Sebelum dinner tadi, aku duk blogwalking sikit. So aku sampai kat blog Laman Seri: Mencari Keredhaan-Mu. Entri terbaru dia time tu duk cerita pasal lelaki yang memasak dianggap sexy. Kalau nak tau lanjut, sila ke blog tu. So, aku yang rase malas nak masak tdipun tetiba jadi bersemangat. Haha~ =p Kalau tak semangat pun kena masak jugak. Memang dah sampai turn aku masak tadi. Hehe.
Bercakap pasal lelaki dianggap sexy bila memasak, aku teringat kat sorang kawan aku. Pada aku, dia takde la sexy. Maybe sebab aku lelaki kot. Kalau perempuan yang tengok dia memasak, mungkin diorang rasa sexy. Aku pernah cerita pasal dia dalam entri INI. Tapi aku tetap rasa kebolehan dia memasak menjadi tarikan diri dia. Kalau nak dikira, bagi seorang lelaki, dia ni memang terer masak la. Even lebih hebat masak berbanding sebahagian perempuan. Dia pernah masak untuk satu batch aku (80 lebih orang) time kat sekolah menengah dulu. Kira hebat la kan. Hehe ;)
So bila nak masak tadi, macam sebahagian suri rumah yang lain, aku tak tau nak masak apa. So aku campak-campak aje la. Teringat pulak kat chef Michael Smith dalam rancangan Chef At Home kat channel TLC. Dia punye tagline,
"My secret recipe? Cook without a recipe"
photo from adlinewrite.blogspot.com
So lepas aku masak-masak, ni la hasilnya yang tak seberapa...
Tak tau nak namakan apa masakan ni. Ayam ni digoreng, then digaul dengan kuah pekat. Kuah pekat tu masaknya ade lemak kambing, sayur campur, bawang putih n besar, cili api, cili kering, sos tiram. So apa nama masakan ni? Mesti ada lauk yang lebih kurang macam ni kan. So ikut nama lauk tu je la tak kira la apa pun namanya. Huhu =p
Yang ni lauk ikan bilis goreng bawang. tetiba rasa nak masak ni bila baca entri rakan blogger Stori Mori Torkonang Juo.
Gambar-gambar ni rupe dia tak membangkitkan selera sangat. Rasa nye pun takde la sampai menjilat jari kaki. Tapi boleh la nak hilangkan lapar. Alhamdulillah~ =)
So, amacam? Sexy tak aku? *sila muntah*
p/s: next week ada exam la pulak...fuh3~
10 comments:
wahhh hebat masak. bertuahnya awek kamu..kikiki..
mana tempoyak faiz?yummy tummy
abg saharuddin: xde la hebat...boleh la nak buat hilang lapar...hehe;)
Mimie: tempoyak ape nye...kicap manis pun xde dijual kat sini...ni kan pulak tempoyak....kalo jumpe tempoyak kat sini mmg aku sujud syukur trus...huhu=p
x perlu sdp2 bru nk mkn..jnji dah ada rezki dpn mata,mkn je...hehe
cik bahulu oren:
tu la...tgh lapo baham je...janji hilang lapo...huhu=p
akak suka tengok Michael Smith memasak. cepat dan simple. akak tak suka memasak lama2. konsep kat rumah kena masak cepat mcm kat kedai. kadang2 kalau lama pun belum tentu sedap.
kak adzriel: kat channel AFC, sy suka tgk rancangan chef at home ngan new scandanavian food (tu kot nama rancangan tu)...suka tgk chef at home sbb chef tu sempoi...masak pun nampak enjoy...yg scandanavian food pulak sbb pemandangan cantik...hehe;)
lelaki bijak dan pandai masak memg seksi,,,hehe,,(dah muntah tadi),,kiki
sharina: haha...siap muntah tu...xleh blah...haha=p
Post a Comment