klik klak kluk

klik jangan tak klik

Followers

Sunday, March 13, 2011

kenapa mesti doktor?


google bagi aku gambar nih...huhu

Salam. Entri ni merujuk kepada situasi yang mana doktor lelaki (bujang la...tapi yang dah kawen pun ada jugak) yang sering menjadi pilihan sebagai calon menantu/pasangan.

Aku tak nafikan la, jawatan 'doktor' ni memang kira hot stuff la. Kalau ada lelaki yang berkerja as a doctor, mesti perempuan lebih tertarik pada lelaki tu berbanding pada lelaki yang bukan doktor. Especially golongan mak-mak. Kalau tau je anak bujang kawan dia kerja sebagai doktor, atau paling kurang pun tengah belajar jurusan perubatan, mesti ade terdetik kat dalam hati tu nak jadikan lelaki tu menantu dia. Of course la ni kes untuk golongan mak-mak yang ada anak dara. Kalau anak jantan semua, takkan la nak buat menantu jugak kot. Haha~

Ni ade dua cerita yang berkaitan.


  • Kawan aku ni kata, time dia masuk U dulu, dia la orang pertama dalam cousin-cousin dia yang masuk U. So dia boleh kata dipandang tinggi la dalam keluarga dia. Dia amek jurusan kejuruteraan. So time tu, asal balik kampung je, semua duk cari dia. Ye la, satu-satunya orang dalam family yang masuk U. Lepas tu adik dia pulak masuk U. Amek jurusan perubatan. Sekarang adik dia pulak jadi perhatian. Asal balik kampung je, semua sibuk tanya/cari si adik. Siap tanya, "doktor mana?". Down member ni. Si 'engineer' dah tak dihiraukan lagi.

  • Kawan aku yang tadi tu cerita lagi. Adik dia ada makwe. Keluarga makwe tu memang dah tahu la pasal hubungan anak dia. Dah merestui dah. So satu hari tu, ada majlis kat rumah saudara member aku ni. Kebetulan rumah saudara dia tu dekat dengan rumah makwe si adik. So si adik pergi la melawat keluarga makwe dia tu. Bila mak kepada makwe dia tu tau je ada majlis kat rumah saudara kepada pakwe anak dia, terus dia bagi kuih banyak gile untuk disajikan kepada tetamu yang hadir kat rumah saudara diorang ni. Punye la makcik tu 'ikat' si adik tadi. Tak nak bagi terlepas kat orang lain kot. <-- ayat last tu kata-kata member aku...haha

Aku terfikir sebab apa mesti doktor? Kalau nak kata doktor ni berkerja dengan berkhidmat kepada masyarakat, guru pun berkhidmat kepada masyarakat. Lagi la besar peranan guru. Diorang membentuk generasi masa depan. Tapi kenapa doktor lebih dipandang tinggi? Adakah sebab jasa dia? Duit?

Apa pendapat korang? 


p/s: Dato' Dr. Sheikh Muzaffar memang hot stuff. Dengan hensem nye lagi kan. Sebab tu la banyak perempuan minat dia walaupun dia dah kawen. Agak-agak peminat-peminat tu semua akan minat tak kat dia  kalau rupa dia macam ni....?

pic from sodahead.com

14 comments:

AMMAR YASIR said...

Macam bagus sangat Doktor tu..bhahahaha.... biasalah...semuanya memandangkan kebendaan

aHLing said...

makcik2 ni berpikiran sikit kuno..yela zaman dorang kire kalau ada anak melayu jadi doktor macam heboh sekampung la. hot stuff gitu. lol

makcik2 ni pun dah biasa dgn doktor, sakit je pg hospital. as opposed dgn enginner, skop kerja mcm samar2 la dkt makcik2..dorang taktau engineer ni keja cmana..sbb tu dorang tak sangka engineer punya gaji pun banyak gk sebenarnya.

itu la laporan saya arini. sekian dari bilik berita.

manueng said...

ammar: hoho...ni kalo istri/somi kpd doktor baca ni panas diorg ni...huhu

manueng said...

alin: mmm...mebi kot....mebi sbb doktor punye urusan direct kepada masyarakat (merawat org), engineer plak urusan dia x direct kpd masyarakat...tp guru nye urusan direct kpd masyarakat gak...tp nape doktor lebih dipandang tggi?mmm

farahinkamaruddin said...

gaji doc lebih tinggi dari engineer ?

manueng said...

farahin: yup bagi fresh graduate hingga 2-3 thn bkeje...fresh graduate engin bese antara rm2000-2800....kalo fresh graduate medic ade la rm3000-4000...abg kpd seorang budak medic bgtau gitu la...huhu

aHLing said...

ye, ye..betul tu faiz..

emm, sebab cikgu gaji tak tinggi sgt kot. sebab cikgu tak pakai uniform kot..lol

ah, alin prefer engineer jugak ^^

manueng said...

alin: last2 pasal duit gak eh...adui~

tp bkn sume gitu...marah plak kang istri/somi doktor bace nih...huhu=p

mmg tau dah alin suke engineer...btuah engineer sorg tu...hehe;)

scha_10 said...

hohoho...doktor yerrr..mcm bgs sgt..haha :p rs nye sbb mmg dh pemikiran org dulu dh betul2 tertanam yg jwtn doktor ni gah..org yg pandai je leh smbung pengajian jd doktor..hehe..tau plak dorang engineer tu ape..nk sebut pun payah...org dulu pikey cmtu lh kot..kot..ekeke..jgn mrh ye org dulu2.. ;)

memandangkan skrg pon aku keje kt univ.kolej yg khas utk bebudak health & allied sciences, aku msih bleh nmpk ke'bias'an dia cmne..mngmnt mmg melebih2kan bdk2 bkl doktor ni..mmg ank emas betul ah dorang kt cni..even ade kos utk physiotherapy, medical imaging(x-ray), nursing, etc., medical student tetap jd no.1..mana x bebudak bkl doktor ni makin bangga diri..sombong..berlagak..walhal x lepas lg 1st sem..ekeke..tp x semua lh kan cmtu...

eh,ada kaitan ke aku citer sume ni..wakaka XD

manueng said...

scha: ye x ye gak eh...knapa hanya org yang score spm n matrik je bleh wat medic? mmg kene btul2 pandai semua baru bleh jd doktor ke? kalo org xbrape terer kire2, tp terer mengingat, xleh jd doktor ke? huhu

"walhal x lepas lg 1st sem" <-- xleh blah ayat ko ni...haha

scha_10 said...

hehehe..xtau lak aku doktor ni kena terer mengira atau terer mengingat..ekekeke :p

betul paiz..ayat aku tu betul...hehe..1st sem x lps lagi,dh berlagak mcm ape..dorang pikey aku keje library,bdk lpsn spm je kot..sob..sob..bila aku 'sombong' balik kt dorang gtau aku ada degree,bru dorang terdiam..terus nk hormat..wakaka ;)

manueng said...

scha: haha...jgn sampai lpas 8tahun ko keje situ, ko still nampak muka dia kat situ...sbb x abes2 lg degree dia...mmg kene bahan la dia pastu...huhu=p

Anonymous said...

doktor duit banyak la... zaman sekarang zaman mengejar duit.. tipikal melayu memang kolot c kit. ulang, tipikal malay je.. bukan semua malay. kenyataannya, masyarakat dunia moden mcm jepun, uk, us, bla bla akan attack businessman yg ada company big, akauntan, lawyer own firma secara share or alone, for sure diorang lagi kaya drpd doktor yg mkn gaji... hahahaha :p

manueng said...

haha...lebih kurang gak kot...tgk artis2 melayu...kalo kawen, mesti ngan businessman...kalo ade artis melayu yg nak kawen ngan pemandu teksi ke, cikgu skolah rendah subjek PJK ke, or yg lain2 jawatan org golongan sederhana mcm kebanyakan org lain, mmg aku brani potong jari...haha~ =p

Anda juga mungkin berminat untuk membaca entry ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...