klik klak kluk

klik jangan tak klik

Followers

Sunday, March 13, 2011

jurusan kau susah?

Salam. Waktu aku belajar dulu, aku selalu dapat pointer rendah. Takde la sampai JPA tarik scholarship aku. Tapi rendah la berbanding orang yang tak dapat scholarship. Kadang-kadang rasa macam tak patut je aku dapat scholarship dulu. Tapi maybe dah rezeki aku. Alhamdulillah~ :)

pic from shutterstock.com

Aku graduate Manufacturing Engineering atau bahasa Melayu nye, Kejuruteraan Pembuatan. So, bila aku dapat result exam yang tak berapa nak best, kena pulak aku duk bandingkan dengan member-member jurusan lain, mula la aku (dan bukan aku sorang je) fikir, 

"ala...course diorang senang...cuba diorang amek engin, confirm pointer rendah jugak."

Betul ke teori ni? 

Bila aku fikir balik secara rational, takde siapa yang paksa aku pilih bidang yang aku amek dulu. Secara umumnya, kita akan pilih bidang yang kita paling minat. Kebiasaannya, benda yang kita minat, kita akan rasa senang bila melakukannya. So, sepatutnya, aku rasa senang nak study bidang yang aku amek dulu. Tak patut la aku duk fikir course orang lain lagi senang. 

Bila aku dah rationalkan pemikiran aku, aku kata kat diri aku, 

"Ala...kalau kau amek Law, or Accountancy, or Human Science, etc.... macam la kau boleh score pun. Mau jadi lagi teruk sampai kena dismiss. Bidang tu semua ko tak minat. Lagi la susah jadinya ko nak belajar."

So kesimpulannya, kepada rakan-rakan yang masih belajar, jangan la kita membanding atau duk kata bidang orang lain lagi senang. Sebab tu seolah-olah memandang rendah kepada keupayaan intelek orang tu padahal dia score sebab dia berusaha. So, tingkatkan usaha anda untuk capai pointer yang lebih baik =)

13 comments:

farahinkamaruddin said...

Accounting susah.

Layyinul Harir said...

sangt setuju!!..=)

manueng said...

farahin: bagi org yg x amek accounting lg la susah...huhu

manueng said...

syafa: yeah! dah ade penyokong...hehe=p

scha_10 said...

hehe..yg ni mmg aku rs dr zmn aku diploma lagi..dgn nama kos aku yg sumer org terkejut dgr..mcm xpnh tau kos aku ni wujud..lg sadis..kecik ati..muahaha..

naziismyname said...

english (language and literature)SANGAT SUSAH OKE!!!!!!!

manueng said...

scha: haha...ko amek course ape eh dulu? tlupe plak aku...

manueng said...

nazihah: maka sila la belajar bsungguh2...huhu;)

manueng said...

scha: baru aku ingat...ko amek course pasal library kan? tlupe plak aku...hehe

scha_10 said...

haaa...gud boy..ingt pun..hehe..kos aku la yg paling low profile...muahaha :p

manueng said...

scha: hehe...kat uia pun dah ade kos tu...tp utk postgraduate je la...degree xde

Anonymous said...

kos law = susah giler nak hafal awat pelik ayat n kes2. nak kena cekap, fasih & tajam pemikiran. salah hujah mati.. nak kena kuasai 3 bahasa lagi. kos ni tahap kesusahannya seperti perubatan cuma ianya "raja" bidang sastera manakala perubatan "raja" sains.

kos akaun = mak oi.. akaun x seimbang.. mampus dah.. cukai2 ape benda ni? mak aii ingat pakai math kira mudah je rupa2nya ada byk FAKTA & FORMULA teruk drpd ADD MATH..

kos human science = ok kos ni memang diakui agak senang.. tapi x baca buku memang akan fail!

kos IT = org kata mudah tapi pernah mereka cuba buat programming? java? c++? sgt seksa dan susah.. nak kata bahasa apa pon x tau.. ada yg bunuh diri sbb x tahan kos ni.

kesimpulannya setiap kos x de paper yg semua senangnya. apa yg penting keep on moving and fighting to the end of the time.. life is climbing.. if you never fall and hurt, you have no life.. right? :)

manueng said...

yup...agree...setiap jurusan tu mesti ade susahnye tersendiri... so ikut minat la...kalo kite minat satu bidang tu, at least ati rase senang sket nak blaja bidang tu...xde la pakse otak supaya terima ilmu tu...huhu

Anda juga mungkin berminat untuk membaca entry ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...