klik klak kluk

klik jangan tak klik

Followers

Thursday, January 27, 2011

FSTS 1: islam di britain


"I haven't seen the news lately. What is going on around the world now?" 

Soal Mr. Richard Green pada attendees course kat kelas aku pagi semalam. Dia ni lecturer aku untuk kursus yang aku tengah amek sekarang, Painting Inspection Level 1 (ICorr). Ada sorang pakcik duduk sebelah aku tapi aku tak tau siapa nama dia. Umur lebih kurang 50 tahun. Engineer kat satu company yang terlibat dengan kerja-kerja offshore. Dia pun amek kursus ni. Dia jawab,

"Moscow airport was bombed. Chelsea won 2-0. Bla bla bla...."

Lepas tu seluruh kelas mula sembang pasal kejadian bom kat airport Moscow tu. Tapi takde siapa pun yang kaitkan Islam dengan kejadian tu. Maybe sebab jaga sensitivity kot. Ye la. Aku sorang je Muslim dalam kelas tu. Walaupun sorang, tapi kelas tu ada 8 orang je. Termasuk Mr. Green, 9 orang. So lebih dari 10% gak la Muslim dalam kelas tu. Huhu.

Then time rehat, aku pergi la amek air hot chocolate free yang sekolah ni sediakan dan duduk kat lobby kecik, lebih kurang macam ruang tamu je, untuk baca surat khabar sekejap. Yang penting je aku baca, contohnye berita sukan especially berita pasal pasukan kegemaran aku, Arsenal. Huhu =p

Tapi masa rehat sekejap je. Lebih kurang 5 minit je. Cukup la untuk pergi tandas dan amek air free. Tapi rehatnye setiap sejam sekali. So okay la kan. Disebabkan masa rehat yang singkat, aku tak sempat baca sangat. Aku suka baca The Sun sebab banyak gambar. Hehe. Tapi kena jaga mata dan iman. Jangan bukak muka surat 3. Sebab apa? Haha. Pergi google sendiri =p

Ok. Sambung cerita. Disebabkan masa rehat yang singkat dan aku tak sempat nak baca sangat, so aku just belek-belek je la surat khabar tu. Sampai je kat page tengah, aku tertarik dengan satu berita. Berita tu cerita pasal Islam. Katanya kat Britain sekarang ada lebih kurang 100,000 orang convert to Islam. Nak baca lanjut, sila klik SINI

Hoho. Baru tadi dalam kelas aku terasa aura-aura Islamophobia (tapi maybe aku sorang je kot yang terase gitu), sekarang aku terbaca berita pasal makin ramai penganut Islam kat Britain. Bukan merujuk kepada imigran, tapi orang kulit putih berasal dari Britain. Kalau tambah dengan imigran (Pakistani, Bangladeshi, Malays etc) lagi la ramai bilangan orang Islam kat sini.

Tak hairan la makin banyak masjid kat Britain ni. Kat tempat aku ni je (Rotherham) ada 6 buah masjid. Setahu aku la. Tak hairan jugak la aku pernah dengar orang predict dalam beberapa dekad lagi, penganut Islam kat eropah akan melebihi bilangan penganut agama-agama lain. 

Harapnya macam tu la. Mudah sikit urusan penganut Islam kat eropah ni nanti. Nak solat senang. Nak makan senang. Nak berak pun senang. Huhu =p


p/s: Kat sekolah ni takde bilik solat, apatah lagi musolla. so kena pandai-pandai la bawak sejadah dan cari tempat nak solat. Tandasnya pulak macam kat Singapore. Takde air. So aku memang berusaha untuk tak berak time tengah kat sekolah. Huhu =p

2 comments:

ticnube said...

Tepikat ngan last pharagraph psl toiletttt,,, sgt paham keadaan tuh!! Tensen kot x de air arhhhh

manueng said...

ticnube: tu la pasal...mmg ade kebaikan (lantai kering je...kalo seluar tjatuh kat lantai pun xla kotor sgt)...tp nak istinjak tu payah sikit la...huhu

btw...ko katne?

Anda juga mungkin berminat untuk membaca entry ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...