klik klak kluk

klik jangan tak klik

Followers

Saturday, April 2, 2011

FSTS 9: 1 dah setel, 2 more to go~

Salam. Dulu aku pernah cerita pasal kursus yang aku ngan lagi 3 orang kawan aku tengah amek sekarang. Kalau korang belum baca, dan nak baca, sila klik SINI. So sekarang ni dah habis minggu ke-12 kitorang kat UK ni. Maknanya dah setengah daripada tempoh keseluruhan kitorang duk di perantauan ni. 

Sepanjang tempoh ni, aku dah masuk kelas untuk ketiga-tiga kursus yang aku amek. Dua daripadanya (Painting Inspection & Welding Inspection), dah exam dah pun. Dua-dua ade paper sangkut. Hadui. Untuk Welding Inspection, aku sangkut satu paper je (practical pipe) daripada 5 paper (general theory, specific theory, macro test, practical plate, practical pipe). Mesti lulus semua. Sayang betul la. So nak tak nak, kena resit untuk paper yang fail tu dulu baru layak dapat lesen.

Untuk Painting Inspection pulak, aku sangkut paper theory (general theory 63%, specific theory 60%). Markah lulus ialah 70%. Practical test aku score la pulak (Part 1 97%, Part 1b 88%, instruction writing 90%). So Rabu minggu lepas aku dah resit semula paper yang aku sangkut untuk Painting Inspection tu. 

Tadi aku pergi amek result. Berkayuh la aku 1km. Tapi dia belum semak. Aiseh. Penat je aku mengayuh. Dah la belum semak, kertas jawapan aku kat bangunan satu lagi yang dekat dengan rumah aku. Kalau tak ingat yang mana satu, klik SINI. So takpe la. Aku lepak-lepak dulu kat situ, pekena hot chocolate free, then baca newspaper. Dah habis, aku pun gerak la balik. 

Bila nak sampai rumah, aku terserempak dengan Mr. David Griffith, penyemak kertas aku. Memang dia sorang je yang menyemak kertas. Agaknya sebab dia kesian aku penat mengayuh basikal ke sana tadi, so dia suruh la aku tunggu dia kat bangunan yang dekat dengan rumah aku tu. Sebab dia nak semak kertas aku. Dia suruh aku lepak-lepak kat lobby sementara tunggu dia semak. So macam biasa, aku pekena la hot chocolate free. Hehe. Then....

"Mr. Razim...Mr. Razim," dia panggil aku. 

Nama ayah aku sebenarnya tu. Dia ingat kita macam diorang kot ade surname siap.

"Congratulation!" dia hulur tangan untuk salam aku.

Dalam hati, aku syukur gila. Alhamdulillah. Pastu aku sambut tangan dia untuk salam sambil ucap thank you.

Lepas tu dia cerita la kat aku, mana bahagian yang aku lemah sikit. Pastu dia nasihatkan aku untuk jumpa dia kalau nak tanya apa-apa yang aku tak faham or nak tau lebih lanjut. Macam tu la semangatnya dia mengajar. Dia nak kita betul-betul kuasai bidang ni. Dia nak kita power macam dia kot...huhu. 

Well, dia memang otai pun dalam bidang ni. Dia dah bekerja as a painting inspector sejak berumur 22 tahun. Sekarang umur dia dah nak dekat 70 tahun kalau aku tak silap. Dia dah bersara 2 kali. Lepas pertama kali dia bersara, dia amek keputusan untuk kembali bekerja kat site. Lepas tu bila dah umur dah bertambah dan dah tak larat nak turun ke site, dia ambil keputusan untuk bersara kali ke-2. Dia kata dia terlalu cintakan bidang ni. Sebab tu dia taknak tinggalkan bidang ni. Sekarang dia mengajar bidang ni dalam kursus yang aku amek ni untuk terus kekal dalam bidang painting inspection ni.

So, untuk aku pulak, perjalanan aku dalam bidang ni baru je bermula. Aku harap aku boleh jadi macam dia. Tapi jauh lagi perjalanan aku untuk sampai tahap macam tu. For the time being, I'm a certified ICorr Level 2 Painting Inspector. Alhamdulillah~ =)

1 dah setel, 2 more to go ;)



Tidur sambil senyum la malam ni. Hehe~ =p


18 comments:

mas saari said...

heheehehe...ayunya tido!

manueng said...

kak mas:

tu la...ala2 sleeping beauty tu...haha =p

Dekcik said...

tidur dlm iman 2..huhu..

saya budak baik..:) said...

senyum mase tido..huhuhu

manueng said...

dekcik:

mcm p ramlee la plak...hehe=p

manueng said...

saya budak baik:

pura2 tido mmg la snyum...kalo x dah kuar air liur basi dah...haha=p

Xan_hollow said...

huiyyyyyyyyy000000...tringin nk ada bl0g lenar cmnie.......

shamyheart said...

wah, good luck bro..

tu tido ke senyum? nampak seperti dilakonkan.. Ahaks!

Anonymous said...

wah..bagusnye,,
gigih,,
gud luck utk yg 2 more..

Adinda Amy Sensei said...

cuteeeee nye tdooo...hihi

zati embong said...

hihi congrats.walaupun jat xfaham kan psal stage2 ni.

manueng said...

ytazzizzaty:

lenar? ape tu?


tq singgah sini =)

manueng said...

sha:

tq=)

blakon je tu...tido btul xde snyum2 nye dah...hehe

manueng said...

cantekk:

hehe...time kaseh~ =)

manueng said...

kak amy:

yg versi blakon ni bleh la...cuba tido btul2...selebet rupe...hoho =p

manueng said...

zati:

hehe...time kaseh=)

tu la kan...sibuk je cite pjg2...mcm la org paham pun...huhu=p

cik ude hamid said...

cam tidur2 ayam jek nie...hehehee.
apepon tahniah.semoga lepas nie lulus semua ngan cemerlang.

manueng said...

ilham:

mmg tidur2 ayam pun...hehe;)

tq...amin~ =)

Anda juga mungkin berminat untuk membaca entry ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...