klik klak kluk

klik jangan tak klik

Followers

Sunday, March 20, 2011

BEN ASHAARI : TERIMA KASIH IBU!

Salam. Encik Ben buat hal segmen lagi. Kali ni, segmen ni pulak...


BEN ASHAARI : TERIMA KASIH IBU!


Dianjurkan oleh:



(sila klik gambar untuk ke entri segmen ni)


Ceritakan satu kenangan yang paling anda tidak dapat lupakan ketika bersama ibu anda .. Tak kira manis , sedih , pahit atau apa saja yang ingin anda kongsikan .. Mesti lebih dari 100 patah perkataan ..

Kisah aku ni terjadi antara aku dan mak aku dalam jarak yang jauh. Bukan berdepan. Waktu tu aku form 5. Aku duk sekolah asrama kat Miri. Family pulak kat Kota Samarahan (787km dari Miri). Sekolah aku ada buat program motivasi untuk calon SPM beberapa minggu sebelum SPM start. Dalam salah satu sesi, speaker tu suruh kitorang tulis surat kepada mak ayah. Mintak restu. So aku pun tulis la. Aku ni tak pandai tulis surat gaya skema tu. So aku takde la guna 'anaknda', 'maknda' semua tu. Tapi surat yang aku tulis tu betul-betul dari hati. Aku cakap kat mak aku, mintak dia doakan aku. Aku pesan jugak, jangan berharap sangat, sebab aku ni tak terer macam abang aku (abang aku score SPM dia). Boleh kata, tu la first time aku heart-to-heart ngan mak aku. 

Sekali masa pagi SPM tu, tetiba warden panggil aku, then bagi sepucuk surat (semua surat untuk student akan sampai ke bilik warden dulu). Aku baca la surat tu sementara nak tunggu start exam tu. Aku rasa sayu gila masa baca surat tu. Mak aku cerita macam mana dia rasa waktu kandungkan dan lahirkan aku. Aku ni dalam posisi songsang dalam kandungan dulu. So aku la satu-satunya dalam adik beradik aku yang meninggalkan parut cesarean kat perut mak aku (lahir-lahir dah buat hal). Lepas bedah tu, dia kata dia happy sangat sebab aku selamat walaupun time tu dia letih gila dan tak larat (ye la, orang lepas bersalin). So dia kata dia tak kisah aku dapat result macam mana pun SPM tu, asalkan aku buat yang terbaik. Sedih aku time tu. Terus jadi semangat. Nasib baik la aku prepare kaw2 before SPM tu. Last-last aku pun score. Hadiah untuk mak aku =)


Antara ibu dan ayah, siapakah yang anda lebihkan? hehehe...

Aku tak boleh pilih. Aku utamakan kedua-duanya. Tapi kalau ikut hadith Rasulullah S.A.W., kena utamakan mak.


Apakah anda sanggup tinggalkan ibu atau ayah anda di rumah orang tua?

Konfem la tak sanggup. Moga aku dijauhkan dari jadi macam tu. Amin~


Pendapat anda mengenai anak anak yang sanggup bercakaran merebut harta pusaka orang tua mereka ..

Tak payah la nak berebut-rebut. Ikut je hukum faraid. Senang. Islam dah sediakan cara.Kita ikut la cara yang dah disediakan tu.



TAMMAT



14 comments:

cik ude hamid said...

dulu kecik2 degil.cikgu pon pernah buat surat tue masa saya sekolah dulu.
x nangis langsung sampailah dia sebut nma mak ngan ayah..baru saya teresak2 menangis.

manueng said...

ilham: tu la...mase buat tu pun ingat cam men2 je...x expect pun camtu...tgk mak balas surat baek punye menyentuh jiwa...huhu

Liza @ Adzriel AB said...

sebak akak baca tau. dia faham weakness anak dia tapi pada masa yang sama dia tahu apa yg manueng suka & minat sangat. itulah yg akak perhatikan karektor yg ada pd anak2. sensitif diaorg pun berbeza-beza.

manueng said...

kak adzriel: hehe...org yg dah ade anak sdiri bru faham perasaan seorang ibu kan :)

Layyinul Harir said...

oh!..saya pun pernah suh budak2 program motivasi buat surat bagi kat mak diorang..

bila dah jauh ngn umi ni,umi bagi surat..meleleh gak..T_T

selamat berjaya!!

Sue Saari said...

syurga dibawah telapak kaki ibu..hargailah jasa mereka selagi hayat mereka masih ada... =D

JumpZeera said...

nak nangis bila bayangkan operation tu.. sakitnye..

manueng said...

syafa: uish...rajin berutus surat ngan mak eh...kalo kol malaysia mahal x? kat sini 1penny/minit.... kira 5sen/minit la...

tq syafa...slamat bjaya gak=)

manueng said...

cik sue: btul tu...teria kasih dtg singgah =)

manueng said...

hanyaaku: tu la pasal...mak pun kate gitu...insaf~ T_T

tq singgah :)

Rafidah said...

faiz, akak pon sedey gak baca ni.. ceaserian lagi sakit tau dari bersalin normal. soo jangan melawan cakap mak tau..:)

manueng said...

kak rafidah: kak rafidah pun pnah bsalin melalui cesarean eh? sy ingatkan kalo cesarean x sakit, sbb si ibu dlm kedaan x sedar bbanding bsalin normal yg perlukan si ibu sedar untuk teran...rupenye lg sakit eh...mmm...insyaAllah...sy berusaha jd anak yg baik=)

Rafidah said...

faiz - akak x penah bersalin operate. akak sume normal. member akak citer masa bersalin tu memang tak sakit sebab bius. LEPAS bius hilang tu sakit nya tak terhingga. x boleh langsung buat keja berat hampir setahun. nak duduk bangun pun sakit. tak boleh ketawa sebab sakit. makan berpantang hingga 6 bulan. menderita. kalau batuk2 rasa jahitan akan pedih. kalau silap makan atau tak pantang jahitan akan bernanah. bayangkan..

manueng said...

kak rafidah: uish...tak sangka plak sampai camtu skali...ingatkn brape bulan je dah ok...mesti mak sy pun camtu gak dulu kan...kesian dia... syg mak =)

Anda juga mungkin berminat untuk membaca entry ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...