klik klak kluk

klik jangan tak klik

Followers

Saturday, March 19, 2011

BEN ASHAARI : AKU SAYANG BLOG INI

Salam. Sebelum aku layan movie, aku nak join segmen encik Ben dulu. Dia buat segmen baru. Macam biasa la. Time aku nak wat something, ada je dia punye segmen. Tak habis-habis nak salahkan encik Ben plak kan. Haha~ =p


BEN ASHAARI : AKU SAYANG BLOG INI

Dianjurkan oleh:



(klik gambar untuk ke entri segmen ni)


Sila jelaskan KENAPA anda kagum dengan blog tersebut .. TIDAK KURANG  dari 100 patah perkataan .. OK ? Tidak kurang ok !!

Ok. Aku paling suka Blog Serius. Memang paling suka la. Kira kalau aku dah kesuntukan masa sangat, tapi nak baca blog jugak (kata takde masa tapi sibuk jugak nak baca blog orang), aku akan at least baca blog ni. Sebab apa? Firstly, sebab aku suka baca entri yang ada gambar. So dalam blog ni, sang blogger, Obefiend, akan post entri sekali dengan gambar. Kebiasaannya ada gambar or video la. Bukan pasal malas nak baca, tapi kalau baca benda-benda merepek buat letih je. Kalau aku nak baca blog dia yang ada entri panjang-panjang dan perbincangan serius, aku akan pergi ke blog dia yang satu lagi, (FOA) Freedom Of Association

Secondly, aku suka baca blog serius tu sebab entri dia pendek-pendek. So sangat sesuai la kalau tengah takde masa. Kalau tengah ada masa pun, takde la buang masa sangat kan. (Padahal entri kat blog aku selalu je panjang-panjang =p)

Ketiga, sebab aku memang sukakan info-info or trivia-trivia yang menarik. Dan semua tu ada kat blog serius tu. Walaupun orang mungkin fikir info-info tu semua macam tak berguna, tapi aku anggap tu sebagai pengetahuan am. Sebahagian entri dia cerita pasal teknologi dan invention yang menarik. So takde la tak berguna langsung kan. Daripada sembang kosong ntah pape, baik la bagi trivia camtu. IMHO (in my humble opinion) la kan ;)


Sila buktikan yang anda benar benar kagum dengan blog tersebut! Jeng jeng jeng!!

Macam yang aku bagitau tadi la. Kalau tengah takde masa sangat, aku akan at least baca blog tu. Lepas baca blog tu, aku akan teruskan la apa-apa kerja yang aku kena buat. Kalau aku perasan dia ada update blog tapi aku tak baca, rasa tak sedap badan wooo. Hehe;) Satu lagi, aku biasa promote blog tu melalui perbualan aku dengan kawan-kawan. Sebab trivia dalam blog tu kadang-kadang menjadi topik perbualan aku. Aku duduk rumah sewa ni. Lepas aku promote blog tu, satu rumah ni dah ketagih tunggu si Obefiend tu update blog tu. Hoho~ ;)


Sudah berapa lamakah anda mengikuti blog tersebut??

Dah lebih kurang 2 tahun.


Sila ceritakan tentang blogger tersebut ..

Sang blogger bernama Effi. Tapi nama blogger dia Obefiend. Dia ni agak berani mati. Kadang-kadang saja bagi orang sakit hati. Dia suka tengok reaksi orang. Aku tak kisah. At least he's  true to himself. Tapi of course la tak semua kita boleh amek dari mamat ni. Dia pun manusia jugak. Mesti la ada yang tak betul. Mane yang baik kita amek la. Hehe.


Apakah blogger tersebut mengetahui anda kagum dengan blognya?


Tak. Confirm tak. Tak perlu pun rasanya. Dia tak perlu tau. Dan aku rasa dia pun taknak tau. Dia tak peduli pun kalau ada orang kagumi dia. Sebab blogging is his passion. So dia blogging sebab dia yang minat menulis, bukan sebab nak orang minat dia.




Jika diberi peluang bertemu dengan blogger tersebut , sila beri 5 soalan yang akan anda tanya kepadanya !! Jeng jeng jeng ..



  • Obe, macam mana ko boleh dapat trivia tu semua? Sehari bukan satu pulak tu.
  • Obe, ko ni biasa kalau sembang-sembang pun bantai mencarut jugak ke? Huhu
  • Kadang-kadang ko selamba cakap pasal benda unsur-unsur lucah dalam blog ko. Mak ayah ko tak baca blog ko ke? Lebih 9juta view...takkan mak ayah sendiri tak pernah baca kot...huhu
  • Apsal la ko obses sangat dengan Chelsea? 
  • Ko takde rasa nak bukukan blog FOA ko ke? Biar jadi Blook. Hehe;)


Baik. Selesai entri untuk segmen ni. Mari layan muvi~ ;)




14 comments:

solomolo said...

0whhh...
dah tau dah blog yang paling disayang...

manueng said...

solo molo: hehe ;)

sekamar rindu said...

salam..

saya nak join juga....:)

cik ude hamid said...

rajinnya join segmen cik ben...
rugi tak dapat join yg nie sebab busy ngan seminar kerjaya...semoga succes ngan blog kamu k..:)

cintailmu89 said...

salam kenalan.

manueng said...

SR: salam...join jgn x join ;)

manueng said...

ilham: sebab takde idea...lgpun boleh tambah kawan...tq ilham... smoga success ngan blog awak gak=)

manueng said...

iz: salam perkenalan...tq singgah sini ;)

Siti Nur Nadiah binti Zakaria said...

hehe,menarik=)

manueng said...

nadiah: tq =)

A. said...

owh, baru taw pasal blog serius,,haha, interesting gyler blog dia, semua serius,,haha, thanks, btw, follow manueng :)

manueng said...

Anis: tu la...byk trivia menarik... thanx follow lensajingga :)

Liza @ Adzriel AB said...

macam blog anak akak nilah..simple. alaa.. budak darjah 5 baru. tak sempat nak up-date selalu.

http://sitinurasyikin.blogspot.com/

A picture is a poem without words

manueng said...

kak adzriel: fuiyoo...kecik2 dah ade blog...dasat...blaja dr mak dia la ni eh;)

Anda juga mungkin berminat untuk membaca entry ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...