Kalau kat Malaysia, kita ada jadual waktu solat yang dikeluarkan oleh JAKIM or jabatan agama islam tempatan. Jadual waktu solat tu dibuat oleh pihak jabatan falak syar'ie kot. So setiap tahun kita ada jadual berlainan. Sebahagian kalendar hijriyah yang kita beli ada disertakan jadual waktu solat.
Kat UK, atau secara specific nya Rotherham ni, jadual waktu solat diorang sama je setiap tahun. Maknanya, waktu solat Zohor pada 26 Mac 2011 dengan 26 Mac 2012 hatta 26 Mac 2020 sekali pun tetap sama. Sebabnya, diorang guna jadual waktu solat yang sama setiap tahun berulang kali. Aku perasan benda ni masa first time pergi solat Jumaat kat masjid berdekatan rumah kitorang ni dulu. Aku nak amek la sekeping jadual waktu solat untuk letak kat rumah.
Jadual waktu solat yang tak bertahun
Pastu aku tanya la member aku sorang ni. Dia pernah study kat UK dulu. Rupanya memang macam tu. Maybe sebab kat sini takde jabatan falak syar'ie kot. So guna je la jadual waktu yang sama tiap-tiap tahun. Huhu.
Masa kitorang sampai UK ni awal Januari dulu, kat sini tengah winter. So time tu siang singkat. Kejap je dah malam. Kalau nak berjalan-jalan time tu memang tak sesuai la. Dah la sejuk, terkejar-kejar nak solat pulak. Baru je solat zohor, tak lama lepas tu dah masuk asar, then tak lama pastu masuk maghrib pulak. Shopping complex kat sini bukan macam kat Malaysia. Mana ada surau. Tu yang jadi malas nak jalan-jalan time winter.
Tapi yang best nye winter ni subuh habis lewat. So boleh la tidur lama sikit. Konpem tak terlepas subuh punya. Kalau terlepas subuh jugak tak tau la nak kata apa. Hehe
Kitorang sampai UK ritu 7 Januari 2011. Time tu subuh habis pukul 8.20am. Heaven gila tidur. Hehe. Tapi maghrib masuk awal, 4.09pm
Time summer nanti pulak terbalik. Siang akan jadi panjang, malam singkat. So time tu nanti memang sesuai sangat la nak jalan-jalan ke, shopping ke, menembak ke mahupun mengacau anak dara orang lepak-lepak kat taman depan rumah ni hah. Takde la terkejar-kejar nak solat zohor, asar ngan maghrib. Hehe ;)
Cuba tengok tu. 17 Jun 2011 nanti, pukul 2.00am dah masuk subuh. 2.00am! Habis subuh pulak pukul 4.37am. Alamatnya tunggu masuk subuh, solat subuh dulu, then baru la tidur. Kalau tidur dulu memang konpem terlepas la. Pastu pukul 7.39pm baru masuk maghrib. Isyak pulak nak dekat pukul 11pm baru masuk waktu. Huhu
Tapi tadi aku perasan sesuatu yang pelik. Waktu solat 24 Mac ngan 25 Mac berbeza sejam. Sehari beza sejam. Gile. Selalunya beza seminit dua je. Ni terus Sejam. Huhu.
Cuba tengok waktu solat pada 24 nagn 25 Mac. Semuanya berbeza hampir sejam. Pelik.
Tak kisah la. Yang penting solat. Kalau tak dapat awal waktu pun, at least biar la jangan tak solat langsung. Bak kata orang London, "better late than never". Hehe ;)
p/s: nak layan muvi~ ;)
8 comments:
ohooooo begitu rupenyerrr...barulah kutahuuu......
sebab nanti tukar summer time..
kak amy: sekarang anda sudah tahu...hehe;)
anon: owh...sbb tu ke beza sejam? mmm...
salam..
walau berada di hujung dunia sekalipun...solat tetap dijalankan...
SR: betul tu...same2 la kite jaga solat kite...insyaAllah :)
awal betul solat subuh dia eak :)
beyourself: time summer nnt la awal...time winter lewat...hehe;)
Post a Comment