BEN ASHAARI : LELAKI vs PEREMPUAN KERANA FIZIKAL
Dianjurkan oleh:
(Sila klik gambar untuk terus ke entry segmen ni)
Masa untuk menjawab soalan.
Anda pernah jatuh cinta? Apakah yang membuatkan anda jatuh cinta? Kerana fizikal atau keperibadiannya?
Mesti la pernah. Terus terang aku cakap, first yang buat aku tertarik kat dia ialah fizikal dia. Pastu bila dah kawan untuk satu tempoh masa, aku mula berkenan kat keperibadian dia. Then aku jatuh cinta.
Apakah anda jenis mengutamakan fizikal dalam memilih pasangan hidup? Kenapa?
Tak la sangat. Aku bukannye handsome pun. Badan pun tak tough macam encik Ben (unsur2 bodek di situ~ =p)
Bahagian fizikal manakah yang membuatkan anda tertarik? Kenapa?
Semua, boleh tak? Haha. Ok la. Kalau nak specific tu, aku suka rangka dia yang kecik. Then aku suka pipi ngan bibir dia. Juga mata ngan tahi lalat dia. Yang aku tak berapa nak berkenan, ketinggian dia. (dia lebih tinggi sikit daripada aku)
Pendapat anda jika pasangan yang dah berkahwin mengatakan 'berisi tandanya bahagia' .. Apakah anda setuju?
Mmmm....Nak komen pun tak pengalaman la pulak (belum berkahwin). Mungkin ada kebenarannya. Tapi takde la bermaksud pasangan yang kurus tu tak bahagia. Hehe.
Setujukah , lelaki kacak biasa kaki perempuan dan perempuan cantik pula materialistik? Jelaskan pilihan jawapan anda ..
Tak semestinye. kaki perempuan ni biasanya jenis yang confident. Tu pasal la dia relax je tekel banyak perempuan. Banyak je kes laki yang tak handsome tapi ada stok awek ramai. Sebab kadang-kadang perempuan suka laki confident. Sexy katanya. So kalau handsome tapi confidence rendah, biasanya tak jadi kaki perempuan. Perempuan cantik materialistik pun tak benar jugak. Semua orang nak harta. So tak boleh la nak kata perempuan cantik je.
Beri contoh LELAKI IDAMAN ( bagi perempuan ) dan PEREMPUAN IDAMAN ( bagi lelaki ) ... Sila jelaskan pilihan anda .. kenapa anda pilih 'si dia ' ..
Kalau dari segi fizikal, biarlah yang sedap mata aku ni pandang (Checked). Kalau dari segi keperibadian pulak, biarlah yang considerably baik dan menyenangkan (Checked). Dua- dua dah checked, sebab tu la aku pilih si dia =)
Apakah anda berpuashati dengan fizikal pasangan anda sekarang?
Yup. Tapi kalau gemuk sikit pun ok jugak. Dia tau la sebab apa. Huhu~ ;)
Apakah anda berpuashati dengan fizikal anda sendiri?
Err....aku ade one big pack with two layers (bila duduk) sekarang ni. Agak-agak aku puas hati tak? Esok kena start jogging. Huhu~ =p
Perlukah seseorang wanita / lelaki itu menjaga tubuh badan kerana kehendak pasangannya?
Aku rase ye. Sebab kita nak melawa untuk siapa lagi kan? Mesti la untuk pasangan (yang dah berkahwin). Tapi jangan la sampai mintak pasangan bedah muka la, buat breast implant la, tukar usus la (yang ni merepek), etc. Berpada-pada la.
Zaman sekarang ini , terlalu banyak produk menguruskan badan ... Apakah anda rasa ianya benar benar mujarab? Ada bukti? heheh..
Entah. Kalau membantu pun mungkin sikit je la kot. Selebihnya atas usaha tuan badan tu sendiri. So aku rase cara terbaik tetap melalui penjagaan pemakanan dan senaman.
Ok. Dah jawab semua. Mari tidur.
22 comments:
jenguk2 dr sgmen incik ben...best bc komen blogger2 lain...
http://nadiemsharmz.blogspot.com/2011/03/ben-ashaari-lelaki-vs-perempuan-kerana.html
macam2 citer ey?
salam kenal dari newcomer.. :)
http://kchhitam.blogspot.com/2011/03/ben-ashaari-lelaki-vs-perempuan-kerana.html#comments
http://kchhitam.blogspot.com/2011/03/pantun-blogger-merapu.html
kalo hati dah suke, semuanya tak kira dah...
salam lensajingga..
jawapan agak tulus ye, jarang lelaki jawab panjang,hehe
keep blogging n snap the bestttt!!
salam lensajingga..
jawapan agak tulus ye, jarang lelaki jawab panjang,hehe
keep blogging n snap the bestttt!!
dan2 tu jg nk g joging esok....huhu
wahh bibir laki ni ssah nk cri yg lawa..haha!
meh la jenguk sini,,
http://sheraffroi.blogspot.com/2011/03/ben-ashaari-lelaki-vs-perempuan-fizikal.html
datang sini baca jawapan anda..
fizikal dan paras rupa nombor 2, yang paling penting hati yang ikhlas!
singgah sini..
mcm2 jwpn..
jom jenguk jawapan sha pula...
http://sha-myheart.blogspot.com/2011/03/ben-ashaari-lelaki-vs-perempuan-kerana.html
nadiemsharmz: time kaseh singgah :)
rafi: hehe...time kaseh singgah sini;)
solo molo: tu la pasal...hehe;)
sis92: time kasih singgah sini=)
p/s: mmg jenis suka sembang pun...huhu
tika: azam je lebih tu...haha=p
sheraff: bibir laki watpe...bibir pompuan la...huhu
mas saari: hehe...time kaseh atas nasihat =)
sha: time kaseh singgah sini:)
nisha: time kaseh singgah =)
hahahahakk. perut berlapis yeee :P
hanisa: time duduk je la...huhu=p
dun worry le.. dah kawin nanti gemuk le.. he..he..
kak adzriel: aiseh...macam dah tau je kesudahannye nih...huhu~ T_T
Post a Comment