Salam. Semalam masa aku blogwalking, aku ade singgah kat blog
nadiemsharmz. Dia duk cerita pasal macam-macam dugaan yang dia alami dalam hari tu. Salah satu daripadanya, dia terjumpa lalat dalam nasi bungkus dia. So aku pun tergerak hati la nak share cerita yang lebih kurang sama. Tapi aku tak sure sama ada aku pernah cerita ke tak pasal ni dalam blog ni. Aaaaah. Cerita je la~
Aku ni memang suka makan pau sambal. Tau tak apa tu pau sambal? Ada yang panggil kuih tu 'burger Malaysia'. Still tak tau jugak? Ni hah gambar dia...
Sekarang korang dah tau apa tu pau sambal. So aku nak sambung cerita. Masa aku sekolah dulu, kantin sekolah aku tu ada jual kuih ni. Kuih ni mmg laku gila la. Biasanya time rehat tu jugak habis semua. So kalau lambat, terpaksa la beli kuih-kuih lain yang masih ada.
Masa aku form 5, sistem jadual waktu sekolah aku dibahagikan kepada dua. Form yang tak exam (form 1, form 2 ngan form 4) akan rehat dulu, then baru la form 3 ngan form 5 rehat. Aku pun tak tau la kenapa dia buat macam ni. Masalahnya, bila buat sistem hampeh ni, budak form 3 ngan form 5 akan makan saki baki aje la. Mane kuih yang tinggal tu je la yang kitorang dapat beli. So, bila macam tu kisahnye, tiap-tiap kali rehat, aku akan kecewa sebab tak dapat beli kuih pau sambal ni sebab sama ada dah habis, atau ade sikit lalu dibeli oleh orang lain yang lebih cergas dan tangkas.
Pernah satu masa, time budak berebut nak beli kuih, aku menyelit ke kaunter kuih tu, lalu ternampak tinggal 3 biji je lagi pau sambal. Dengan kekejian yang bermaharajalela, aku pegang terus kuih tu dengan tangan aku. "Hah, amek kau. Sape nak makan bekas tangan aku ni? Muahahaha." Maka hari tu dapat la aku memuaskan nafsu makan. Hohoho~ =p Tapi tu kisah lain. Tu cuma nak cerita kat korang betapa sedapnya kuih pau sambal kat kantin tu.
Ok. Sekarang kita ke kisah utama. Ada satu masa tu, aku ngan kawan-kawan aku murah rezeki dapat beli pau sambal tu. 3 seringgit. Dah beli, lalu di bawa ke dewan makan. Lepas bantai makanan kat dewan makan yang korang sendiri pun tau la kan standard makanan dewan makan macam mana, kitorang pun makan la kuih pau sambal tu. Bak kata orang putih, "save the last for the best."
Tapi takde la the best sangat yang last tu. Sebab apa? Ni aku nak cerita. Waktu tu masing-masing dah tinggal sebiji je lagi pau sambal tu. Aku lagi la. Bukan setakat tinggal sebiji, tinggal sesuap je lagi nak habis semua. Boleh pulak sorang kawan aku ni tergerak hati nak bukak pau sambal terakhir dia tu, dan tengok inti pau tu, sambal nye la. Duk perhati, perhati, dia perasan satu objek pelik. Pastu dia kuis guna jari untuk keluarkan objek tu. Maka jatuh la objek tu atas pinggan dia. Semua tergamam. Sebab objek yang dia jumpa tu tak lain dan tak bukan, CICAK kecik. Nampak macam ikan bilis je. Hadui~
Aku yang tengah nak telan suapan terakhir tu, punya la berhempas pulas nak telan. Sebab tekak kembang tetiba. Yang best nye, cicak yang kitorang jumpa tu cuma separuh yang atas je. Maknanya, dari kepala hingga ke perut. Lagi separuh bdan cicak tu tak tau la dah masuk perut siapa. Damn~ T_T
Mula-mula masing dah plan nak diam-diam je. Taknak kecoh-kecoh. Tapi dah namanya manusia, tersebar jugak akhirnya. Cepat pulak tu. Tak payah tunggu sehari dua. Lepas tu jugak cerita tu tersebar. Aku ingat lagi ada sorang member perempuan aku siap termuntah bila dengar cerita tu. Sebab dia pun makan kuih tu. Haha.
Sejak hari tu, kuih tu selalu tak habis walaupun lepas kitorang balik dari prep malam. Mesti makcik kantin tu tertanya-tanya sebab apa la agaknya 'hot item' dia tu tetiba tak dapat sambutan. Kalau ada budak sekolah aku jadi Cicakman lepas ni, aku tau la ke mana pergi lagi separuh badan cicak tu. Huhu~ =p
p/s: aku still suka makan pau sambal ;)