klik klak kluk

klik jangan tak klik

Followers

Monday, February 22, 2010

ayam percik!

hari jumaat lepas aadel sms aku

"faiz, ko free tak malam ni?"

"free je. nape?"

"jom kite pekena ayam percik bersama nasi lemak"

"jom~"

aku memang dah agak malam tu dia akan masak sendiri. sebab dia kata nak pergi beli ayam. so kitorang singgah giant beli ayam then terus ke rumah sewa dia. buat pengetahuan korang, member aku ni memang suka memasak. aku ingat lagi masa form 5 dulu, dia buat caramel pudding kat dewan makan untuk jamu satu batch aku (lebih kurang 84 orang semuanya).
masa form one dia siap mintak izin untuk guna dapur ustaz kitorang sebab dia nak buat garlic bread. nasib baik ustaz sempoi. memang semangat. huhu~
ok. berbalik kepada isu ayam percik. resepi ni dia dapat dari mak dia, makcik halipah. mak dia memang terer masak. aku pernah tidur kat rumah dia a few times masa form 5 dulu. siyes aku cakap. macam-macam mak dia jamu kitorang. memang tak sempat lapar. makan je memanjang. sedap pulak tu. time kaseh makcik~ =)
aiseh...lari topik lagi. baiklah. resepi ayam percik ni dia belajar dari mak dia secara sms je. pastu try and error la. disebabkan dia ni dah biasa masak, kurang la errornye. so ayam percik yang akan dimasak tu bukanlah macam ayam percik biasa. biasanya kat pasar malam, ayam percik dipanggang kan? yang ni masak dalam oven je.
misi utama ialah mengahasilkan ayam percik dengan isi yang juicy tapi kulitnya crispy. haaa...macam mana nak buat tu? ikuti step kat bawah ni.


mamat ni memang kelakar. sempat buat gaya sementara buat rencah. hoho~



ni ayam percik sebelum masuk oven.


setelah lebih kurang 30 minit, rencah percik dah meresap ke dalam isi ayam. ni la yang buat isi ayam tu juicy.


seterusnya, keluarkan ayam daripada bekas kat bawah tu then grillkan macam dalam gambar kat atas ni. tujuannya supaya kulit ayam tu crispy. telur kat bawah tu diletak supaya jadi telur percik.



siap sedia dimakan =)



ni la rupe ayam percik encik aadel.



ni pulak rupe telur percik
terima kasih diucapkan kepada encik aadel. lepas ni dia kata nak buat spaghetti pulak.



p/s: kalau ade makcik-makcik yang baca blog ni, mesti diorang nak buat si aadel ni jadi menantu. dah la kerja kat Petronas. pandai masak pulak tu. tapi dia takkan kawen dalam masa terdekat sebab dia nak kumpul duit beli mazda RX8. lagi la ramai minah keja mamat ni kang. huhu~

5 comments:

Che'Del said...

urghh...walaupun kau promo aku dgn maha hebat dlm post ni..tp aku rase, menonton wajah aku dalam tu cukup utk mencetuskn pendapat "Aadel ni urukhai ke?" ianya menimbulkn ketakutan dalam benak setiap org.

manueng said...

uruk hai?haha...bapak la scary...btw, uruk hai mane ade masak...diorg mkn mentah je...huhu

aimi_mazlan said...

wah.. nmpk sedap je ayam percik tu..
terliur lak tgh2 mlm ni.. hehe

manueng said...

jgn tido kang ngigau sudah la...hehe~ ;)

Che'Del said...

Faiz...weekend ni..spaghetti jom? nnt aku seru dak2 fellowship of Bolognese aku. ha ha ha.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca entry ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...