tu aku lebih suka tengok gambar org lain. Lalu rasa jeles pun muncul dalam hati. "Aku nak jadi terer macam mamat/minah ni (tuan punya gambar yang aku tengok)"
  4. boroi...haha~
  5. gayat...tapi menyimpan hasrat nak bungee jumping --> pastu mau aku pengsan...hoho~ =p
  6. tak pandai main sebarang musical instrument
  7. Suka tonton match bola sepak tapi tak suka main bola sepak.
  8. Tak suka tonton match basketball tapi suka main basketball.
  9. Suka tonton match tenis tapi haram tak pernah main tenis pun.
  10. Berpendapat bahawa Leong Mun Yee adalah atlet malaysia yang paling lawa...lalala~ =p
  11. Ada lesen kereta sejak lepas SPM tapi cuma confident drive kereta ayah aku aje. Kereta orang lain aku tak berapa nak confident untuk drive.
  12. Tak makan udang. Selain tu, semua aku bedal. Asalkan halal la.
  13. Berpendapat bahawa anggota badan perempuan yang paling seksi ialah leher dan bahu.
  14. Aku banyak cakap. Suka sembang.
  15. Selalu lupa nama orang. Tapi aku ingat rupa dia. So aku terpaksa tanyakan nama dia kat orang lain. Yela...segan nak tanye nama dia.
  16. Pernah bercita-cita nak bekerja dengan National Geography.
  17. Tak suka main game (PC, PS, Xbox etc). Tapi suka baca komik dan layan movie.
  18. Bila nak tidur, aku tak boleh dengar bit. Kalo music yang ada bit hasil dari paluan drum, memang la aku x boleh tidur. Evan kalau ada orang bergendang perlahan kat meja pun aku tak boleh tidur. Mesti aku akan terikut gendangan tu.
  19. Boleh dikatakan tak pandai berenang. Sangat tak mahir.
  20. Gugup bila kena bercakap depan audience walaupun audience tu hanya terdiri daripada 20 orang classmate yang aku dah kenal sejak 5 tahun lepas.
  21. Tak suka jogging. Sebab macam takde tujuan je lari pusing trak. So bila nak bersenam, aku prefer main something. Badminton/basketball/volleyball.
  22. Malu nak cuba cakap dalam bahasa lain. This explains why I cant speak bahasa sarawak walaupun aku duduk sana 13 tahun. Aku boleh faham, just tak reti nak bercakap dalam bahasa tu. English pun sama gak.
  23. Bercadang nak berumahtangga dalam masa 2 tahun lagi.
  24. Bercita-cita nak bawak mak ayah aku melancong ke tempat yang paling diorang nak pergi. Mak aku teringin nak melancong ke Xi'an (China), Casablanca (Morocco) dan Turki. Ayah aku pulak nak pergi ke savanna afrika (safari Tanzania la kot).
  25. Bercita-cita nak jadi kaya dengan berniaga. Bila dah kaya, nak tubuhkan satu company/organisasi yang support anak yatim dan miskin, serta memberi peluang kepada remaja bermasalah (mat rempit/ bohsia/ penagih dadah) untuk ubah hidup dorang dengan memberikan didikan untuk perbaiki rohani dan attitude, serta latihan kemahiran (penternakan/perladangan/teknikal/jahitan/masakan etc) supaya mereka boleh support hidup mereka dengan berniaga menggunakan kemahiran tu untuk jangka masa panjang. Kalau diorang nak kahwin pun aku support (tapi opkos la majlis simple2 je. Nak majlis kahwin macam anak perempuan arwah bos NAZA memang tak dapat la). Aku rasa ni lebih baik daripada bagi bantuan RM100 + beras sekali je, then biarkan diorang camtu je.

Panjang la pulak aku membebel. Ada lagi nak tulis. Tapi peraturan tag ni juz 25 facts je. Huhu~ =p

6 comments:

cha'a said...

wahhhhh!!! taw x npe chaa terharu?? wahahah! sbb abg faiz mention: 'member aku', bkn 'member ADEK aku' :) wee~~ lol.

fun facts! and some of it chaa dh taw (durr, sbb knl). tp satu r, ske bahu?? sme cm zha. korng ni.. haihh mmg sme.. :D

manueng said...

kite kire member la skang...hehe;)
dia pun suke bahu pompuan ke?xnormal tu...haha~ =p

cha'a said...

hohohohoh!!! (trse sebaya) lol, tbe2 plak. tp still respect ngn abg faiz. :)

ehhh dy msti r ske tgk bahu laki. apela abg faiz nih. haha

manueng said...

hehe...saje je...huhu=p

muzaha said...

salam,
fakta no 13 tu hebat :)

manueng said...

ustaz: salam...aiseh...kantoi plak...hehe=p

Anda juga mungkin berminat untuk membaca entry ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...