Ben Ashaari's JELAJAH BLOG LUAR NEGARA
Berkenaan Diri Ini
Aku grad dari UIA bulan Mei tahun lepas. Lama duk cari kerja, tak gak dapat-dapat. Disebabkan aku malas nak sambung belajar jadi full time student cam time buat degree dulu, maka aku merantau la ke Rotherham, Sheffield ni. Buat ape? Bukan mengembara mencari erti kehidupan. Aku duk amek kursus dalam bidang non-destructive testing (NDT) kat sini. 6 bulan je. Hujung Jun nanti aku balik Malaysia semula. Harap-harap ada la rezeki dapat kerja ngan sijil ni nanti. Amin~ Doakan aku yek :)
Kemanisan Yang Dikenang-kenang
Aku rase kenangan manis bagi budak-budak yang study kat luar negara biasanya sama. Apa dia? Dah tentu la JALAN-JALAN. Setakat ni aku baru sempat jalan-jalan ke Manchester. Nak baca entry pasal kat Manchester ni, sila klik SINI. Bukan apa, Sheffield ni kawasan kilang dulu. Tu pasal la cam tak berapa nak best sangat. So kena la merayap ke tempat lain. InsyaAllah, lepas habis semua kursus kat sini (mid April nanti....InsyaAllah), aku plan nak jalan-jalan ke Europe pulak. Route perjalanan dalam perancangan. Huhu ;)
Aku bukan fan Man Utd. Tapi dah sampai Manchester, takkan la tak singgah Old Trafford pulak kan. Hehe;)
Kepahitan Yang Masih Tak Dilupakan
Kena tipu dengan pemandu teksi. Time tu kitorang nak pergi ke car boot sale. Tapi tak tau kat mana. Tau nama tempat je. Tengok dia kata tempat yang kitorang nak pergi tu takde car boot sale (padahal budak-budak batch sebelum ni kata ade je). Last-last dia bawak pergi tempat yang jauh punye. Layan je la. Siot punye Pakistan.
Gambar dalam teksi scam. Haih~
Kata-kata Khas
Kalau ada peluang belajar kat luar negara, sila jangan lepaskan peluang tu. Sebab bila belajar kat luar negara, kita bukan sekadar belajar ngadap buku then exam je, tapi kita belajar budayanya sekali. Yang elok (sikap tepati masa, sopan, tak buang sampah merata, bertimbangrasa bila smoking, etc.) kita ambil dan amalkan, yang buruk (pasangan peluk cium tak kira tempat, etc) kite jangan ikut. Yang ni contoh kat UK la. Kat Rab Saudi konfem la takde camni kan. Huhu. Dan yang paling penting, bila kita berada kat luar negara, di samping kita nikmati kelebihan kat tempat tu, kita akan jadi lebih menghargai tanah air sendiri berbanding semasa kita belum fly keluar negara :)
8 comments:
singgah dari blog abg ben..
salam perkenalan!
moga selamat di perantauan dan selamat pulang ke tanahair nanti!
macam kenal?? student engin ye? hihihi kt oversea dah kamu? :)
meh ke rumah..
~c.u.t.i~
keep in touch ye..♥♥♥
mas.saari: salam perkenalan...hehe... terima kasih =)
dda ly: haah...engin uia...same gak eh? muka akak ni familiar...tp xtau jumpe katne...ke akak ni staff engin? kat academic affairs eh?;)
sy kursus brape bulan je kat sini... xnak sambung master...dah malas nak study...huhu=p
huwaaa,bestnye
nak jugak
doakan dapat spm10A+
pastuh dapat keluar mesia
nak jugak nak jugak
dari BA
best bc entry ni..
Bun: owh...Spm eh tahun ni? study leklok...kalo dpt 10A+ konfem dpt scholarship nye ;)
kak amy: time kaseh :)
Post a Comment