insyaallah sem ni sem last aku kat uia (amin~). so start daripada hujung sem lepas lagi aku dah berhajat nak spend duit sem ni untuk dua benda utama:
1) jalan-jalan
2) makan-makan
tiba-tiba bila masuk je duit jpa aku, terus list tu jadi panjang sikit. biasa la kan. nafsu....huhu~ =p
aku tak nafikan duit jpa memang banyak. tapi aku takde la shopping sakan sampai habis semua duit tu. aku still cari jalan untuk gain duit untuk ganti balik duit jpa yang aku gunakan untuk beli sesetengah benda yang bukan dalam kategori 'keperluan', contohnya camera G10 aku tu hah. aku beli dengan harga RM1200. so macam mana aku gain balik duit sebanyak RM1200 tu? aku akan join apa-apa kursus yang boleh dapat elaun. selain tu aku ade cuba dapatkan duit daripada barang yang aku dah spend duit paling banyak. tak lain dan tak bukan, kamera aku. sama ada aku sewakan, or aku jadi photographer sikit-sikit.
alhamdulillah, elaun kursus hospitiliti yang aku join awal sem ni dah di'bank in' dalam akaun bank aku. asalnya RM300 je. tu jumlah yang organizer bagitau kitorang akan dapat. bila check akaun tup tup masuk RM900. aku ingatkan tersilap ke apa. aku tanye peserta lain. diorang pun dapat jumlah yang same. nice~
aku tak pernah tulis entry pasal kursus hospitilitu tu. tapi kalau korang nak tengok gambar-gambarnya, sila klik link ni:
sebenarnya aku join kursus ni secara tak sengaja. masa tu ada taklimat pasal kursus ni kat MRC room mahallah uthman. disebabkan peserta tak ramai, committee mintak aku and a few budak-budak lain kat situ tolong join sekejap taklimat tu. just untuk bagi nampak penuh je. last-last aku pun terjoin sama. tapi pada aku berbaloi la. kursus 6 hari je pun. sesi teori pun style santai je. sesi praktikal pulak bapak la bestnya. dapat main paintball free. dapat belajar memasak and then makan masakan kita tu pulak lagi. pastu dapat elaun RM900. so untuk setiap hari aku pergi kursus tu aku dapat RM150. berbaloi-baloi~ ;)
so bila tambah dengan duit yang aku dapat hasil dari kamera aku dalam sem ni setakat ni, jumlahnya dah lebih dari RM1200 tu. maka tak boleh la orang nak accuse aku salah guna duit jpa. hehe~ ;)
p/s: so boleh la aku jalankan pelan asal untuk spend duit sem ni ke arah jalan-jalan and makan-makan=)
No comments:
Post a Comment