aku yakin kita semua diajar untuk berlaku jujur dalam menjawab soalan exam. mungkin jiran tetangga takde yang berpesan supaya tidak meniru sewaktu peperiksaan. paling tidak pun mak ayah dan cikgu pasti akan berpesan supaya kita tidak meniru. ayat yang paling familiar yang mana aku rasa masih digunakan pada zaman ni ialah
"kamu boleh menipu cikgu, tapi kamu tak boleh tipu diri kamu sendiri"
"kamu boleh menipu cikgu, tapi kamu tak boleh tipu diri kamu sendiri"
bila aku fikir balik, aku menyesal sebab tak biasakan diri dengan aktiviti meniru masa zaman sekolah dulu. akibatnya, aku cukup x mahir dengan operasi meniru ni. aku bukan katakan pasal meniru kerja rumah ye, entry ni merujuk kepada meniru semasa exam.
kalau la aku tau bila masuk universiti ni exam nye susah (aku belajar kat UIA. aku tak tau la exam kat u lain macam mane), memang dari tadika lagi aku dah berlatih meniru. huhu. mane tak nye. dah la mata aku ni rabun. nak jeling orang sebelah pun tak nampak. nak bawak toyol takut kantoi pulak.
~*~*~*~*~*~*~*~
waktu aku darjah dua, aku pernah tipu cikgu. jawapan aku salah, so masa buat pembetulan, aku padam jawapan aku yang salah tu and gantikan dengan jawapan yang betul. lepas tu aku ingat aku boleh claim markah la. cikgu tu kata
"saya tau awak padam jawapan yang salah tu tadi lepas tu awak gantikan dengan jawapan ni"
cess....terkantoi di situ. buat malu kampung je. huhu~
peh....kalau ada yang nak menoyol style ni, aku nak reserve seat sebelah dia. hoho~
(gambar hiasan)
~*~*~*~*~*~*~*~
bila dah masuk U ni aku rasa kegiatan meniru ni seolah-olah sudah menjadi lumrah kehidupan. kalau tak meniru masa kuiz and exam alamatnye 'cantik' la result nanti. maka aku bertekad kena meniru jugak masa exam.
toyol yang ada hendaklah dikongsi bersama rakan-rakan. sharing is caring (gambar hiasan)
kejadian ni berlaku pada semester lepas. semester lepas merupakan semester kedua terakhir aku kat U ni. jadi aku tak nak ada kena repeat apa-apa subjek. kalo semester terakhir takpe la sebab boleh resit. mengikut sistem UIA, kalau gagal (kat UIA bawah 50 gagal) kena repeat. pada aku, gagal tu bukan la hal yang besar sangat sebab cgpa aku memang tak tinggi pun. yang aku tak suka tu sebab kena repeat. dah la tak suka subjek tu (sebab tu la gagal kan), pastu kena belajar sekali lagi pulak. haish....taubat tak nak.
jangan sia-siakan teknologi yang ada (gambar hiasan)
maka masa exam machine tool semester lepas, aku pecah dara. pecah dara dalam arena membawa toyol ke dalam dewan exam. masa tu cuma ada seorang akak je yang jaga satu dewan tu (dewan tu takde la besar sangat pun sebab dalam kelas je). ini sudah baek. hehe. maka aku keluarkan toyol. disebabkan aku ni masih suci masa tu, sikit punye menggigil la tangan aku nak bukak toyol. cuak gile. tulis jugak la. toyol aku tu tak membantu sangat pun. just dapat guna untuk jawab soalan 10 markah je.
toyol biasanya ditulis pada kertas kecil (gambar hiasan)
benda tak baik ni bila kita dah buat sekali, kali yang kedua tu jadi tak takut sangat dah. maka next paper nye paper engineering management. subjek baca-baca. banyak sangat nak kena baca. aku tak bawak toyol. tapi member yang duduk kat sebelah aku bawak toyol 3 pages. so lepas dia siap aku pulak yang guna toyol dia. macam biasa, aku letak toyol bawah kertas soalan supaya mudah nak belek. sekali lecturer aku datang belek-belek kertas soalan aku. dia suruh aku buka the next page.
toyol aku kat balakang page yang dia suruh aku bukak tu. aku dah gelabah gile babi dah. member si pemilik toyol tu pun tak kurang gelabahnye.
rupenye lecturer aku tu just nak tolong aku jawab ada satu soalan tu. nasib baik dia tak suruh bukak page yang satu lagi. kalau tak mau kena dismiss. hoho~
teknik conteng kat tangan (gambar hiasan)
maka bila result keluar, aku lega. sebab takde subjek yang aku kena repeat. memang la kepuasan tu takde tapi aku peduli ape. asal tak kena repeat, sudey~
p/s: bila aku dah ade anak nanti, aku nak train diorang supaya meniru dengan jayanye macam gambar kat bawah ni hah. kang takde la jadi macam aku ni. huhu~ =p
6 comments:
makin semangat nak exam malam ni sambil bawak toyol..hahaha
aku plak malam sok...haha~
p/s:gudluck exam=)
tak aci menoyol time final..
haha...ok la tu...
time kuiz ngan midterm aku asyik duk depan skali je...xdpt nak noyol...bbdak len duk blakang noyol sakan...
so kire kafarah la ni....hehe~ =p
hehe..tajuk yg menarik..
:)
stendet ah bdk unibesiti menoyol...
best stud kls aku pon buat kot..hohoh
haha...tu pasal la dia jd best student...hoho~ =p
Post a Comment